Virus komputer merupakan hal yang sering mengganggu aktivitas Anda sehari-hari. Virus komputer biasanya menyebar tanpa sepengetahuan kita, dari satu komputer ke komputer yang lain. Salah satu media penyebaran virus komputer adalah melalui e-mail. Setelah Anda menjalankan attachment pada e-mail maka kadang-kadang Anda masih tidak sadar bahwa yang Anda jalankan tersebut adalah sebuah virus komputer.
Apa saja tanda-tanda atau indikator adanya virus komputer di komputer Anda?
Tanda-tanda PC anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut :
· PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
· Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
· Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
· Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walaupun sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
· Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang secara tiba-tiba.
· Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
· Kita tidak boleh meng’install’ sebarang program atau aplikasi baru.
· Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
· Program utility Windows seperti Scan Disk menunjukkan banyak error pada hard disk selepas melakukan imbasan.
· Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
· Drive partition bagi hard disk, CD-ROM dan disket tiba-tiba sahaja hilang.
· Perisian Antivirus tidak boleh di’install’.
· Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
· Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
· Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
· Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.
Top 10 antivirus 2011
Bitdefender Antivirus Pro 2011
Kaspersky Antivirus 2011
Norton Antivirus 2011
ESET NOD32 Antivirus 4
Trend Micro Titanium Antivirus
McAffee AntiVirus Plus 2011
Panda Antivirus Pro 2011
Avast! Pro Antivirus
Spyware Doctor with Antivirus 2011
CA Anti-Virus r8.1
1 ulasan:
Been using Kaspersky protection for a number of years, I recommend this product to all you.
Catat Ulasan