Taip Bahan Carian

Isnin, 21 Oktober 2013

Remaja perempuan dipukul hingga pengsan



Kuala Lumpur: “Kau ni lah yang perasan cantik... kau pukul adik angkat aku kan? Kau bangunlah bodoh, bangun..kau ni bodoh, bodoh.”

Itu antara dialog dua remaja perempuan sebelum memukul, menumbuk dan menendang serta menampar seorang remaja perempuan lain dipercayai rakan mereka yang rakaman videonya tersebar menerusi Facebook dan YouTube sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di sebuah negeri pantai timur di kawasan tepi pantai dan kedua-dua suspek itu bukan saja menyepak rakan mereka malah turut mengaibkan mangsa dengan menarik kemeja-T yang dipakainya ke atas.

Video berdurasi 2 minit 24 saat itu tersebar secara meluas di laman sembang sosial dan dipercayai ia dirakam seorang lagi rakan mereka sebelum memuat naik video itu ke Facebook dan YouTube

Difahamkan, mangsa yang juga kenalan kepada adik angkat kedua-dua remaja perempuan itu dikatakan pernah memukul adik angkat mereka dan suspek dipercayai bertindak membalas dendam terhadap mangsa.

Pada permulaan rakaman, dipaparkan mangsa yang berkemeja- T merah jambu sedang duduk di atas motosikal manakala kedua-dua suspek yang memakai kemeja-T putih berbelang hitam yang sama itu berdiri di sisi mangsa.


Mangsa kemudiannya ditarik turun daripada motosikal dan di heret ke jalan sebelum rambutnya ditarik dan ditolak ke bawah hingga terduduk.

Kemudiannya, mangsa dipijak dan ditendang di bahagian muka sambil dituduh berlagak cantik selain didakwa memukul adik angkat mereka.


Tidak cukup dengan itu, mangsa di tarik rambutnya dan diheret hingga ke jalan dalam keadaan terduduk sebelum ditendang dan dipaksa bangun.

Ketika itu, kelihatan sebuah motosikal lain yang ditunggang orang awam melalui kawasan berkenaan yang menyaksikan kejadiaan itu namun beredar tanpa menegur perbuatan kedua-dua remaja perempuan itu.

Mangsa turut diaibkan apabila kemeja-T yang dipakainya ditarik keatas hingga menampakkan bahagian perut dan apabila mangsa melawan mereka, dia ditampar dan ditendang lagi.


Mangsa ditampar beberapa kali lagi dan apabila dia melarikan diri ke kawasan tepi jalan, rambutnya ditarik dan diheret semula ke tengah jalan dan ditendang bertubi-tubi.




Mangsa yang lemah selepas itu berjalan terhuyung hayang sebelum jatuh pengsan di atas rumput dan kedua-dua remaja itu hanya menyaksikan mangsa pengsan sebelum rakaman itu ditamatkan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata kes berkenaan akan disiasat Jabatan Siasatan Jenayah untuk mengesan lokasi kejadian berkenaan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.


VIDEO 
REMAJA PEREMPUAN BERGADUH
DIPUKUL HINGGA PENGSAN


Kes berkenaan akan disiasat Jabatan Siasatan Jenayah 
untuk mengesan lokasi kejadian berkenaan





Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...