Taip Bahan Carian

Sabtu, 4 Mei 2013

Malware Androi



Peneraju keselamatan rangkaian berprestasi ­tinggi, Fortinet yang ­mengeluarkan laporan penyelidikan landskap ancaman FortiGuard bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac, 2013 menemui ancaman botnet, ZeroAccess yang mula menular di dunia mudah alih.
Laporan itu juga mendedahkan analisis terbaru mengenai serangan siber 
di Korea Selatan dan dua variasi adware Android baru yang mula kelihatan dalam senarai permerhatian sejak 90 hari yang lalu.
Pakar Keselamatan ­Strategik dan Penyelidik Ancaman Fortinet Fortiguard Labs, Richard ­Henderson berkata, pada suku pertama 2013, botnet jenis ZeroAccess menambah bilangan serangan di bawah kumpulan tertentu. 
“Dalam tempoh 90 hari lalu, pemilik ZeroAccess menghantar 20 kemaskini perisian kepada hos yang dijangkiti,” katanya. 
Berdasarkan laporan daripada peranti FortiGate, ZeroAccess adalah ­ancaman botnet nombor satu yang diperhatikan. 
ZeroAccess digunakan terutamanya untuk klik penipuan yang mana ia memanipulasi nilai mata wang digital berasaskan sumber berpusat sehingga membabitkan angka berjuta-juta ringgit. 
“Oleh kerana populariti Bitcoin dan nilai ­meningkat, kita boleh melihat ­pemilik botnet lain cuba untuk menggunakan botnet ­mereka dalam ­fesyen yang sama atau mengganggu pasaran Bitcoin,” kata Henderson. 
FortiGuard turut menemui dua variasi adware Android baru iaitu Android.NewyearL.B dan Android.Plankton.B menyebabkan jangkitan di seluruh dunia mengandungi kit pengiklanan baru yang sedang dipantau. 
Kedua-dua malware itu akan memasuki pelbagai aplikasi dan mempunyai keupayaan untuk memaparkan iklan, mengesan pengguna melalui nombor IMEI telefon bimbit dan mengubahsuai desktop telefon bimbit.



Sabtu, 27 April 2013

Hati-hati Portable Charger PowerBank yang palsu


Power Bank adalah portable charger yang berfungsi sebagai alat untuk menyimpan elektrik untuk digunapakai pada telefon bimbit.

Puratanya sebuah Power Bank dapat membekal tenaga elektrik sekurang-kurangnya untuk 6 buah iphone. (bergantung pada had maksimum kapasiti "mAh" yang mampu disimpan sesebuah power bank)

Memandangkan banyak permintaan Power Bank dipasaran, ada pula Power Bank yang tiruan dan palsu...

so hati-hatilah memilih Power Bank yang sebenar dan original. 

Jangan sampai anda terbeli Power Bank seperti dibawah.

PowerBank Palsu yang penuh dengan skru didalamnya 

 PowerBank Palsu yang penuh dengan pasir didalamnya 


PowerBank Palsu yang penuh dengan bateri kosong didalamnya 



Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...