Taip Bahan Carian

Isnin, 16 Mei 2011

Yogurt Berkhasiat Untuk Perempuan Bersalin


Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal, yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi. Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.  Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi sebagai membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu).

Dan seterusnya …
Bakteria itu bertindak secara merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam saluran usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

Yogurt elok diambil pada tahap yang sejuk kerana bagi memastikan kandungan bakteria atau kultur hidup aktif terjamin untuk memberikan manfaat kesihatan tetbaik pada tubuh badan. Sebaiknya, pilihlah yogurt yang low-fat, diperbuat daripada skimmed milk dan kandungan gula yang rendah.

Kebaikan Yogurt Kepada Kesihatan

1. Mampu Meningkatkan Kadar Imun Badan
2. Membantu Dalam Proses Pencernaan
3. Mencegah Jangkitan Bakteria (Candida) Pada Alat Kelamin Wanita
4. Mambantu Menguatkan Tulang dan Mencegah Masalah Osteoporosis
5. Mampu Menurunkan Kolestrol Dalam Badan
6. Mampu Mengurangkan Berat Badan

1 ulasan:

cikgu fiQ berkata...

kaLU utk laki berkhasiat x?
huhu!
btw,,juz bw here...
sudi2 la terjah ini bLOg,,
http://simpleasfiq.blogspot.com
kaLU nk foLLow 2,mmg dialu2kan lah~

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...