Taip Bahan Carian

Isnin, 16 Mei 2011

Pencahayaan Bilik Tidur

Ideas for everything from storing more clothes to making your bed cosier.

Bedroom from IKEA





Pencahayaan.

Sistem pencahayaan di bilik tidur adalah penting supaya tidak mengganggu suasana rehat dan tidur sepanjang malam.

Ketika mengatur kedudukan lampu di siling, elakkan berada di atas katil bagi mengatasi masalah silau.

Gunakan lampu dinding yang boleh diimbangi jumlah cahayanya dan lampu meja sesuai bagi anda yang memerlukan suasana terang untuk membaca.






Contoh Pencahayaan Kedua




INFO: Tip penjimatan lampu

  • Letak lampu di tempat sesuai dan menepati keperluan.
  • Gunakan lampu yang boleh dilengkapi sistem boleh laras bagi mengawal dan menurunkan voltan cahaya.
  • Gunakan juga pengawal masa bagi lampu luar supaya dapat dipasang dan ditutup mengikut jangkamasa tertentu.
  • Manfaatkan cahaya semula jadi sebaiknya.
  • Guna bahan pembalik (akrilik) yang membenarkan pembalikan cahaya secara maksimum.
  • Gunakan lampu penjimatan tenaga jenis kalimantang, terutama yang bercahaya putih.


Maklumat lanjut layari IKEA Bedroom



Sumber:

Yogurt Berkhasiat Untuk Perempuan Bersalin


Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal, yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi. Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.  Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi sebagai membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu).

Dan seterusnya …
Bakteria itu bertindak secara merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam saluran usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

Yogurt elok diambil pada tahap yang sejuk kerana bagi memastikan kandungan bakteria atau kultur hidup aktif terjamin untuk memberikan manfaat kesihatan tetbaik pada tubuh badan. Sebaiknya, pilihlah yogurt yang low-fat, diperbuat daripada skimmed milk dan kandungan gula yang rendah.

Kebaikan Yogurt Kepada Kesihatan

1. Mampu Meningkatkan Kadar Imun Badan
2. Membantu Dalam Proses Pencernaan
3. Mencegah Jangkitan Bakteria (Candida) Pada Alat Kelamin Wanita
4. Mambantu Menguatkan Tulang dan Mencegah Masalah Osteoporosis
5. Mampu Menurunkan Kolestrol Dalam Badan
6. Mampu Mengurangkan Berat Badan

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...