Taip Bahan Carian

Sabtu, 3 Disember 2016

Petua Murah Rezeki (Al-Quran dan Hadis)


Petua murah rezeki berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:


    1. Menyempatkan diri beribadah

Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akanmembuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


    2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)


    3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)


    4. Sentiasa ingat Allah (SWT)

Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)


    5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


    6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)


    7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)


    8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.



    9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
    “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”


    10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


    11. Menjalin silaturrahim

    Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)


    12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-  Walid)


    13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


    14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT).


    15. Melazimi Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)



    16. Bersyukur kepada Allah (SWT)

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat- Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145).


    17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

RM4.50


    18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

RM4.00


    19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.

Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

RM7.00


    20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan- amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.


Jumaat, 2 Disember 2016

Analisis Penyakit Melalui Tapak Tangan

Analisis kesihatan tubuh badan melalui telapak tangan “The Sign of Hand” telah lama digunakan oleh bangsa Yunani sejak ribuan tahun yang lalu. Itulah sebabnya analisis telapak tangan merupakan salah satu bentuk analisis yang sangat dianjurkan untuk dilakukan oleh seorang Herbalis ketika hendak merawat penyakit pesakit yang datang berubat kepadanya. Menurit Herbalis, gambaran saraf pada tapak tangan mempunyai erti yang sangat penting baginya kerana ia mengandungi 1001 macam rahsia. Melalui tapak tangan, seorang Herbalis dapat mengetahui masalah kesihatan seseorang pesakit.

Ketahui rahsia tanda-tanda penyakit
Menerusi jari dan telapak tangan anda


Tangan merupakan bahagian saraf yang paling hujung dari tubuh manusia. Apa saja yang berlaku pada tubuh manusia akan terlihat pada tangan. Di antara bahagian-bahagian tangan yang boleh menunjukkan keadaan suatu penyakit yang berlaku pada manusia adalah telapak tangan bahagian atas, semua jari (mulai dari kelingking hingga ibu jari), ruas-ruas jari bahagian atas dan kuku.

Empat jari yang ada hubung kait dengan organ dalaman tubuh :

Jari telunjuk : Usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba kita lihat pada ruas jari-jari kita.
Kalau ruas jari kehitaman itu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Cuba periksa tapak tangan masing-masing
Kalau tapak tangan berbintik maknanya ada masalah angin.
Jadi yang suka marah-marah itu mungkin banyak angin dalam badan. Oleh sebab itulah selalu rasa ingin marah dan mudah naik angin.

Masalah tapak tangan berpeluh atau lembab?
Itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan
Maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergic dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya kita seorang pengidap gastrik.

Urat biru/hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki
Maknanya seseorang itu menghadapi tekanan dalam kehidupan sehariannya

Manakala bagi seseorang wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan adalah dengan melihat pada jari kelingking kita. Kalau jari kelingking kita meruncing atau bengkok, maknanya seseorang itu mengalami haid yang tidak teratur, keputihan, senggugut dan berkemungkinan rahim jatuh.

Cuba pula tengok pada kuku setiap jari kita
Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda ini bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang tetapi sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada kuku ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat. InshaaAllah.

Berikut ini kaitan antara jari dan telapak tangan dengan kesihatan anda :

1. Masalah Kolon (Sembelit)

Penyakit bersumber dari masalah usus besar (kolon) dan sembelit merupakan masalah yang paling utama. Tanda-tanda di tangan pesakit untuk masalah sembelit dan permasalahan kolon adalah sebagai berikut :

. Garis-garis ruas jari-jari pada telapak tangan berwarna gelap, semakin gelap warnanya menunjukkan semakin teruk permasalahan sembelitnya.

. Garis-garis yang ada pada telapak tangan dan ruas seluruh jari berwarna gelap, semakin gelap warnanya bermakna semakin teruk masalah sembelitnya.

. Terdapat bayangan kehitaman secara keseluruhan dari telapak tangan, menandakan lebih kronik dari garis-garis berwarna gelap di ruas jari-jari.

. Apabila jari telunjuk dan jari tengah direntangkan terasa sakit, ini menunjukkan adanya masalah sembelit.

. Permasalahan usus besar lainnya dapat dilihat pada keadaan ibu jari yang bengkok.

. Jari telunjuk bengkok menandakan adanya permasalahan pada usus besar.

Keadaan sembelit yang serius boleh dirawat dengan mesin kolon hydrotherapy, dimana najis-najis yang melekat di usus/kolon akan dikeluarkan dengan bantuan mesin dan biasanya najis berwarna kehitaman.

Sembelit adalah satu penyakit, namun wujudnya kesan daripada penyakit-penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

2. Masalah Angin

Masalah angin tak dapat dipisahkan dengan masalah sembelit. Tanda-tanda di tangan pesakit untuk masalah angin adalah terdapat bintik-bintik putih di telapak tangan berwarna kemerah-merahan. Ada dua kemungkinan, jika telapak tangan berwarna merah maka bintik-bintik berwarna putih dan sebaliknya jika telapak tangan berwarna putih maka bintik-bintik berwarna merah. Hal ini diakibatkan oleh gas yang berlebihan di dalam tubuh.

Kesan masalah angin kepada pesakit adalah rasa cepat marah dan beremosi, darah keluar lebih kental bila dibekam, suara tinggi dan pandangan tajam. Masalah angin ini ada hubung kait dengan masalah kolesterol.

3. Masalah Stress

Fikiran menguasai 50% kesihatan manusia. Dalam keadaan tertekan (stress) yang berterusan tubuh akan mengeluarkan hormon steroid yang dapat melemahkan sistem imuniti. Tanda-tanda di tangan pesakit stress adalah terdapat urat-urat biru/hijau di pergelangan tangan, telapak tangan dan disepanjang jari-jari serta sangat terlihat jelas di betis kaki.

Stress menyebabkan pesakit terlalu sedih, cepat marah atau beremosi, tidak nyenyak tidur dan terasa migrain. Masalah stress ini ada hubungannya dengan masalah jantung, paru-paru dan kekurangan vitamin C.

4. Masalah Jantung

Masalah jantung berbeza dengan penyakit jantung. Masalah jantung maksudnya adalah terdapat gangguan–gangguan pada organ jantung. Berlakunya arteriklorosis (penyumbatan arteri) adalah disebabkan terjadinya keadaan stress yang berpanjangan. Tanda-tanda di tangan pasien yang mengalami gangguan jantung adalah sebagai berikut :

. Jari kelingking yang bengkok menandakan adanya permasalahan pada organ jantung.

. Jari Tengah yang bengkok menandakan adanya permasalahan pada organ jantung.

. Tapak tangan berpeluh atau lembab (tanpa sebarang aktiviti) menandakan seseorang mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan stress.

Kesan dari masalah jantung adalah dada kiri terasa sakit, kebas pada jari-jari, rasa nyeri seperti di tusuk, mudah terperanjat, berdebar-debar, sukar tidur. Masalah ini ada hubungannya dengan masalah kolesterol atau tingginya kadar LDL (Low Density Lipoprotein) dalam tubuh.

5. Masalah Kolesterol

Masalah kolesterol sangat berkait rapat dengan masalah jantung dan kardiovaskular. Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan kolesterol ini adalah sebagai berikut :

. Ruas hujung jari-jari berwarna lebih merah atau lebih gelap dari ruas jari di bawahnya. semakin gelap warnanya menandakan kadar kolesterol di tubuh makin tinggi.

. Telapak tangan berwarna merah, kelihatan bengkak dan terdapat urat berwarna biru.

Masalah kolesterol mengakibatkan pesakit mengalami masalah emosi atau cepat marah. Masalah kolesterol berkait rapat dengan masalah sembelit, masalah angin.

6. Masalah Alergi

Masalah Alergi atau Sinusitis hampir menimpa kebanyakan penduduk Asia. Masalah ini biasanya dikaitkan dengan masalah paru-paru (pernafasan) atau asma. Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan ini adalah terdapat urat-urat berwarna biru/kehijau-hijauan pada telapak tangan di bahagian bawah ibu jari. Ibu Jari bahagian atas kempot, juga menandakan berlakunya masalah sinusitis.

Masalah Alergi menyebabkan bersin-bersin terutama di waktu pagi, rambut gugur, mata gatal-gatal, kaki kebas, cepat lelah, asma. Jika kondisi ini berkepanjangan maka akan menimbulkan masalah keputihan bagi perempuan, atau buasir bagi lelaki.

7. Masalah ketidakseimbangan Hormon

Masalah ketidakseimbangan hormon atau inbalance hormon dapat menyebabkan berlakunya masalah berkurangnya keinginan seks (tapi bukan impotensi), masalah di rahim/peranakan. Masalah ini biasanya berlanjut pada masalah Tiroid, Ovarium, Prostat, Uterus, Fibroid, Endrometris dan kanser rahim.

Tanda-tanda di tangan yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon adalah :

. Telapak tangan berwarna pucat merah, terdapat urat berwarna biru dan terlihat sangat jelas.

. Telapak tangan licin, kesat dan kulit telapak tangan kering.

. Terdapat bulan sabit terbalik hanya di kuku ibu jari menandakan hormon dalam keadaan balance. Sebaliknya apabila bulan sabit terbalik tersebut ada disemua kuku atau ada di kuku-kuku lain selain ibu jari, maka menandakan terdapat masalah inbalance hormon.

. Jari Kelingking kempot menandakan berkurangnya kemampuan seks.

. Ibu jari bengkok menandakan masalah kesuburan yang rendah.

Akibat dari masalah in balance hormon adalah berkurangnya keinginan seks, perasaan rendah diri, kemurungan yang mendalam bahkan depresi.

8. Masalah Wanita (Rahim dan Uterus)

Masalah wanita yang banyak dialami adalah masalah rahim jatuh atau prolapsus, keputihan, senggugut, fibroid, endrometrosis. Masalah wanita ini apabila berpanjangan akan menyebabkan terjadinya kanser rahim. Beberapa keadaan yang menyebabkan seorang wanita mudah diserang kanser :

(a) Datang darah haid pada usia dibawah 10 tahun.

(b) Berhenti darah haid pada usia di atas 50 tahun.

(c) Tidak melahirkan anak.

(d) Melahirkan anak pada usia 35 tahun terutama anak sulung.

(e) Tidak menyusui anak.

(f) Pernah menderita tumor.

(g) Memiliki sejarah keturunan pesakit kanser.

(h) Pengguna Pil Kesuburan (Hormon).

Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan wanita ini adalah :

. Jari kelingking meruncing/menirus menandakan masalah rahim/peranakan.

. Jari Kelingking bengkok bahagian atasnya saja menandakan rahim jatuh (prolapsus), jika berterusan akan mengarah pada permasalahan tumor.

9. Masalah Buah Pinggang

Masalah buah pinggang yang banyak dialami adalah masalah kebas-kebas di pinggang, kencing tidak lawas, menahan kencing, batu karang, kencing tak keluar (edena), kencing darah dan sebagainya. Masalah Ginjal ada kaitannya dengan masalah hati dan jantung. Perlu diketahui bahawa kerosakan ginjal tidak melebihi 25% belum memberikan kesan sakit pada pesakit. Apabila seorang ayah atau ibu telah mengalami masalah ginjal, maka berdasarkan penelitian di Malaysia sekitar 60% anak yang dilahirkan akan mewarisi masalah ginjal tersebut.

Tanda-tanda di tangan pesakit yang mengalami permasalahan ginjal ini adalah :

. Ruas pertama dari seluruh jari –jari terlihat buncit/bengkak air.

. Ruas pertama jari telunjuk berkerut-kerut, menandakan kurang air atau sering menahan air kencing, biasanya juga terlihat kelopak mata berwarna hitam.

. Terasa sakit di tiga jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

. Hujung-hujung jari relatif tidak meruncing menandakan seseorang mengalami masalah ginjal, untuk wanita biasanya letak rahim tidak pada tempatnya.

. Mata kaki bengkak atau mata bergelambir menandakan ada masalah ginjal dan jantung.

. Ruas hujung jari-jari bengkok ke dalam menandakan adanya masalah batu karang/ginjal dan gout.

10. Masalah Daya Tahan Tubuh (System Imunity)

Dari keseluruhan tanda-tanda yang dijelaskan diatas, adalah baru sebatas dugaan adanya permasalahan pada organ yang bersangkutan. Permasalahan tersebut akan betul-betul wujud pada pesakit apabila system imunity tubuhnya dalam keadaan menurun/rendah. Tanda-tanda sistem imuniti rendah adalah :

. Hujung jari manis kelihatan bengkok menandakan menurunnya sistem imunity. Selain itu juga terdapat masalah pada usus kecil dan masalah pencernaan. Ini ada kaitanya juga dengan masalah hempedu dan ulu hati.

. Telapak tangan berwarna hitam legam menandakan keadaan daya tahan tubuh lemah dan buruk.

. Telapak tangan cekung atau berlopak (cukup dalam) menandakan sistem imuniti yang rendah, juga menandakan adanya ganguan pada saraf dalaman. Jika diiringi rasa sakit di belikat, maka pada wanita ada kaitannya dengan rahim/peranakan. Jika lelaki ada kaitannya dengan tenaga batin.

Contoh kes keadaan pesakit yang melibatkan keadaan telapak tangan cekung :

. Pada pesakit yang berusia lebih dari 40 tahun, jika memiliki telapak tangan yang cekung, ruas jari pertama buncit, adanya sembelit, warna telapak tangan kemerahan dan lembab, maka dapat dipastikan pesakit tersebut telah mengidap kencing manis (diabetes).

. Pada pesakit wanita dewasa, yang memiliki telapak tangan yang cekung dan juga mengalami gangguan pada hormon tiroid, telapak tangan pucat/kebiru-biruan, masalah angin yang kronik, masalah alergi maka dapat dipastikan pesakit ini telah mengidap penyakit keputihan, fibroid dan endrometriosis.

. Hujung jari tengah bengkok, terdapat bintik­-bintik putih, telapak tangan licin, gemuk dan berpeluh, menandakan seseorang mengidap stroke.

11. Masalah-masalah Lainnya

Selain tanda-tanda seperti yang diuraikan di atas, masih terdapat tanda-tanda lain yang boleh di lihat di jari dan telapak tangan, diantaranya adalah :

. Apabila kuku bergelombang, bergaris-garis dan telapak tangan keras serta terdapat benjolan, ini menandakan keracunan/toksid heavy metal (logam berat).

. Bawah mata dan telapak tangan kelihatan pucat, banyak bintik-bintik putih dan urat berwarna biru tersebar merata menandakan seseorang mengalami masalah tekanan darah rendah atau anemia. Kondisi ini juga dapat dilihat jika kuku ditekan beberapa saat sampai berwarna putih dan perlu waktu yang lama untuk kembali kekeadaan normal.

. Adanya garisan di tepi perut ibu jari, terlihat berwarna biru/hijau, ini menandakan adanya masalah tiroid atau masalah gastrik (angin dalam usus). Simptomnya adalah jika letih, lapar dan terasa sakit di ulu hati.

. Tanda kadar gula yang tinggi dapat dilihat di tapak jari-jari di bawah kuku, semakin gelap warnanya maka semakin tinggi kadar gulanya.

. Kuku berwarna agak kemerah-merahan (pink) menunjukan seseorang mudah bingung.

. Kuku bergelombang menunjukan kelainan (gangguan) pada hati.

. Kuku bergaris menunjukkan kelainan atau gangguan pada ginjal.

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...