Taip Bahan Carian

Selasa, 31 Mei 2016

Ikan Keli Mengandungi Sel Kanser?


Benarkah ikan keli mengandungi sel kanser? Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.


SHAH ALAM - Jabatan Perikanan Malaysia memaklumkan bahawa dakwaan yang mengatakan ikan keli mengandungi 10,000 sel kanser adalah tidak benar.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia melalui laman sosialnya memaklumkan bahawa tiada sebarang kenyataan sedemikian dilaporkan menerusi laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Selain itu, tiada sebarang rujukan kertas saintifik atau laporan saintifik mengenai penentuan bilangan sel kanser dalam ikan keli atau mana-mana ikan dari aspek keselamatan makanan.

Berhubung dakwaan yang mengatakan ikan keli diternak dipenuhi dengan steroid dan bahan kimia lain menggemukkan, Jabatan Perikanan memaklumkan bahawa tiada maklumat yang diperoleh (buat masa ini) mengenai kajian atau laporan spesifik berhubung  pengesanan hormon dalam makanan rumusan ikan termasuk ikan keli di negara ini.

Menurut kenyataan berkenaan, ikan keli adalah spesies ikan yang murah dan cepat membesar, maka tiada keperluan untuk menambah 'hormone' atau 'fattening chemicals' dalam formulasi makanan ikan keli yang hanya akan menambahkan kos pengeluaran.

Katanya, ikan keli yang diberi makan minyak berlebihan boleh menyebabkannya berubah rasa dan bau.

Dalam pada itu, ikan keli bukannya merupakan sumber asid lemak omega-3 yang baik seperti ikan marin malah ia seperti kebanyakan ikan air tawar lain yang mempunyai lebih banyak asid lemak omega-6 berbanding omega-3.

Difahamkan, tidak dinafikan pengambilan omega-6 yang tinggi mempunyai risiko seperti yang dinyatakan seperti di atas. Namun tiada kajian spesifik yang mengaitkan pengambilan ikan keli dengan penyakit yang disenaraikan.


Khasiat Ikan Keli

Ikan keli mengandungi Omega-3 yang tinggi.

Kandungan khasiat Omega-3 Ikan Keli antara tertinggi
(Berita Harian, Jumaat –4 Oktober 2002)

Kuala Lumpur (Malaysia) –Technology Park Malaysia (TPM) menerusi penyelidikannya mendapati ikan keli atau nama saintifiknya, Clarias gariepinus, mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g).

Kadar Lemak Yang Rendah

Kadar lemak dalam ikan keli (9-12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.

Baik untuk jantung

Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain.  Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolestrol di dalam badan.

Ikan keli mengandungi DHA

Selain itu, ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya.  Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20gm DHA.


Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...