Taip Bahan Carian

Isnin, 10 Jun 2013

Download kord gitar Najwa Latif


Najwa Latif atau nama penuhnya Imratul Najwa Binti Abdul Latif merupakan seorang penyanyi, dan pencipta lagu dari Malaysia. Beliau mulai terkenal menerusi lagu - lagu ciptaan beliau yang diletakkan dalam sebuah laman video, YouTube. Beliau mencipta kejutan pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 apabila lagu beliau, Cinta Muka Buku layak ke pusingan akhri AJL 26.

Imratul Najwa Binti Abdul Latif  dilahirkan pada 23 Mei 1995 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor.

Beliau kini telah berjaya melahirkan sebuah mini album berjudul Najwa Latif Sehingga Mac 2013, Najwa berjaya mengekalkan kedudukan konsisten dalam radar muzik Malaysia apabila kesemua single yang dikeluarkan sejak debut berjaya menduduki tangga pertama carta utama seperti Radio Era dan Radio Hot.


Kord Gitar dari album Najwa Latif

Najwa Latif  - Sahabat

Najwa Latif  - Kosong

Najwa Latif - Carta Hati

Najwa Latif - I Love You Lyrics

Najwa Latif – Cinta Muka Buku

Najwa Latif - AdaMu

Najwa Latif - Terima Kasih Cikgu (upin ipin)

Najwa Latif Ft. Sleeq - Untuk Dia

Najwa Latif - Only Yours


Download kord gitar Najwa Latif



.

Sabtu, 1 Jun 2013

Khasiat Epal Hijau dan Resepi Berasakan Epal



Amalan memakan buah-buahan sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh anda, namun tahukah anda kebaikan memakan epal hijau. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah:

•Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
•Mengurangkan risiko penyakit jantung.
•Membantu kesihatan membran paru-paru.
•Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
•Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
•Membantu mengekalkan berat badan.
•Mengurangkan tekanan penyakit asma.
•Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.



Download Resipi Berasakan Epal Hijau





Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...