Taip Bahan Carian

Jumaat, 11 Mac 2022

Petua Dn Rawatan Dari Arwah TG Harun Din

 


Kene simpan ilmu ni baik2...

Beberapa petua dari arwah TG Harun Din.. bagus kita simpan dan amal bila perlu


1) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi :

 Surah - fussilat, ayat 44


2) Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut :

Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel

Ambil & sapu pada bahagian yang disengat


3) Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit :

Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya

Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali

 InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh


4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri :

Surah Al - Baqarah, ayat 102


5 ) Resdung :

 - Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan

 - Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)

 - Setiap kolah masjid, 1 botol.

 - Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung

 - Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.

 - Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'

 - Masukkan air ke dalam hidung & buang semula

 - Ulang sebanyak 7 kali Surah Al - Anbya', ayat 83


6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism) :

 - Gunakan minyak zaitun

 - Baca Al - Fatihah & Ayat kursi

 - Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :

 Surah At- Taubah ayat 14 & surah Al - Hashr ayat 21


7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita :

 - Menggunakan madu asli

 - Baca Al- Fatihah & Ayat kursi

 - Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu

 - Makan 1 sudu sehari


8) Angin pasang :

 - Menggunakan madu

 - Amalkan ayat- ayat di bawah ini

Surah Al - Isra', ayat 82

Surah Al - Hashr, ayat 21

Surah Ash - Shua'ra' ayat 70


9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung :


 Bahan - bahan :

 - Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)

 - Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)

 - Buah kelapa (yang berhingus)


 Cara - cara :

 - Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.

 - Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.

 - Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.

 - Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.

 - Minum air kelapa yang telah suam.

 *Satu bji kelapa, selang 2 hari.


10) Susah tidur malam

Surah Al - kahf, ayat 11


11) Merawat histeria :

- Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..

- Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.

 *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain

 - As saffat , ayat 7


12) Sakit Kepala :

Jika sakit kepala tu di bahagian depan, ubatnya ialah tidur. Jika di atas kepala, ubatnya makan atau minum (air kosong). Kalau sakit kepala tu di bahagian belakang kepala, itu tanda kita 'stress' dan kena 'release stress' tu baru boleh ok 


13) Mata :

Ni penting untuk orang yang matanya lemah, dan juga org lain. Otot mata menderita dari hari ke hari, sebab hari hari 'berkerja', kita bangun tidur, mata kita yang bergerak dulu. Kerana itu, makin hari mata akan kurang tenaganya.


Jadi, utk kekalkan tenaga untuk mata kita dan kekuatan mata, kita kena ikut sunnah dalam solat. Iaitu, kekalkan bukaan mata ketika kita sujud dan melihat 'titik' tengah sejadah. Dan ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah di sejadah juga. Kira jangan bergerak tengok tempat lain lah mata tu. Tengok je tempat kita sujud tu.


Ini adalah kerana, bila mata kita fokus pada tempat sujud disaat kita melakukan rukuk, otot mata kita akan tekan anak mata untuk tingkatkan penglihatan dan apabila kita bangun, otot tu 'relax'. Dan bila kita sujud, otot mata menguncup disebabkan jarak antara penglihatan kita dan tempat sujud tu. Bila kita bangun, otot mata kita akan 'relax' semula.


Solat dengan cara yang betul ini lah akan membuatkan otot dan saraf mata kita bersenam. Kita boleh praktik sebanyak 17 kali atau lebih kalau kita nak. Yela, lakukan tiap kali solat kan.


Nabi Muhammad (SAW) selalu pesan agar membuka mata ketika sujud dan kita selalu tak tahu kenapa sebelum ini. Dan sekarang, terbukti dari kajian saintis sudah ada.

(Perkongsian melalui telegram)

SEMOGA BERMANFAAT 


Isnin, 28 Februari 2022

Bantuan Kuarantin RM 100 Sehari Tahun 2022 Kini Dibuka


Ada yang kena kuarantin sebab Covid-19? Jangan lupa anda boleh buat Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 Sehari Tahun 2022 ~ Mohon Sekarang!

Memandangknan kes harian telah mencapai 25k keatas sehari. Pihak Kerajaan Malaysia Memberi Bantuan Kuarantin Sebanyak RM 100 Sehari Semula. 


Kepada mereka yang belum tebus, jom tebus!


Tahukah anda NADMA merupakan salah sebuah Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia yang berfungsi untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas teruk akibat pandemik ini.

Melalui NADMA ini juga, sekiranya anda pernah dijangkiti dan dirawat, anda boleh untuk memohon bantuan secara one-off melalui NADMA.

Bagaimana hendak memohon bantuan NADMA ini? Kami kongsikan kepada anda maklumat untuk memohon bantuan kuarantin RM100 ini.


Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 Sehari

Bantuan RM100 sehari akan diberikan kepada mereka yag menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan COVID19.

Anda boleh untuk menerima bantuan RM100 sehari sehingga 14 hari (Maksimum)

Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja secara (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.


Syarat Kelayakan Bantuan RM100 Sehari

Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19

Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.


Pemohon Yang Tidak Layak

Bukan Warganegara Malaysia

Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian

 Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19


Cara Permohonan

1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web nadma 

2. Panduan PDF klik di sini 


Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...