Taip Bahan Carian

Ahad, 30 Mac 2025

Dr. Jay Ong, CEO CSA Academy: Dalang Sindiket OPS Sky Tipu Lebih 4,000 Penjawat Awam

 


Hebatnya permainan licik Dr. Jay Ong Mun Ho, CEO dan Principal CSA Academy! Lebih 4,000 penjawat awam menjadi mangsa sindiket penipuan ini, dengan sekurang-kurangnya lima bank turut terlibat. Bagaimana mereka melakukannya? Rakyat Malaysia tidak mengetahui wajah sebenar dalang di sebalik OPS SKY!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan 98 akaun syarikat dan individu yang bernilai RM22.07 juta menerusi Op Sky sehingga kini. Seramai 21 individu telah ditahan, termasuk lapan pengarah dan pegawai syarikat, 12 pegawai bank, serta seorang ejen yang berperanan sebagai orang tengah. Tidak mustahil lebih ramai lagi akan ditahan dalam masa terdekat.


Modus Operandi Sindiket OPS Sky

Sindiket ini dikesan beroperasi melalui lima hingga enam bank utama di Malaysia, dengan nilai pinjaman keseluruhan mencecah RM700 juta. Untuk memastikan kelulusan pinjaman, bayaran sogokan dianggarkan sekitar 0.5 hingga satu peratus daripada jumlah pinjaman diberikan kepada individu-individu berkepentingan.

Selain itu, SPRM turut menyita aset mewah milik individu yang terlibat, termasuk:

  • Sembilan unit kenderaan mewah pelbagai jenama,

  • Wang tunai bernilai RM309,400,

  • 17 jam tangan mewah dengan anggaran nilai RM11.11 juta,

  • Lima beg tangan mewah bernilai RM431,256,

  • Lima set barang kemas bernilai RM50,000.

Kes ini disiasat di bawah pelbagai akta, termasuk Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 17A(a) Akta SPRM 2009, Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, serta Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.


Op Sky dan Op Trust: Skandal Kewangan yang Menggemparkan


Op Sky menyasarkan sindiket penggubahan wang haram hasil daripada kegiatan rasuah, pemalsuan dokumen, dan penipuan dalam mendapatkan kelulusan pinjaman peribadi. Dalam masa yang sama, SPRM turut melancarkan Op Trust untuk menjejaki sindiket yang menyeleweng dana unit amanah demi kepentingan peribadi.


Siapa Dr. Jay Ong dan CSA Academy?



CSA Academy diasaskan oleh Dr. Jay Ong Mun Ho, seorang individu yang mengaku sebagai usahawan berjaya dalam sektor makanan dan minuman, e-dagang, pendidikan, serta teknologi. Beliau juga mendakwa telah menerima pelbagai anugerah, antaranya Malaysia G Forty Top 40 Awards 2022 dan Extraordinary Business Recognition Award 2022.

Kempen pemasaran CSA Academy sangat agresif, melibatkan selebriti tempatan serta bekas angkasawan Malaysia. Akademi ini menawarkan platform untuk membantu individu mengatasi masalah kewangan, dengan janji kehidupan bebas hutang dan masa depan yang lebih stabil. Namun, inilah umpan yang mengaburi mata penjawat awam yang terbeban dengan hutang.

Team Penyangak


Bagaimana Sindiket Ini Beroperasi?

  1. Pegawai bank atau ejen CSA mengenal pasti penjawat awam yang dibelenggu hutang.

  2. Mereka diperkenalkan kepada CSA Academy yang kononnya menawarkan skim multiple loan sebagai jalan penyelesaian.

  3. CSA Academy membantu menyediakan dokumen dengan maklumat palsu untuk dihantar ke beberapa institusi kewangan.

  4. Peminjam diberikan wang pendahuluan untuk melangsaikan hutang lama.

  5. Setelah pinjaman diluluskan, peminjam dipaksa membayar semula pendahuluan tersebut, manakala baki pinjaman dilaburkan dalam skim pelaburan mencurigakan.

Sindiket ini bukan sahaja menjerat mangsa dengan hutang bertindan, malah merosakkan sistem kewangan negara. SPRM terus menyiasat dan membongkar dalang sebenar yang terlibat dalam operasi ini. Rakyat Malaysia perlu lebih berwaspada terhadap skim kewangan yang kelihatan terlalu baik untuk dipercayai.


VIDEO


Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...