Taip Bahan Carian

Sabtu, 21 September 2013

Khasiat teh untuk kesihatan


Khasiat teh terutama sekali dalam kesihatan diri dan juga tubuh badan sememangnya diperakui ramai. Pelbagai jenis teh sama ada jenis hijau, hitam, merah mahupun putih boleh dianggap kunci kepada kulit yang cantik. Tidak ramai yang tahu bahawa teh hijau atau green tea mampu membantu sistem pembakaran kalori dengan lebih pantas, menentang alergi dan juga menguatkan otot.  Bagi mereka mengamalkan penggunaan teh, ia mengandungi bahan antioksidan yang tinggi bersama kumpulan vitamin penting termasuk vitamin C dan E serta karotenoid dan flavonoid.

Semua vitamin itu berserta antioksidan di dalam teh berfungsi mewujudkan pertahanan yang dapat melindungi kulit daripada elemen merosakkan dari persekitaran dan pemakanan kita sendiri.

Vitamin C berperanan mengurangkan pengeluaran pigmen melanin kulit, sekali gus membantu mendapatkan kulit yang lebih cerah dan bercahaya. Ia juga diperlukan bagi proses sintesis kolagen untuk mengurangkan kedutan dan memperbaiki kulit.

Vitamin E ialah antioksidan yang berkuasa dan mampu menghalang radikal bebas bertindak merosakkan kulit dan keupayaannya memperbaiki tekstur kulit turut diperkuatkan dengan kehadiran vitamin C.


Karotenoid pula ialah antioksidan yang mampu menyerap dalam lemak dan mampu menahan serangan radikal bebas yang diaktifkan oleh selaran ultraungu.


Pada masa sama, teh juga mengandungi kira-kira 30 peratus flavonoid yang dapat mengurangkan serta menenangkan masalah radang kulit, seterusnya menghalang penuaan pramatang serta risiko barah kulit.

Gabungan semua antioksidan semula jadi berkenaan mampu memperbaiki kesihatan kulit, menjadikannya lebih lembut, cerah dan berseri.

Selain diminum, teh juga boleh disapu pada kulit bagi mendapatkan faedahnya yang besar. Ia boleh digunakan untuk mengawal kulit berminyak terutama ketika cuaca panas memandangkan teh mempunyai sifat menenangkan yang mampu mengawal kelenjar terlalu aktif.

Caranya, dengan memasukkan teh ke dalam bekas ais dan bekukan sebelum digunakan pada wajah bagi mengawal peluh dan minyak, lalu membantu membuatkan solekan tahan lebih lama.

Teh juga boleh digunakan untuk menghapuskan bau badan yang tengik melalui cara mencampurkan teh bersama kelopak bunga ros dan dibiarkan rendam semalaman. Hasil rendaman itu kemudiannya dicampur dalam air mandian dan hasilnya, tubuh berbau harum sepanjang hari.

Ia juga boleh digunakan untuk mencuci wajah bagi mendapatkan faedah antioksidan bahan itu yang tinggi.

Melembapkan kulit kering, teh yang mengandungi bahan tambahan chamomile, lavender dan pudina boleh digunakan dengan memanaskannya dan wap yang terhasil diasapkan pada wajah.

Selain itu, teh yang mengandungi campuran herba seperti burdock, dandelion, echinacea, valerian wangi, goldenseal, akar marshmallow, selada air, daun strawberi dan akar yarrow boleh digunakan bagi merawat masalah kulit seperti jerawat.

Campuran teh bersama bunga raya pula mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mampu menghalang kulit daripada kerosakan akibat pelbagai elemen persekitaran dan dalaman.

Pusat Perubatan Universiti Maryland, Amerika Syarikat, turut melaporkan teh hijau mengandungi vitamin K yang mampu mengawal darah beku, sekali gus berkesan untuk mengurangkan kegelapan di kawasan orbit mata.

Oleh itu, uncang teh yang sudah digunakan tidak perlu dibuang sebaliknya boleh diletak pada kawasan mata dan dibiarkan seketika.





Mari kita lihat apakah khasiat-khasiat yang terkandung dalam teh. Selepas membaca, jangan lupa amalkan dalam kehidupan seharian anda!

Phytochemicals tingkatkan imunisasi badan

Kandungan phytochemicals dalam teh sebenarnya mampu meningkatkan imunisasi tubuh bagi melawan penyakit seperti demam selsema atau penyakit berisiko. Malah ia dikatakan mampu membantut enzim perkembangan barah atau menentang serangan beberapa jenis sel barah. Pengarah Strong Cancer Prevention Centre di New York, Mitchell Gayor turut menasihati agar orang ramai meminum empat cawan teh sehari. Ia juga berfungsi dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah dengan menyingkirkan LDL (low-density lipoprotein) atau bahasa mudah difahaminya, lemak kotor.

Halang pertumbuhan kaviti

Gigi adalah antara bahagian yang mudah dijangkiti bakteria atau kuman. Teh yang turut mengandungi florida mampu menghalang pertumbuhan kaviti pada gigi kita. Seperti yang kita dapat lihat dalam beberapa produk ubat gigi keluaran tempatan, perasa teh dijadikan bahan utama kerana telah terbukti bahawa khasiat teh hijau diperakui oleh pakar perubatan.

Kuatkan otot, lambatkan penuaan! 

Menurut laporan Archives Of Internal Medicine, kajian ke atas 500 orang lelaki dan wanita di China yang mengamalkan minuman teh selama 10 tahun mendapati mereka mempunyai kesihatan tulang yang optima. Kandungan flavonoids dikatakan memberi khasiat dan menguatkan otot. Selain daripada itu, bagi mereka yang ingin kelihatan awet muda, amalkan meminum teh hijau kerana satu kajian pada tahun 2001 mendapati ia berupaya melambatkan proses penuaan. Tak perlulah anda membuat berhabis wang membuat pembedahan plastik atau cucuk sana-sini, bukan?

Menentang alergi dan bakar lemak! 

Kandungan antioksida dalam teh hijau sebenarnya mampu menghalang proses bio kimia yang bertindak balas terhadap pembentukan alergi. Ianya sangat mujarab bagi mereka yang alergi terutama sekali kepada persekitaran berhabuk. Teh hijau juga membantu untuk mempercepatkan proses pembakaran kalori termasuk kalori berlemak. Flavonoids bukan sahaja untuk menguatkan otot, sebaliknya ia boleh mengubah cara penggunaan hormon yang meningkatkan kelajuan kalori dibakar.

Risiko penyakit jantung rendah 

Teh hitam atau black tea pula dikatakan berupaya menurunkan risiko penyakit jantung kerana ia menghalang darah daripada berkumpul. Dalam satu kajian yang dijalankan, seramai 1,900 pesakit jantung hidup lebih lama secara puratanya 3.8 tahun selepas mengamalkan dua cawan teh setiap hari.


Artikel asal:



Sabtu, 7 September 2013

Samsung lancar Galaxy Note 3



Syarikat pengeluar telefon pintar dan tablet terbesar dunia Samsung telah melancarkan Galaxy Note III secara rasmi dan akan mula dijual pada 25 September in.

Galaxy Note 3 mempunyai mempunyai rekabentuk yang lebih artistik dan juga tampak lebih premium.

Badan bahagian belakang diperbuat daripada bahan seakan kulit berbeza dengan rekaan Samsung sebelum ini yang menggunakan plastik polikarbonat.


Model terbaru Galaxy Note 3 mempunyai skrin Super AMOLED bersaiz 5.7 inci dengan resolusi HD penuh 1080p.

Galaxy Note III ini lebih nipis serta ringan dari model sebelumnya iaitu hanya 8.3mm dan beratnya adalah 168 gram.

Kapasiti baterinya juga dipertingkatkan kepada 3,299 mAh.

Kamera utama Galaxy Note III adalah 13 megapiksel dilengkapi dengan teknologi 'Smart Stabilization' dan 'high CRILED flas', dimana ia membolehkan pengguna mengambil gambar yang tajam dan cantik walaupun ketika kurang pencahyaan.

Kamera Galaxy Note III juga dapat menyokong rakaman video dengan resolusi 4K.

Galaxy Note 3 hadir dengan dua versi pemproses iaitu versi 3g Exynos 5 Octa dan versi lte.

Prestasi Galaxy Note III akan lebih hebat dan berkuasa dengan RAM 3GB dan pilihan cip pemprosesan Exynos 5 Octa-core untuk model 3G dan Snapdragon 800 Quad-core untuk model LTE.

Memori Galaxy Note III pula adalah 32GB atau 64GB.

S-Pen Galaxy Note III dipertingkatkan dengan beberapa fungsi baru seperti AirCommand, Action Memo, Scrapbook, Screen Write dan Pen Window.

Galaxy Note III didatangkan khas dengan tiga warna utama iaitu hitam, putih dan merah jambu

Galaxy Note III akan mula dijual pada 25 September ini tetapi masih belum ada maklumat sama ada Malaysia akan mendapatnya pada tarikh tersebut atau tidak.


Video Review Samsung GALAXY Note 3



Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...