Taip Bahan Carian

Ahad, 8 Mei 2011

10 Tips Naikkan Traffik Blog Tanpa Software

Mata takleh tidur... jalan-jalan terjumpa tip ni di web forum.
emmm Menarik, dan berguna untuk blogger-blogger. Jom kita kongsi-kongsi.

SEO... untuk tingkatkan traffic blog, ade sesetengah blogger sanggup beli software,, ratusan ringgit untuk dapatkan ranking pertama dalam indeks carian internet... tak pelah dia org org bisnes. so penting bagi traffic tu... bagi saya, hanya suka2 ber blogging ni... ok. pendekkan cite, bagi blogger macam saya ni, sebenarnya kita boleh naikkan traffic blog dengan tanpa apa2 software... sebab google dah sediakan kemudahan untuk naikkan traffic blog... caranya;


1. Gunakan template mesra SEO (Search Engine Optimization)


Gunakan template blog yang ringkas dan ringan (cepat loading).Jangan gunakan blog yang direka dengan Flash kerana google robot(crawler) tidak sama sekali dapat mengesan format flash.

Blog yang berat akan menyebabkan visitors menunggu masa yang lama untuk masuk ke laman anda. Faktor tersebut akan menyebabkan pengunjung keluar dari blog anda sebelum blog selesai loading.



2. Elakkan Javascript



Penggunaan javascript yang terlalu banyak pada blog anda akan menyebabkan blog lambat loading. Javascript biasanya sangat-sangat berat. Contoh widget yang menggunakan javascript seperti widgeo, live traffik feed, animated recent post dan shoutout mix.

Memandangkan shoutmix penting untuk pembaca meninggalkan jejak,ianya dikecualikan dalam hal ni.


3. Letak bloglist dalam blog anda


Bloglist sangat-sangat penting dalam menjana traffik melalui enjin pencarian. Apa-apa entri pada bloglist kegemaran anda akan menghasilkan keyword dan blog anda akan menumpang sekali keyword tersebut.

Contohnya, walaupun blog anda tidak pernah ada kaitan dengan seks, keyword seks dari google search tersebut datang dari entri bloglist korang. Mudah kan?So, jangan lupa untuk letak bloglist kat blog anda.


4.Backlink



Backlink adalah link yang menghubungkan blog kita antara satu dengan yang lain. Backlink dapat menolong tingkatkan kedudukan blog di enjin pencarian seperti google. Untuk menghasilkan backlink, anda kenalah rajin komen kat blog-blog yang lain.Cara mudah yang lain adalah menganjurkan Contest.

Mesti ramai yang ingin sertai contest dan letakkan link blog anda kat blog atau entri mereka. Justeru, menghasilkan backlink pada blog anda.


5.Teknik Bold Kata Kunci


Anda haruslah bold(highlight) kan kata kunci kat setiap entri terbaru kita. Anda boleh bold kata kunci yang penting bagi entri anda. Bold satu atau dua perkataan dah memadai.

Melalui teknik ni, google lebih mudah untuk mengesan keyword tersebut sebagai kata kunci bagi entri anda.


6. Hantar url blog anda ke enjin pencarian


Hantar url anda kepada enjin pencarian seperti google dan yahoo.Klik [URL="http://www.google.com/addurl/?continue=/addurl"]disini [/URL]untuk menghantar blog anda ke google.Klik [URL="https://siteexplorer.search.yahoo.com/submit"]disini[/URL] untuk hantar url anda ke Yahoo.


7. Elakkan lagu


90% pembaca tidak suka blog yang mempunyai lagu.Pemasangan lagu menggangu tumpuan pembaca untuk membaca artikel anda.


8. Berkongsi Artikel


Jangan risau jika artikel anda dicopy paste.Ia akan menghasilkan backlink kepada anda jika pemilik tersebut mengkreditkan blog anda untuk artikel tersebut. Bagi yang mempunyai domain, [URL="https://id.tynt.com/account/whos_amung_us_sign_up/o441slfxg6bj"]tynt insight[/URL] akan menghasilkan backlink percuma kesetiap artikel yang telah di copy.Walaupun artikel disebut di copy paste tanpa kredit.


9. Gunakan banner yang kecil pada header blog anda


Jangan gunakan banner pada blog yang bersaiz besar sehingga penuh satu skrin komputer.Banner blog yang besar menyebabkan masa yang lama untuk loading image tersebut.


10. Beri Komen pada blog lain


Jika anda suka komen blog lain, lihat backlink anda [URL="http://www.checkbacklink.com/"]disini[/URL]. Banyak tak backlink anda??Itulah cara-cara tingkatkan backlink dengan mudah melalui komen pada blog lain. Sekaligus, dapat perkenalkan kehadiran blog anda didunia blog.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------





5 ulasan:

MamaSyaidah berkata...

Salam...
Sangat2 bagus tips ini bagi blogger baru mcm saya.
Terima kasih.

MAA Marketing berkata...

sgt style..byk menbantu..

Anis Anisa berkata...

bagus la tips ni

d4533k3r berkata...

Entry menarik~

Blogger berkata...

Submit your website or blog now for listing in Google and 300+ search engines!

Over 200,000 sites indexed!

SUBMIT TODAY using I NEED HITS!!!

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...