Taip Bahan Carian

Sabtu, 27 April 2013

Hati-hati Portable Charger PowerBank yang palsu


Power Bank adalah portable charger yang berfungsi sebagai alat untuk menyimpan elektrik untuk digunapakai pada telefon bimbit.

Puratanya sebuah Power Bank dapat membekal tenaga elektrik sekurang-kurangnya untuk 6 buah iphone. (bergantung pada had maksimum kapasiti "mAh" yang mampu disimpan sesebuah power bank)

Memandangkan banyak permintaan Power Bank dipasaran, ada pula Power Bank yang tiruan dan palsu...

so hati-hatilah memilih Power Bank yang sebenar dan original. 

Jangan sampai anda terbeli Power Bank seperti dibawah.

PowerBank Palsu yang penuh dengan skru didalamnya 

 PowerBank Palsu yang penuh dengan pasir didalamnya 


PowerBank Palsu yang penuh dengan bateri kosong didalamnya 



Ahad, 14 April 2013

Ciri-ciri Blog Yang Baik




Terdapat beberapa perkara penting yang harus diambil kira semasa merekabentuk laman web. Tips berikut amat bagus bagi menghasilkan laman web yang baik dan menggembirakan pengunjung anda:

1. Rekabentuk laman web yang simple dan mudah. Ingat, tujuan  anda membina laman web ialah untuk menyampaikan info tentang  produk anda kepada pelawat. Jadikan lama web anda ringkas dari menggunakan gambar dan animasi yang terlalu banyak sehinga mengganggu focus pengunjung anda terhadap info yang anda  sediakan.

2. Objektif. Pastikan anda tahu dan faham apa tujuan laman web tersebut dibina kerana ia akan mempengaruhi pelbagai aspek rekabentuk laman web seprti penggunaan warna, sasaran pengguna, teknologi, dsb. Isi laman web juga haruslah fokus kepada objektif.

3. Kedudukan link/menu perlu konsisten. Anda perlu menyediakan link pada kedudukan yang tetap. Jika dalam fail utama link anda berada dibahagian tengah atas, pastikan page lain juga mempunyai link pada kedudukan yang sama.

4. Gambar yang digunakan hendaklah optima supaya ia cepat diload dan tidak terlalu berat. Rekabentuk grafik yang menarik menjadikan laman web anda unik dan menarik di pandangan mata pengunjung, tetapi ingat, hanya letak gambar-gambar yang berkaitan sahaja (gambar produk anda). Pemilihan konsep warna
yang sesuai juga amat penting.

5. Navigasi. Apa itu navigasi? Navigasi ialah perjalanan web anda dari satu halaman ke satu halaman berdasarkan link yang anda telah buat. Pastikan anda merekabentuk link/menu anda dengan jelas dan mudah untuk dilihat pengunjung. Pilih warna yang sesuai  supaya ianya dapat dibezakan dan kelihatan jelas. Penting : Pastikan navigasi yang mudah untuk proses pembelian dan pembayaran.

6. Logo dan nama. Pastikan logo atau nama laman web anda dipaparkan dengan jelas kerana ianya adalah identity perniagaan anda.

7. Font. Anda perlu pilih font yang standard sahaja seperti Arial, Verdana atau Times New Roman. Jika anda menggunakan font yang bukan standard, ada 2 perkara mungkin berlaku:-

  • Menyusahkan pengunjung anda membaca. (Font Script)
  • Mungkin ada pengunjung yang tidak dapat melihat dan membaca kerana font tersebut tiada di dalam komputer mereka.


8. Cara menghubungi anda. Anda perlu sediakan kaedah atau cara bagaimana pengunjung boleh menghubungi anda sama ada melalui email, form atau telefon.

9. Isi kandungan web anda. Anda perlu pastikan maklumat yang anda sediakan dalam web adalah berkaitan dengan perniagaan anda dan mencukupi, kerana pengunjung akan merasa puas hati dengan info yang lengkap. Mereka mungkin akan membuat belian jika mereka yakin dengan produk anda.

10. Pastikan link yang anda buat di laman web berfungsi.

11. Susunan. Pastikan susunan grafik, button, text dan link disusun dengan baik dan tersusun. Laman web yang berterabur membuatkan pengunjung tidak akan lawati web anda untuk kali ke-2 dan seterusnya.


Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...