Taip Bahan Carian

Sabtu, 31 Ogos 2024

iPhone 16 diperkenalkan 10 September 2024


 Peranti pintar paling ikonik, iPhone generasi baharu dijangka akan dilancarkan pada 10 September ini.


  Ia berikutan pengeluar peranti berkenaan, Apple sudahpun melancarkan jemputan atas talian berhubung satu majlis khusus bertemakan 'It's Glowtime'.


  Berdasarkan takwim pelancaran, September sememangnya bulan pengenalan peranti iPhone generasi baharu dan ia adalah majlis yang dinantikan oleh semua pihak.


  Jangkaan awal mendapati Apple akan memperkenalkan empat variasi peranti pintar mereka iaitu iPhone 16 bersama-sama dengan Apple Watch generasi baharu serta kemas kini sistem operasi.


  Jangkaan awal mendapati Apple akan memperkenalkan empat variasi peranti pintar mereka iaitu iPhone 16 bersama-sama dengan Apple Watch generasi baharu serta kemas kini sistem operasi.


Rata-rata penggemar teknologi teruja dengan pengenalan generasi baharu iPhone termasuk kefungsian baharu yang akan diperkenalkan oleh syarikat peneraju teknologi berkenaan.


  Khabar angin menyatakan bahawa iPhone 16 Pro dan Pro Max akan menerima naik taraf besar dalam aspek kefungsian khususnya kamera.

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...