Taip Bahan Carian

Ahad, 26 April 2020

Waktu Berbuka Puasa Waktu Mutajab Untuk Berdoa






Berikut adalah waktu-waktu yang paling mustajab untuk berdoa:-

1. Waktu di antara Azan dan Iqamah

Semasa azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak.”(Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).

2. Hari Jumaat

Jumaat adalah penghulu segala hari. Rasulullah menegaskan: “Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat.

Setiap Muslim hendaklah memperbanyakkan berdoa pada hari Jumaat. Ulama berbeza pendapat mengenai waktu mustajab berkenaan.

Ada mengatakan, ia bermula pada awal pagi Jumaat hingga terbit matahari. Ada juga mengatakan, ketika khatib duduk di antara dua khutbah.

Namun, yang paling kuat adalah pendapat mengatakan waktu sesudah solat Asar hingga Maghrib sebagaimana ditegaskan Rasulullah:

“Sesungguhnya dalam hari Jumaat ada waktu mustajab apabila pada waktu itu seorang Muslim berdoa kepada Allah pasti dimakbulkan doanya. Waktu yang dimaksudkan itu ialah sesudah solat Asar.” (Riwayat Ahmad)

3) Malam Lailatulqadar

Lailatulqadar juga memiliki keistimewaan untuk memperbanyakkan berdoa kerana beribadat di dalamnya lebih baik daripada seribu bulan. Rasulullah bersungguh-sungguh mencari malam Lailatulqadar iaitu pada sepuluh hari terakhir Ramadan.

Rasulullah menegaskan: “Sesiapa yang melakukan ibadat pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan hati, maka diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4) Ketika Hujan

Apabila hujan turun membasahi bumi bukan sahaja dapat menyirami tumbuhan dan menyejukkan bumi yang kering. Waktu ini juga Allah cipta untuk hambaNya berdoa supaya dapat dikabulkan.

Rasulullah S.A.W bersabda “Doa tidak tertolak pada 2 waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun.” (Hadis Riwayat Al Hakim)

5) Sepertiga Malam Terakhir

Apabila sepertiga terakhir malam, Allah memberkati hamba-hambanya dengan turun ke langit dunia dan mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka.

Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah S.A.W bersabda,

“Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

6) Hari Arafah Ketika Musim Haji

Hari Arafah adalah hari di mana kaum Muslimin dari seluruh penjuru dunia berkumpul di Padang Arafah. Mereka berkumpul untuk mendekatkan diri kepada Allah untuk pelaksanaan ibadat haji.

Rasulullah S.A.W memuji hari Arafah: “Tidak ada satu hari pun yang lebih istimewa di sisi Allah daripada hari Arafah.”

Allah turun ke langit bumi mempertontonkan kemuliaan kaum Muslimin kepada para malaikat seraya berkata:

“Wahai para malaikat, lihatlah hamba-hamba-ku. Mereka datang menghadap-Ku dalam keadaan susah payah dari penjuru dunia yang jauh dan memohon keselamatan atas seksa-Ku.

“Tidak ada satu hari pun di mana Allah membebaskan hamba-hamba-Nya dari seksa neraka daripada hari Arafah.’’ (Riwayat Abu Ya’la, Bazzar dan Ibnu Khuzaimah)

7) Ketika Bersahur dan Berbuka Puasa
Waktu sahur juga tergolong dalam waktu mustajab untuk berdoa. Oleh itu, banyakkan berdoa dan berzikir sambil bersahur sehingga masuknya waktu solat fardhu Subuh.

Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu lagi waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud : “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Sabtu, 25 April 2020

Awas 7 Kesan Buruk Kayu Manis Pada Tubuh Badan

https://invol.co/cln1e2

Kesan Buruk Kayu Manis Pada Tubuh Badan.

Menurut Dr. Noordin Darus kulit kayu manis (cinnamon) boleh menyebabkan masalah kesihatan dan merosakkan beberapa organ tubuh badan.

1. Gangguan pernafasan apabila serbuk kayu manis yang masuk dalam paru-paru anda ia akan menyebabkan anda sesak nafas.

2.  Hipoglisemia. Kulit kayu manis (cinnamon) akan menyebabkan glukosa dalam tubuh badan berkurang.

3. Kerosakkan Hati. Pengambilan kayu manis yang berlebihan akan menyebabkan hati anda rosak dan tidak dapat menyingkir toksik dalam tubuh.

4. Radang Mulut seperti ulser boleh berlaku sekiranya anda mengambil kayu manis tanpa sukatan yang betul.   

5. Kanser / barah. Walaupun kayu manis boleh menyembuhkan kanser tetapi cinnamon juga boleh menyebabkan kanser sekiranya diambil secara berlebihan.

6. Gangguan keberkesanan ubat yang anda ambil

7. Alahan atau alergi seperti gatal-gatal, bengkak dan sebagainya.


Walaupun kulit kayu manis mempunyai kesan buruk pada tubuh, kayu manis mempunyai banyak manfaat pada kesihatan tubuh badan.



Khasiat Kulit Kayu Manis (Cinnamon)

Menjaga sistem imun badan merupakan salah satu cara untuk lindungi tubuh badan daripada pelbagai virus.

Banyak cara yang dapat anda lakukan untuk menjaga imun badan seperti rajin makan vitamin dan bersenam.

Cara tradisional yang sudah menjadi amalan turun-temurun masyarakat kita terdahulu adalah dengan meminum air jamu atau mengambil rempah ratus.

Rempah-ratus terbukti dapat memperkuatkan daya tahan tubuh kerana kaya demgan antioksidan. Salah satu rempah yang anda boleh amalkan ialah kayu manis. Ini manfaat kayu manis untuk badan anda!

1. Kaya dengan antioksida

Kita semua tahu pentingnya antioksidan untuk sistem kekebalan tubuh. Radikal bebas di  sekeliling kita setiap hari melemahkan sel tubuh dan membuatkan anda jatuh sakit. Manfaat kayu manis yang kaya dengan antioksida dapat melindungi dan memperbaiki sel tubuh daripada masalah ini.

2. Melawan diabetes

Salah satu kelebihan kulit kayu manis ialah ia boleh membantu gula rendah di dalam darah dan kesensitifan hormon insulin, iaitu hormon penting dalam memastikan aras gula seimbang. Kulit kayu manis membaiki reseptor supaya lebih responsif terhadap insulin.

3. Antiradang

Kulit kayu manis juga boleh membantu badan manusia melawan jangkitan dan membaiki tisu rosak. Memakan kulit kayu manis secara tetap boleh membantu mengurangkan kerandangan sistemik. Selain itu, disebabkan sifat kulit kayu manis yang antiradang dan mengurangkan bengkak, ia boleh digunakan untuk mengurangkan sakit otot, kejang sesama haid dan allergik.

4. Mencegah kanser

Kulit kayu manis juga dikatakan berpotensi digunakan untuk mengurangkan risiko dan mencegah kanser. Untuk mengamalkan khasiat kayu manis, anda boleh campurkan serbuk kayu manis dengan minuman atau makanan.

5. Menurunkan kolesterol jahat

Kolesterol yang tinggi sangat berbahaya untuk kesihatan tubuh kerana berpotensi menyerang saluran jantung. Khasiat kayu manis dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Boleh diamalkan dalam minuman anda seharian berserta dengan madu. Caranya mudah sahaja, anda campurkan 1 susu madu dan 1 serbuk kayu manis di dalam air teh.



20 Khasiat Kayu Manis 
-  Dr. Noordin Darus



20 khasiat kulit kayu manis (cinnamon) menurut Dr. Noordin Darus.

1. Turunkan berat badan

2.  Merawat dysmenorrhea

3.  Meningkatkan Imuniti badan / kekebalan tubuh badan

4. Merawat keputihan

5. Merawat penyakit Polycystic ovary syndrome (PCOS) iaitu penyakit kelamin wanita

6. Membaiki Fungsi Otak - Merawat parkinson

7. Meningkatkan kebersihan dan kesihatan mulut.

8. Merawat diabetis

9. Melawan Kanser

10. Menguatkan pendengaran

11. Menyerikan kulit dan wajah

12. Merawat sakit tulang

13. Aroma terapi

14. menurunkan kolestrol jahat

15. merawat batuk

16. Menuatkan Ingatan - Baik untuk pelajar

17. Antioksida

18. menyihatkan jantung

19. Merawat alahan

20 Detox


Jom Buat Duit Free 
Hanya perlu daftar dan share iklan di Facebook, whatsaap, dll
KLIK > DAFTAR

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...