Taip Bahan Carian

Selasa, 1 Julai 2014

KKBOX Cetus Revolusi Muzik Terkini Tanpa Sempadan


Musik adalah salah satu elemen hiburan dalam kehidupan manusia. Selain menghibur, musik dapat mengurangkan stress. Kini bagi peminat industri muzik terdapat sebuah aplikasi yang membolehkan anda meneroka dunia muzik pada hari ini.

KKBOX yang merupakan sebuah penyedia perkhidmatan langganan muzik digital utama melancarkan pelan pembayaran harian, mingguan, bulanan dan suku tahunan yang direka khas buat penggemar muzik.

KKBOX mempunyai lebih 10 juta lagu daripada 500 label muzik antarabangsa, boleh didapati dalam pelbagai pakej dan di Malaysia terdapat 200,000 pengguna KKBOX.


KKBOX boleh di akses dalam pelbagai jenis peranti seperti di telefon pintar (iOS, Android  atau Windows Phone) , komputer (Windows atau Mac) dan juga tablet.

Untuk mengetahui lebih lanjut apa itu KKBOX, anda boleh layari kkbox.com/my

Untuk mendengar lagu secara online melalui KKBOX dan melihat carta lagu yang polular dan terkini boleh layari Info Muzik KKBOX.

Koleksi lagu-lagu raya juga boleh didapati di KKBOX

Antara ciri-ciri menarik yang boleh didapati di KKBOX adalah ‘lirik bergerak’, di mana pengguna boleh menikmati pengalaman berkaraoke dengan menukarkan peranti mereka menjadi sebuah peti muzik karaoke mudah alih.

Selain itu, ciri bernama 'Dengar Bersama’ disediakan dimana pengguna dan artis dapat mendengar muzik secara lansung bersama-sama, dan berinteraksi dengan lebih mesra melalui perbualan sosial dan perkongsian muzik.

KKBOX juga berfungsi sebagai sebuah platform yang menyediakan pelbagai kandungan editorial khas untuk pasaran tempatan. Ini membolehkan pengguna-pengguna Malaysia untuk mengakses berita muzik terkini, temubual eksklusif bersama artis, ulasan album dan konsert serta ulasan langsung.

Dengan lebih daripada 10 juta pengguna berdaftar, KKBOX memiliki pustaka muzik gergasi yang menampilkan adunan lebih 10 juta lagu daripada lebih 500 label antarabangsa dan tempatan.


Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...