Taip Bahan Carian

Sabtu, 18 Mei 2013

Rahsia Ilmu Hukum Tarikan



Sains membuktikan bahawa fizikal alam semesta adalah daripada energi (tenaga). Jika anda dapat menghuraikan  semua  benda  di  sekeliling  anda,  termasuk  diri  anda,  kepada partikel yang lebih kecil (atom, electron, proton), anda adalah sebenarnya amat kecil (partikel sub atom) yang mana ia adalah energi tulen.

Segala yang anda lihat dalam dunia anda termasuklah kerusi/sofa yang anda duduk, orang  di  sekeliling  anda,  duit  dalam  dompet  anda,rumah  yang  anda tinggal... SEGALANYA adalah daripada energi.

Walaupun sesuatu benda itu nampak pejal dan terpisah di sekitar anda, dari  segi atom dan  sub atom, namun  semuanya dicampurkan bersama-sama di dalam satu gabungan energi yang besar.

Oleh sebab segalanya adalah energi, termasuk anda, perhubungan anda, kesihatan anda, wang anda, kejayaan dan kebahagiaan, malah semua ini dipengaruhi oleh Hukum Fizik atau Hukum Alam Semulajadi.

Apa yang penting di sini adalah apabila  anda  faham  tentang  hukum-hukum  ini,  anda  boleh  mempengaruhi sesuatu  yang  menjadi  impian anda  seperti wang,  kejayaan,  kesihatan dan  sebagainya  ke dalam kehidupan  anda.

Ia  nampak  seperti  magik  namun  ia  adalah  tindakan  secara semulajadi melalui hukum alam semulajadi dan hukum saintifik yang menghasilkan semua yang wujud pada hari ini.

Penemuan menarik seterusnya adalah fakta yang mana pemikiran di dalam kepala kita ini tidak tinggal di dalam kepala kita.  Saintis  berpendapat  bahawa  pemikiran adalah  sebenarnya  energi  tulen  dan  ia  dihantar  keluar  atau  memancar  keluar daripada  badan  kita  seperti  transmitter  radio  dan  kemudian  energi  ini  bergerak keluar.

Seseorang dan setiap benda di atas bumi  ini mengeluarkan energi dan salah satu  cara utama memancarkan energi ini adalah melalui pemikiran kita.

Energi pemikiran ini mempunyai keupayaan untuk mencipta realiti. Dan sains telah membuktikannya...
Rahsia Hukum Tarikan atau The Law of Attraction sememangnya 'sunnatullah' yang sudah lama dijelaskan di dalam al-quran dan hadis Nabi Muhammad saw. Itupun adalah kerana penjelasan yang kreatif dari Rusdin S. rauf yang menulis buku Quranic Law of Attraction yang sarat dengan intipati hukum tarikan ini dari sudut perspektif yang islamik.

Sama ada DVD atau koleksi buku.. Saya begitu menghargai ilmu-ilmu hebat seperti ini. Ia membantu untuk terus mengembara dalam hidup lebih mudah, semakin dengan impian dan matlamat serta sedar segala kejayaan itu datangnya kerana Allah swt.

Sekiranya kita mengimpikan sesuatu perlulah amalkan 3 perkara. Ini sptmana yang disarankan dlm buku Rusdin yang mana seorang muslim itu perlu :

1. Menggunakan sepenuhnya doa untuk berkomunikasi dengan Allah swt yang merupakan sumber segala tenaga & kekuatan. Pohon pada Yang Maha Kuasa apa jua keinginan yang positif dalam hidup. Sehubungan itu kita perlu mengetahui beberapa aspek doa dan adabnya supaya segala hasrat impian kita dimakbulkan. Tidak kiralah impian anda itu nak jadi kaya, senang, sihat, lapang dan sebagainya asalkan ia positif di sisi tuhan. Kuasa doa ini sebenarnya hebat dan spttnya menjadi senjata bagi orang-orang mukmin. Jika anda berdoa perkara baik dan sepenuh hati beserta adab sebagai hamba tuhan sudah tentu pasti dimakbulkan segala impian saudara.

2. Menghidupkan rasa syukur dalam hati agar dapat menikmati kebahagiaan dan ketenangan. Syukur ini mempunyai kuasa yang hebat pada manusia. Apabila kita bangun di pagi hari, celik je mata dapat melihat betapa indahnya dunia ini maka itu adalah antara nikmat besar hidup yang kita miliki berbanding mereka yang buta tidak nampak segala, gelap dan tidak mampu menikmati keindahan alam ini. Begitu juga nikmat kesihatan yang baik, yang mana memudahkan kita melakukan kerja, urusan hidup, membuat bisnes, membuat segala pekerjaan dgn sempurna juga perlu kita memanjatkan kesyukuran pada tuhan.. sekiranya Allah tarik balik nikmat sihat dan kita terpaksa terlantar di katil dalam keadaan sakit sudah tentu ia cukup memeritkan. Bersyukurlah dan Allah akan gandakan nikmatnya nanti. Dgn syukur kita menjadikan diri sebagai magnet kebahagiaan. Kita merasakan dunia ini luas dan penuh keistimewaan. Menyebabkan kita yakin diri dengan Allah bahawa segala rezeki itu datang dariNya.

3. Gunakan tenaga sabar sebagai penentu kejayaan kita. Tidak banyak orang yang bersabar di dunia ini. Semuanya mahu cepat, senang dan mudah sahaja sebaliknya sedikit yang mampu bersabar sebelum berjaya. Sptmana kata mentor saya, sabar itu banyak hikmahnya. Orang yang bersabar itu mampu menempuh apa jua cabaran hidup. Bila dilanda musibah dia akan bersabar dan tidak melenting atau menyalahkan orang lain. Bila diuji dengan masalah maka dia akan tenang dan bersabar untuk menyelesaikan satu persatu masalahnya dengan penuh kesabaran. Bila sabar itu lekat di hati, maka tidak perlu risau apa jua yang menghalang di depan mata... Tidak perlu risau dengan kegagalan kerana berkat kesabaran dan istiqomah kita itu akan dibalas jua dengan kejayaan...

3 cara di atas boleh digunakan untuk mempraktikkan Hukum tarikan atau Law of Attraction. Jika diperhatikan ia sebenarnya adalah elemen-elemen kualiti 'attitude' seseorang. Jika mahu berjaya maka gunakan sepenuhnya 3 cara di atas sebaik mungkin

Moga pendedahan The Secret ini dapat memberi manfaat kepada saudara saudari. Ilmu sebegini tidak banyak didedahkan, apapun saya ucapkan selamat maju jaya dan moga mencapai apa jua impian anda dalam kehidupan.

Buku ini menghimpunkan amalan murah rezeki, doa-doa menjemput rezeki, doa-doa menghindari kemiskinan dan amaln selawat mohon segala hajat.

Khamis, 9 Mei 2013

Tips memilih tablet yang terbaik




Pergerakan dunia yang seiring perkembangan teknologi pesat memungkinkan kebanyakan anggota masyarakat memiliki pelbagai gajet khususnya tablet, malah ramai percaya gajet itu sebagai tanda pendedahan yang luas penggunaan perkakasan teknologi masa kini.

Ramai yang obses kepada tablet dan tidak mahu ketinggalan memilikinya manakala beberapa pembuat tablet cuba membuktikan model masing-masing yang dipertontonkan bagi mendapat tempat di kalangan pengguna.

Pengeluar terbesar secara teknikal datang daripada kumpulan Samsung, syarikat yang bertanggungjawab memulakan perlumbaan menghasilkan tablet pelbagai bersaiz besar menerusi disusuli Apple, ASUS, Microsoft dan sebagainya.

Antara tablet popular pula yang menampilkan skrin pertengahan atau besar termasuk iPad, Galaxy Tab dan Surface yang mempunyai sekurang-kurangnya paparan definisi tinggi penuh.

Namun dengan lambakan tablet di pasaran, pastinya memeningkan kepala anda untuk memilih tablet yang terbaik untuk anda?


Mungkin ada sedikit tip yang boleh anda fikirkan dan kaji sebelum membeli tablet.


Bajet

Soalan yang sukar dijawab namun jika anda perlu memikirkan soal poket dan masih mahukan tablet, lebih baik jika membeli jenama yang berharga sekitar RM500 ke bawah namun perlu bersedia dengan beberapa kekurangan fungsi.

Anda perlu ingat, lebih murah, kurang pula spesifikasinya jadi bersedia untuk memperoleh tablet dengan saiz, pemprosesan dan kualiti skrin yang tidak seberapa.

Kalau anda bersedia untuk bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi, anda boleh mendapatkan tablet yang disediakan dengan subsidi namun terikat pula bersama kontrak sekitar satu hingga dua tahun.

Bezanya, kalau anda bersedia menerima subsidi, tempoh kontrak sehingga satu hingga dua tahun sedikit membebankan tetapi anda boleh jimat hingga 40 peratus berbanding membelinya secara langsung dari kedai.


Berat dan ketebalan

Pada kebiasaannya, tablet dianggarkan mempunyai berat sekitar 700g atau kurang manakala tahap nipisnya mampu menjang­kau hingga 8.0mm yang mana purata pengeluar menghasilkan sekitar 7.0mm saja.

Saiz yang bersesuaian untuk anda pastinya bergantung kepada tahap genggaman individu. Pastikan anda membeli tablet yang ringan dan boleh dimuatkan poket atau beg tangan tanpa mendatangkan masalah.

Berat dan ketebalannya mungkin agak subjektif tetapi jika anda memegang tablet anda untuk tempoh masa yang lama atau dalam satu tangan, anda pasti akan perasan tablet lebih berat selepas beberapa ketika.


Skrin

Antara faktor penentu dalam pembelian termasuk saiz skrin yang perlu dipertimbangkan apabila membuat keputusan membeli tablet terbaik untuk anda.

Terdapat dua saiz biasa iaitu tujuh inci dan 10 inci. Kalau anda individu yang mempunyai mata yang baik, tujuh inci sudah cukup.

Pada kebiasaan pengeluar tablet masa kini, format saiz skrin 1280 x 800 piksel mungkin format minimum.

Selain itu, ia turut berkait rapat dengan keselesaan anda memegangnya memandangkan perbezaan tiga inci sekalipun ada perbezaan ketara.


Pemprosesan

Boleh dikatakan, semua tablet berdasarkan teknologi pemproses ARM sama seperti hampir keseluruhan pemprosesan dalam telefon mudah alih.

Syarikat pengeluar menghasilkan versi mereka sendiri selain reka bentuk cip ARM dan kebanyakannya menawarkan kelajuan sekurang-kurangnya Dual Core bagi memproses data.

Sebaik-baiknya, pilih ciri di atas memandangkan ia akan mengoperasikan aplikasi dan grafik anda dengan lebih baik.

Kalau ikutkan kelajuan pemprosesnya, sila pilih tablet yang mempunyai kelajuan minimum 1.2GHZ.


Kamera

Pengeluar membangunkan kamera depan untuk fungsi panggilan video membolehkan anda menggunakan Skype atau aplikasi seperti Google Talk.

Fungsi kamera belakang pula sudah diketahui sebagai merakam foto atau video seperti telefon mudah alih, namun kebanyakan kamera tablet pada masa kini belum memiliki lensa kamera yang baik.

Namun begitu, terdapat kamera tablet mampu mengambil video definisi tinggi 720p, jadi periksa sama ada fungsi ini penting untuk anda atau tidak.


3G atau WiFi saja?

Semua tablet menyokong WiFi membolehkan anda menyambungkannya ke rangkaian rumah anda atau ketika berada di kafe atau pejabat anda.

Walau bagaimanapun, tablet datang dalam dua versi. Jika anda mahukan 3G, ia membolehkan anda menempatkan kad SIM mudah alih yang memuatkan rangkaian Internet dan menggunakannya ketika bergerak.

Versi 3G lebih mahal dan anda juga perlu berdaftar dengan syarikat telekomunikasi yang ditetapkan secara kontrak.

Berita baik apabila kebanyakan kedai menawarkan tablet pada kadar subsidi seperti yang mereka lakukan dengan telefon pintar.

Kalau anda menggunakan tablet dengan 3G, biasanya langganan Internet sebulan dianggarkan dalam sekitar RM30 hingga RM250.

Periksa tabiat penggunaannya, kalau anda kerap berada di kawasan yang mempunyai liputan WiFi, tidak perlu membeli tablet dengan 3G.


Aplikasi

Apple App Store mempunyai aplikasi yang paling banyak setakat ini dengan lebih 700,000 aplikasi kini boleh didapati manakala Android mengejar hampir dari belakang.

Lain-lain sistem operasi (OS) mungkin jauh ketinggalan namun pastikan aplikasi yang anda mahukan bersesuaian dengan keperluan anda.


Sambung ke TV anda?

Ada yang bertanya persoalan sama ada tablet boleh menyambung ke televisyen melalui kabel HDMI sekiranya anda mahu stream kandungan foto atau video pada tablet anda. Jika ia penting untuk anda, cari saiz penuh atau mini HDMI output yang boleh didapati pada pelbagai tablet.


Setoran

Berapa banyak simpanan yang anda perlukan bergantung kepada apa yang anda mahu gunakan dengan tablet.

Saiz 16GB lebih daripada mencukupi untuk menyimpan beban muzik dan gambar tetapi aplikasi besar dan video HD memerlukan memori yang lebih banyak.

Jika anda tidak menyimpan banyak muzik atau video, saiz yang lebih kecil mungkin bersesuaian.

iPad tidak mempunyai slot kad memori tetapi banyak tablet lain mempunyai slot microSD/microSDHC, jadi anda boleh mengembangkan simpanan.


Sistem operasi

Boleh dikatakan, terdapat pelbagai sistem operasi yang berbeza tersedia untuk tablet tetapi yang paling popular untuk tablet setakat ini adalah iOS dikeluarkan Apple yang terdapat pada iPad dan iPhone.

Android yang tersedia untuk pelbagai jenama pula seperti Samsung, Sony, Huawei, ASUS dan sebagainya.

Banyak tablet dikeluarkan sejak 2011 beroperasi pada Android 3.0 dan sekarang ia mempunyai versi sehingga Android 4.1 Jelly Bean.

Sistem operasi lain adalah pada tablet daripada Blackberry dan HP. Walaupun terdapat beberapa tablet yang beroperasi pada Microsoft Windows 8, ia masih sistem operasi yang merangkak namun boleh diberi perhatian, cuma ada kekurangan dari segi aplikasi.


Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...