Taip Bahan Carian

Ahad, 17 Februari 2013

Orang gaji gila dera bayi



Isu orang gaji atau pembantu rumah mendera bayi majikan bukan lah suatu isu yang baru. Perkara tersebut telah lama diperkatakan. Terbaru :

17 Februari 2013
KUANTAN - Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010.
  
"Suspek ditahan sejak 15 Februari lepas. Pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Pada 15 Februari lepas, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.
  
Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada 7.45 pagi.
  
Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
  
Bayi itu kini dirawat di hospital berkenaan dan dilapor dalam keadaan stabil.  - Bernama






Harap pihak-pihak berkuasa bukan sahaja ambil tindakan yang tegas kepada warga asing tersebut, tetapi kepada agensi yang terlibat kerana menyediakan perkhidmatan pembantu rumah yang gila!




Sabtu, 16 Februari 2013

Doa dan Amalan Pelaris Perniagaan



Di Rumah atau di mana-mana di tempat yang sesuai bacalah sebanyak yang mungkin..


Dibaca Didalam kedai...



Ayat ini dibaca ketika hendah membuka pintu kedai pada waktu pagi...



Ayat Seribu Dinar:

Ayat ini jika di amalkan selalu akan mendapat kesenangan menjauhkan daripada segala balak dan ancaman, menghalau hantu syaitan dan jembalang, bolehlah dibaca pada tempat yang di takuti.
Kepada orang sakit dibacakan kedalam air kemudian diberi ia minum. Insya-Allah mujarab



Doa murahkan rezeki dan mendapat ilmu yang bermanafaat

Pada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih belajar. Di galakan supaya membaca ayat-ayat atau doa ini sebelum memulakan belajar, sekurang-kurangnya sekali atau 3 kali. Dan pada mereka-mereka yang kesempitan, sama ada berniaga atau di dalam pekerjaan, bacalah ayat-ayat atau doa ini sebanyak-banyak yang mungkin. Lebih-lebih lagi semasa duduk di dalam kedai atau toko. Doa ini juga berupaya untuk menyembuhkan penyakit. Semoga usaha anda Berjaya, Insya-Allah.


Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Wahai tuhan aku mohon akan dikau ilmu yang munafaat dan hati yang khusu’ dan yakin yang benar dan agama (islam) yang kuat dan rezeki yang luas (banyak) dan amal yang solleh dan ubat daripada tiap-tiap penyakit dan mati di dalam iman.


Doa murahkan rezeki dan mendapat ilmu yang bermanafaat 2

Doa ini juga untuk anak-anak atau sesiapa sahaja, yang memerlukan mendapat Ilmu yang menafaat, supaya membacanya sebelum memulakan membaca atau mengulang kaji pelajaran. Doa ini juga boleh di gunakan untuk mendapat rezeki yang halal. Insya-Allah akan mendapat keredaan Allah.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Wahai tuhan tambahlah aku akan ilmu yang munafaat. Wahai tuhan tambahlah akan aku rezeki yang halal lagi baik.





Amalan Pembuka Rezeki

Dibaca 100kali sehari... InsyaAllah, rezeki anda murah, dan segala kesusahan dan kemiskinan  akan hilang.

Tiada Tuhan selain Allah Tuhan yang Haq serta Nyata Muhammad adalah Utusan Allah yang menjadi janji serta dapat di percaya.



Doa Sebelum Memulakan Perniagaan



Buku ini menghimpunkan amalan murah rezeki, doa-doa menjemput rezeki, doa-doa menghindari kemiskinan dan amaln selawat mohon segala hajat.





Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...