Isnin, 27 Disember 2021

Khasiat Pokok Susu Nabi

 Khasiat Pokok Susu Nabi Terbukti Berkesan Ubati Penyakit (Ara Tanah)

Pokok Susu Nabi

Sekiranya anda menjumpai tanaman ini iaitu pokok susu Nabi atau pokok ara tanah, mungkin anda akan menganggap ia hanya tanaman yang tumbuh melata yang langsung tidak berguna. Tetapi tidaklah Maha Pencipta yang menciptakan sesuatu itu tanpa tujuan malah banyak khasiat, kelebihan dan manfaatnya.


Sebenarnya tumbuhan ajaib ini sangat berkhasiat dan mempunyai kebaikan yang sangat menakjubkan. Ia dikenali sebagai pokok susu Nabi dan berbagai nama lain seperti pokok ubat gout, pokok tawa-tawa, pokok ara tanah, susu kambing, gendong anak, keremak, patikan kebo, gelang susu dan berbagai lagi nama mengikut tempat di Malaysia dan negara lain.


Khasiat Pokok Susu Nabi Yang Menakjubkan


Lebih mengejutkan, pokok yang dipanggil Patikan Kebo di Indonesia ini, selepas dikaji oleh beberapa pakar, mendapati ekstrak etanol dari tumbuhan ini mempunyai antimikroba paling tinggi pada bakteria yang dikenali sebagai Salmonella Typhi iaitu bakteria yang menyebabkan penyakit Tifus.


Manakala, ekstrak daun, batang, bunga serta akar tumbuhan ini mempunyai antioksidan yang tinggi. Pokok ara tanah yang banyak kelebihan ini turut dilaporkan di Nigeria digunakan untuk mengubati luka. Juga digunakan untuk pengubatan penyakit kerana mikroba seperti gonorhea serta disentri.


Ubat dan Penawar Gout Paling Mujarab


Antara khasiat pokok susu Nabi terbaik adalah menjadi penawar gout dan sakit sendi iaitu stroke. Penyakit gout biasanya menyerang orang lelaki berbanding kaum perempuan. Kesakitan yang amat berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan yang terdapat dalam badan seorang pesakit.


Apabila asid urik tersebut semakin banyak dan terkumpul di dalam sendi, mendapan pasti berlaku kepada sendi terutama sendi ibu jari, buku lali, belakang kaki, lutut, siku, pergelangan tangan dan jari. Pokok susu Nabi mampu untuk mengatasi penyakit ini dengan cepat dan segera.


Selain ubat gout farmasi dan hospital, anda boleh mencuba petua hilangkan gout dengan kelebihan pokok susu Nabi, mungkin ia serasi dengan anda dan gout atau stroke anda akan hilang tanpa disangka, siapa tahu?


Ada yang berpendapat pokok ini adalah ubat stroke paling berkesan dan mujarab kerana pesakit yang lumpuh dapat bergerak seperti biasa, pesakit gout tidak lagi merasa sakit yang teramat sangat dan sakit sendi-sendi telah hilang selepas mengamalkan petua penawar terbaik ini.


Cara untuk menggunakan atau cara merebus pokok susu Nabi untuk dijadikan penawar gout dan stroke atau lumpuh adalah seperti yang dikongsikan di bawah, sila ikuti cara-cara yang diterangkan agar ia menjadi :


Dapatkan sepokok pokok susu Nabi

Cuci sehingga bersih akar, batang, buah dan daun

Rebus dengan 3 gelas air sehingga rebusan jadi satu gelas

Anda boleh amalkan air rebusan pokok susu Nabi selama tiga hari berturut-turut bermula pagi dan petang setiap hari. Sila amalkan berterusan sehingga tiga hari. Insya Allah, stroke atau lumpuh dan sakit gout akan pulih seperti biasa.


Kebaikan Pokok Susu Nabi dan Khasiatnya


Selain gout, stroke dan lumpuh, pokok susu Nabi juga terbukti berkesan dapat mengubati beberapa penyakit lain dan cara penggunaan juga rata-rata daripadanya dengan merebus sama ada daun susu Nabi, akar, bunga dan buah.


1. Menyembuhkan Influenza


Setengah genggam daunnya dicuci dan di rebus dengan air bersih sebahagian 3 gelas sehingga menjadi 3/4 selepas direbus. Sejukkan rebusan ini dan tambahkan madu sedikit lalu diminum 2 kali sehari.


2. Menyembuhkan Bronchitis


Setengah genggam daunnya dibersihkan dan digiling atau ditumbuk halus serta tambahkan air masak 3/4 cawan serta satu sudu besar madu dan airnya diminum 2 kali sehari.


3. Menghilangkan Batuk

20 gram daun segar Patikan Kebo ini direbus dengan 2 gelas air selama 15 minit,  serta diminum sehari dua kali iaitu setengah gelas sekali.


4. Menyembuhkan Disentri


Ambil daun gelang susu ini sedikit, rebus dan ditambah dengan gula pasir (bila mengalami pendarahan) atau gula merah (sekiranya mempunyai lendir), lebihkan air sebaiknya lalu disejukkan lebih kurang 15 minit. Sebelum diminum.


5. Melancarkan Saluran Air Kecil


Ambil daun pokok ara tanah dan tambahkan air sewajarnya, di rebus. Untuk diminum 2 kali sehari.


6. Menyembuhkan Bisul


Daunnya yang segar sebanyak 60 gram dan masukkan 120 gram tauhu putih, sejukkan selama 15 minit lalu ditampal di tempat yang mempunyai bisul.


7. Menyembuhkan Thypus Abdominalis (Usus)


Daunnya yang segar lalu direbus dengan air secukupnya diminum 3 kali sehari.


8. Menyembuhkan Radang Ginjal


Daunnya yang segar atau pun yang kering harus direbus terlebih dahulu sebelum diminum.


9. Menyembuhkan Kegatalan Kulit (Ekzema)


90 gram daun pokok ara tanah ditambah 1/2 liter alk’0h0l 70% direndam selama 35 hari, untuk membersihkan ekzema.


10. Menyembuhkan Gatal Tekak


Daun pokok susu Nabi direndam air panas  lalu digunakan dengan kumur selepas air menjadi suam.


11. Menyembuhkan Asma


Segenggam pokok ara tanah kering direbus dengan air secukupnya air sehingga mendidih, sejukkan serta diminum 2 kali sehari, 1/2 gelas pada waktu pagi dan petang.


12. Menyembuhkan Radang Payudara


Satu genggam daun pokok ara tanah serta 2 senduk makan biji kacang soya direbus dengan 35 gelas air sampai mendidih. Sejukkan, diminum 2 kali sehari dengan satu cawan setiap kali minum.


13. Menyembuhkan Mata Merah


Titiskan getah pokok susu Nabi ini pada mata yang merah sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.


Semoga perkongsian khasiat pokok susu Nabi ini bermanfaat kepada semua dan sila kongsikan kepada mereka yang belum tahu. 

................................. 

Untuk dapatkan air susu nabi yang asli boleh layari : https://invol.co/cl84alv 


Ahad, 26 Disember 2021

Tip Kereta Tenggelam Sebab Banjir

Ikut 9 tip di bawah ini apabila kereta anda tenggelam air:

 

TIPS KALAU KERETA KENA BANJIR

1. HUBUNGI SYARIKAT INSURANS
Perkara pertama harus dibuat, hubungi syarikat insurans. Ada insurans menawarkan perlindungan banjir dalam pakej komprehensif, tetapi ada yang mengenakan caj tambahan berasingan. Apapun, sila tanya pegawai khidmat pelanggan insurans anda.
Sekiranya tiada, anda masih ada peluang meminta khidmat menunda kereta anda ke bengkel. Ini servis standard yang biasa ditawarkan semua syarikat insurans, tetapi berbeza mengikut jarak tundaan dibuat.

2. JANGAN HIDUPKAN ENJIN
Antara kesilapan besar dilakukan pemandu adalah cuba menghidupkan enjin dengan memulas kunci kereta sebaik saja selepas bnjir reda. Cubaan ini sebenarnya berisiko menyebabkan kerosakan lebih teruk yang menelan kos baik pulih lebih mahal. Ikut langkah-langkah betul di bawah.

3. KENAL PASTI KEDALAMAN KERETA TENGGELAM

Selepas banjir surut, lumpur dan selut akan meninggalkan garis air pada bahagian luaran dan dalaman kereta. Syarikat insurans akan menilai tahap kerosakan berdasarkan paras air yang menenggelamkan kereta anda. Kos baik pulih akan lebih tinggi jika kereta ditenggelami air hingga melepasi aras papan pemuka.

Jika air cuma naik terlalu tinggi melepas pintu, kereta anda biasanya masih selamat untuk dibaik pulih.

4. KERINGKAN KABIN KERETA

Garis lumpur dan selut hanya berguna untuk menilai tahap kenderaan ditenggelami air. Namun, kita tidak tahu seberapa banyak air yang masih ada dalam kereta. Jadi, pintu dan tingkap perlu dibuka, serta letakkan tuala atas lantai untuk mengesan sebarang kehadiran air dalam kabin.

Ini juga membantu anda menggantikan barangan yang terjejas akibat banjir seperti karpet lantai, panel pintu, dan pelapik kerusi. Ingat, kerosakan itu mungki n turut dilindungi polisi insurans komprehensif anda.

5. PERIKSA MINYAK DAN  PENAPIS UDARA
Jika nampak titis air pada dipstik (atau tolok minyak) atau paras minyak enjin tinggi, atau terdapat air dalam penapis udara, jangan sesekali cuba menghidupkan enjin.

Terus tunda kereta ke bengkel untuk menyingkirkan air dan menukar minyak enjin, termasuk bendalir lain. Jika mahir, boleh cuba tukar minyak enjin dan penapis udara sendiri tetapi pastikan semua komponen enjin kering.

6. PERIKSA SEMUA BENDALIR
Sistem bahan api pada model kereta baharu biasanya ditutup rapi, tetapi komponen itu pada model lama mungkin perlu dikeringkan. Brek, klac,  stereng kuasa, dan tangki pendingin (coolant) perlu diperiksa supaya tiada pencemaran.

Sekali lagi, tugas memeriksa ini sepatutnya dilakukan mekanik bertauliah. Lebih elok jika kereta ditunda ke pusat servis rasmi untuk dilakukan diagnosis menyeluruh.

7. PERIKSA SEMUA SISTEM ELEKTRIK
Kemudian, periksa semua sistem elektrikal. Pulas kunci pencucuh atau cara lain untuk menghidupkan kereta. Periksa setiap komponen elektrik satu persatu daripada lampu depan, signal belok, penyaman udara, stereo, kunci kuasa, tingkap dan kerusi, dan lampu kabin.

Jika anda perasan sebarang kekurangan seperti kelancaran enjin dan anjakan gear, itu mungkin menandakan berlaku masalah elektrikal. Segera hantar ke mekanik, dan ingat, kereta anda mungkin dilindungi insurans.

8. PERIKSA RODA DAN TAYAR
Sebelum memandu, cari kesan lumpur dan selut yang mungkin terkumpul sekitar roda, brek, dan bawah kereta. Malah, kesan lumpur yang sudah mengeras, atau ranting kecil boleh menyebabkan kereta bergegar ketika memecut. Jika perlu, ambil penyembur bertekanan tinggi dan cucilah sekitar rim dengan berhati-hati.

9. ISYTIHAR 'TOTAL LOSS' KALAU TIDAK YAKIN MAMPU BAIK PULIH KERETA
Kereta ditenggelami banjir boleh mengalami masalah berbulan atau bertahun lama selepas kejadian. Jika yakin bengkel tidak dapat membaik pulih sebaiknya, mungkin boleh meminta syarikat insurans menimbang untuk mengisytiharkan kereta anda sebagai rugi penuh (total loss).

Selain memerlukan kos baik pulih tersembunyi yang tinggi, pengisytiharan total loss mungkin dapat menyelamatkan anda daripada sakit kepala.
 

TIP ELAK BELI KERETA BANJIR

Ada banyak kes longgokan kereta dijual semula selepas berlaku masalah banjir di satu-satu tempat. Sebelum beli kereta terpakai, periksa dulu sejarah kenderaan tersebut. Jika ia dipindahkan dari negeri yang terkesan akibat banjir, kemungkinan besar penjual cuba mengelak kerosakan akibat banjir.


Jom SHARE untuk maklumat bersama Insya Allah ....!!!

                                                     Alat pengesan barang kemas hilang


Ahad, 14 November 2021

7 Makanan yang Membersihkan Hati Secara Semulajadi



Hati mempunyai fungsi untuk menyahtoksik dan membersihkan badan anda dengan menapis darah toksin yang masuk melalui saluran pencernaan, kulit, dan sistem pernafasan. Tetapi apabila hati terlalu banyak bekerja mengakibatkan tekanan atau terlalu terdedah kepada toksin, kesihatan anda berisiko terdedah kepada penyakit hepatitis.

Oleh kerana hati juga bertanggungjawab untuk pengeluaran hempedu, yang diperlukan untuk pemecahan dan asimilasi lemak dan protein daripada tubuh anda, adalah penting untuk mengekalkan kesihatan hati yang baik hingga hari tua anda.



Bawang putih.

Bawang putih mengandungi sulfur yang tinggi, sebatian yang mengaktifkan enzim dalam hati yang bertanggungjawab untuk membuang toksin dari badan. Bawang juga mengandungi allicin dan selenium, dua nutrien yang telah ditunjukkan untuk membantu melindungi hati daripada kerosakan toksik dan membantu dalam proses detoksifikasi.


 

Limau.

Limau / oren kaya dengan vitamin C dan antioksidan semulajadi, dua pembersih hati yang kuat. Seperti bawang putih, oren juga mengandungi sebatian yang meningkatkan pengeluaran enzim penyahtoksin hati



Teh Hijau.

Teh hijau kaya dengan catechin, sejenis antioksidan tumbuhan yang telah ditunjukkan dalam kajian untuk membuang pengumpulan lemak dalam hati dan menggalakkan fungsi hati. Minuman herba ini juga melindungi hati daripada toksin yang menyebabkan kerosakan serius.

 

Sayur-sayuran Hijau.

Sayuran hijau berdaun seperti bayam, sayur sawi, dan kubis juga mengandungi sebatian yang meneutralkan logam berat dalam badan yang ditapis dan ditinggalkan di dalam hati. Sayuran hijau juga menghilangkan pendedahan kepada racun perosak dan racun herba dari badan, dan merangsang pengeluaran dan aliran hempedu.

 

Avokado.


Avokado mengandungi sebatian glutation yang boleh menggalakkan kesihatan hati secara aktif dengan melindungi daripada beban toksik, dan meningkatkan kuasa pembersihannya. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa makan sebiji atau dua buah avokado sekali seminggu selama sebulan boleh membaiki fungsi hati yang rosak.


Kunyit.


Kunyit adalah salah satu makanan yang paling berkuasa untuk mengekalkan hati yang sihat, secara aktif melindungi hati daripada kerosakan toksik dan menjana semula sel-sel hati yang rosak. Kunyit juga meningkatkan pengeluaran semula jadi hempedu, mengurangkan pembesaran saluran hati dan meningkatkan fungsi hati.



Kacang Walnut.


Walnut mengandungi tahap l-arginine yang tinggi, asid amino, glutathione, dan asid lemak omega-3, yang juga boleh membantu menyahtoksik ammonia penyebab penyakit hati.

 

Jumaat, 8 Oktober 2021

6 Cara Buat Duit Online Yang Realistik

6 cara realistik untuk membuat duit pendapatan sampingan secara online sebagai menampung atau menambah perbelanjaan. Untuk memulakannya anda hanya perlukan telefon pintar, komputer riba dan capaian internet yang bagus. Apa yang anda ada, itu lah peluang anda.



Buat Duit dengan Menjawab Survey

Buat Duit dengan survey mudah sahaja! Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menjawab survey berbayar di internet. Anda akan mendapat wang secara online dari penyertaan anda.

Kebanyakan syarikat mencari orang macam anda untuk memberi pendapat bagi mereka menambah baik produk dan servis dan juga mengenal pasti bagaimana untuk pasarkan kepada penonton.

Ini beberapa lama web yang anda boleh sertai dan menjawab survey:

Semakin aktif anda berkongsi pandangan, semakin banyak wang yang akan anda dapat.

 

Buat Duit dengan Menjual Gambar dan Video

Hasilkan wang melalui kemahiran mengambil gambar dan video dengan menjual hasil kerja kreatif anda kepada pelbagai media seperti penerbitan cetak dan laman sesawang.

Anda akan menerima wang sebagai pendapatan pasif online apabila orang membayar untuk menggunakan hasil kerja anda.

Memuat naik dan jual gambar dan video anda kepada laman sesawang pihak ketiga ini dengan cepat, mudah dan berbaloi:


Fikirkan gambar dan video seperti apa yang digunakan oleh orang ramai untuk kegunaan projek mereka. Gambar dan video yang rawak, terutama sekali yang mempunyai orang sebagai objek adalah carian yang paling popular di laman sesawang tersebut.

Akhirnya, orang akan melihat karya hebat anda dan anda akan di hubungi oleh syarikat-syarikat luar untuk mengambil bahagian dalam projek kreatif mereka. 


Buat Duit dengan Menghantar Makanan dan Barang-Barang

Permintaan untuk penghantar barang semakin menaik kerana pelanggan kerap membuat pesanan barang secara online disebabkan jadual yang padat dan ingin meminumkan masa mereka melakukan sesuatu perkara.

Rebut peluang ini untuk mendapatkan wang secara online dengan membuat penghantaran barang di kawasan anda.

Untuk menjadi penghantar barang tidak memerlukan kemahiran akademik. Anda hanya perlukan kereta atau motorsikal yang baik, pengurusan masa yang baik dan kemahiran memandu yang baik

Ini beberapa syarikat yang anda boleh mengisi jawatan sebagai penghantar barang.



Membuat Duit dengan Review Produk kepada Pengikut Anda

Affiliate marketing adalah cara terbaik untuk anda review tentang produk kegemaran anda dan promosikan barangan tersebut kepada pengikut anda. Anda akan menerima komisen apabila pengikut anda membeli produk yang anda sarankan melalui pautan affiliate anda.

Promosikan ‘Cost per Unique Click’ (CPUC) adalah cara termudah untuk menerima wang online kerana anda akan membawa traffic terus ke laman sesawang jenama tersebut, anda akan menerima wang apabila pengikut anda hanya “klik” pada pautan affiliate anda.

Mulakan dengan mendaftar sebagai Affiliate Marketer (Publisher) di Involve Asia dimana anda akan menjumpai tentang 500 program affiliate untuk anda promosikan barangan kegemaran anda.

Lakukan review mengenai barang kegemaran anda di Shopee dan Lazada kerana kebanyakan orang membeli di dua laman sesawang tersebut.

7 perkara yang perlu diingatkan semasa melakukan review produk:

  1. Tahu apa yang pengikut anda mahukan
  2. Mengenali produk tersebut dengan mendalam
  3. Review secara adil dan secara objektif
  4. Kongsi pengalaman anda dengan produk tersebut
  5. Kemukakan kelebihan dan kekurangan produk tersebut
  6. Nyatakan informasi teknikal
  7. Beri cadangan cara untuk menggunakan produk tersebut

Langkah seterusnya adalah anda perlu mempunyai personal branding page seperti blog, Facebook, YouTube, Instagram dan TikTok dimana pengikut anda boleh melihat review anda mengenai produk tersebut.


Membuat Duit dengan Melakukan Online Gigs
Menjadi boss kepada diri sendir, kejar cita-cita anda dan gunakan bakat anda dengan melakukan kerja secara bebas, mulai dari projek jangka masa pendek kepada projek jangka masa panjang yang membolehkan anda menerima wang secara online.

Anda boleh mengawal projek yang anda ingin lakukan dan boleh memilih pelanggan yang anda ingin kerja bersama. Anda juga bebas bekerja di mana sahaja pada bila-bila masa yang anda selesa. Wang yang anda terima berdasarkan tahap skil, pengalaman dan kualiti kerja anda.

Terdapat banyak syarikat yang mengupah pekerja bebas, berdasarkan kepakaran skil yang ideal untuk projek tersebut. Content marketing & penulisan, pereka grafik dan penyuntingan video adalah salah satu bidang di mana pekerja bebas menjana wang online.

Ini beberapa laman sesawang yang anda boleh mencari online gigs:


Buat Duit dengan YouTuber

Youtube telah menjadi platform video yang sangat berjaya sejak sedekad lepas. Ramai yang pilih Youtube menggantikan rancangan televisyen biasa. Malahan, tak kurang juga mereka yang berjaya jana pendapatan konsisten melalui Youtube.

Pendapatan utama dari Youtube ni adalah melalui iklan yang dipaparkan masa pengunjung tonton video anda.


Ini adalah 6 cara yang realistik untuk mendapatkan wang online dengan selesa hanya di rumah. Cari dan memperbaiki kemahiran anda untuk anda boleh mengambil banyak projek dan mendapatkan wang secara online. 

Semoga berjaya

Rabu, 29 September 2021

Tanda-tanda Kesihatan Pada Tubuh Badan


 

1. Sakit di bahagian bahu.
-Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

2. Kebas tangan :
-Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

3. Kebas tangan kiri dan lengan :
-Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

4. Kebas kaki :
-Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

5. Sakit tapak kaki :
-Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

6. Sakit tumit kaki :
-Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

7. Rasa panas di tapak kaki :
- Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

8. Gatal di celah-celah jari kaki :
- Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

✿✿TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA ✿✿

- Secara umumnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

1. Pening / sakit di bahagian depan kepala :
-Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

2. Pening /sakit di bahagian belakang kepala
-Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
-Bahagian bawah (tengkuk). :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

3. Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga :
-Menandakan penyakit migrain.

4. Bisul terjadi di kepala:
-Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

5. Rasa pening yang memusing
- Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

6. Mulut / kerongkong / lidah loya / muntah.
-Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

7. Muntah darah
-Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
- Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

8. Lidah rasa tegang dan pendek :
-Tanda sakit jantung.

9. Keluar air liur yang pekat :
-Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

10. Kerap kencing :
-Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

11. Air kencing berkapur :
-Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

12 Air kencing berminyak :
- Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

13. Air kencing pekat berwarna coklat :
- Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

14. Air kencing berdarah :
-Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

✿✿ BUANG AIR BESAR ✿✿

1. Cirit -birit / kerap buang air besar :
-Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

2. Sembelit:
-Membersihkan toksin dari usus kecil.

3. Najis berdarah
- Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

4. Najis berwarna hitam :
- Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

5. Badan:
-Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

6. Sakit menyucuk :
- Proses menyeimbangkan urat saraf.

7. Sakit sengal:
- Menandakan luka di dalam badan.

8. Sakit menyentap:
- Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

9. Sakit menegang :
- Proses melancarkan pengaliran darah.

10. Badan terasa berat/ malas/ lenguh .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

11. Badan terasa panas .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

12. Badan terasa ringan :
- Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

13. Rasa takut mengejut.
- Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

14. Cepat naik darah / marah :
- Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

15. Rasa bimbang dan takut :
-Sistem paru-paru yang lemah.

16. Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab :
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.

Khamis, 26 Ogos 2021

Khasiat Teh chamomile


Teh chamomile telah lama digunaka sebagai ubat tradisional untuk pelbagai masalah kesihatan. Pada masa kini, para penyelidik semakin meneroka keberkesanannya dalam menguruskan penyakit, termasuk barah dan diabetes.

Sejauh ini, penyelidikan mengenai potensi teh chamomile menunjukkan janji. Walau bagaimanapun, kajian berbeza dengan beberapa penyelidikan yang membuktikan faedah yang jelas berbanding dengan ubat alternatif, dan yang lain hanya menunjukkan kemungkinan.

Bagi kebanyakan orang, teh chamomile selamat dicuba sebagai makanan tambahan untuk rawatan lain, tetapi tidak boleh menggantikan rawatan perubatan arus perdana apabila orang mempunyai penyakit serius.

Kelebihan teh chamomile
Potensi faedah teh chamomile, yang mana terdapat bukti yang paling banyak, termasuk: 


1. Mengurangkan sakit haid

Beberapa kajian mengaitkan teh chamomile dengan pengurangan kekejangan haid. Satu kajian pada tahun 2010, misalnya, mendapati bahawa minum teh chamomile selama sebulan dapat mengurangkan kesakitan kekejangan haid. Wanita dalam kajian ini juga melaporkan kurang kegelisahan dan kesusahan yang berkaitan dengan sakit period.



2. Merawat diabetes dan menurunkan gula darah

Sekali lagi, beberapa kajian mendapati bahawa teh chamomile dapat menurunkan gula darah pada penderita diabetes. Penyelidikan tidak menunjukkan bahawa chamomile adalah pengganti yang sesuai untuk ubat diabetes, tetapi mungkin suplemen yang bermanfaat untuk rawatan yang ada.

Begitu juga, kajian pada tahun 2008 mendapati bahawa pengambilan teh chamomile secara konsisten dapat mencegah gula darah meningkat. Kesan ini mengurangkan risiko komplikasi diabetes jangka panjang, menunjukkan bahawa chamomile dapat meningkatkan hasil diabetes.



3. Melambatkan atau mencegah osteoporosis

Osteoporosis adalah kehilangan ketumpatan tulang secara progresif. Kehilangan ini meningkatkan risiko patah tulang dan postur yang tersekat. Walaupun ada yang menghidap osteoporosis, ini paling biasa berlaku pada wanita pasca-menopaus. Kecenderungan ini mungkin disebabkan oleh kesan estrogen.

Satu kajian pada tahun 2004, sumber dipercayai bahawa teh chamomile mungkin mempunyai kesan anti-estrogenik. Ia juga membantu meningkatkan kepadatan tulang, tetapi penulis kajian memperingatkan bahawa penyelidikan lebih lanjut diperlukan untuk membuktikan manfaat yang jelas.



4. Mengurangkan keradangan

Keradangan adalah reaksi sistem imun untuk melawan jangkitan. Teh chamomile mengandungi sebatian kimia yang dapat mengurangkan keradangan. Walau bagaimanapun, keradangan jangka panjang dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan, termasuk buasir, sakit gastrointestinal, artritis, gangguan autoimun, dan juga kemurungan. 


5. Rawatan dan pencegahan barah

Beberapa kajian menunjukkan bahawa teh chamomile dapat menargetkan sel-sel barah, atau bahkan mencegah sel-sel tersebut berkembang dari awal. Walau bagaimanapun, penyelidikan setakat ini tidak dapat disimpulkan, dan para saintis mengatakan bahawa lebih banyak kerja diperlukan untuk membuktikan tuntutan anti-kanser chamomile. Juga, kebanyakan penyelidikan telah melihat model klinikal pada haiwan, bukan pada manusia.



6. Membantu tidur dan rehat

Menurut pakar diet Anshul Jaibharat, "Teh chamomile melemaskan saraf dan menenangkan sistem saraf, oleh itu membantu anda tidur lebih lena. Ia kekurangan penambahan kafein, dan paling baik diminum sebelum tidur".


Teh chamomile banyak difikirkan untuk membantu orang berehat dan tertidur. Walau bagaimanapun, beberapa ujian klinikal telah menguji ini.

Dalam satu tinjauan bukti semasa, 10 daripada 12 pesakit kardiovaskular Sumber Dipercayai disebutkan tertidur sejurus selepas minum teh chamomile. Beberapa kajian lain yang melihat model klinikal juga menunjukkan bahawa teh chamomile dapat membantu orang berehat.

Dalam kajian menggunakan tikus, ekstrak chamomile membantu tikus yang terganggu tidur. Ramai penyelidik percaya bahawa teh chamomile boleh berfungsi seperti benzodiazepin. Benzodiazepin adalah ubat preskripsi yang dapat mengurangkan kegelisahan dan mendorong tidur. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa chamomile mengikat reseptor benzodiazepin.

Tinjauan yang melihat kemampuan teh chamomile untuk mengurangkan kegelisahan. Sumber Dipercayai tidak dapat disimpulkan. Beberapa kajian menunjukkan faedah anti-kegelisahan yang sederhana, tetapi yang lain tidak.



7. Merawat gejala selsema

Bukti anekdot dan beberapa kajian Sumber Dipercayai menunjukkan bahawa menyedut wap dengan ekstrak chamomile dapat melegakan beberapa gejala selesema biasa. Tetapi faedah ini belum terbukti.



8. Rawatan untuk keadaan kulit ringan.

Adakah anda tahu bahawa teh Chamomile telah digunakan oleh orang Rom, Yunani dan Mesir untuk merawat luka dan mempromosikan penyembuhan? Ini kerana teh Chamomile tumbuhan berasal dari Matricaria chamomilla L, yang mempunyai sifat anti-radang dan antimikroba. Ia juga menyembuhkan keadaan kulit seperti psoriasis dan eksim.

Kajian kecil yang dipercayai pada tahun 1987 mendapati bahawa menggunakan ekstrak chamomile terus ke penyembuhan yang dibantu oleh luka. Begitu juga, beberapa kajian Sumber Dipercayai mendapati bahawa salap chamomile dapat membantu ekzema dan keadaan kulit keradangan ringan, walaupun ia tidak seefektif krim hidrokortison.

 
9. Meningkatkan Kekebalan

Banyak kajian menunjukkan bahawa teh Chamomile tidak hanya akan menyebabkan penyakit di tepi jalan, tetapi juga berfungsi sebagai langkah pencegahan yang hebat. "Ia melawan bakteria berbahaya, dan memiliki kemampuan untuk meningkatkan sistem imun anda," kata Dr. Ahuja, Fortis Hospital. Tingkatkan kekebalan anda dari serangan covid19. 


10. Menenangkan Sakit Perut

Menurut Pusat Maklumat Nasional Bioteknologi, "Chamomile tea telah dinilai sebagai pelonggaran pencernaan dan telah digunakan untuk merawat berbagai gangguan gastrointestinal termasuk perut kembung, gangguan pencernaan, cirit-birit, anoreksia, mabuk, mual dan muntah"

 

11. Mengurangkan Tekanan

Dunia yang sibuk dan huru-hara hari ini membuat kita merasa semakin cemas dan tertekan. Menurut Pakar Diet, Anshul Jaibharat, "Teh Chamomile adalah penenang yang lembut dan bertindak sebagai penenang semula jadi yang berkesan, sehingga dapat mengurangkan tekanan."

 

12. Mencerahkan Kulit

Menghirup teh chamomile panas boleh membuat keajaiban untuk kulit anda juga! Ramuan ajaib ini boleh digunakan sebagai peluntur kulit semula jadi. Teh chamomile dibungkus dengan antioksidan yang membantu meningkatkan kesihatan kulit anda. Ini meringankan warna dan juga memberi anda cahaya yang selalu anda mahukan.



13. Mengurangkan Jerawat

Bukan hanya cahaya, teh chamomile dapat membantu menamatkan perang anda dengan jerawat yang kerap juga keluar. Teh chamomile membantu memudarkan bintik-bintik, menghilangkan bekas jerawat dan melawan jerawat, jika digunakan secara topikal, kerana sifat anti-radang dan antiseptiknya.



14. Anti Penuaan

Teh chamomile adalah pusat antioksidan yang kuat dan melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas. Ia mempercepat pertumbuhan semula sel dan tisu, membantu mengetatkan pori-pori dan melambatkan proses penuaan.



15. Merawat Selaran Matahari

Sinaran sinar ultraviolet (UV) yang berbahaya boleh menyebabkan pelbagai masalah pada kulit anda. Teh chamomile terkenal dengan sifat antioksidan, menenangkan dan anti-radang. Anda boleh menyeduh teh, mendinginkannya, rendam tuala di dalamnya dan kemudian sapukan ke kawasan yang terbakar sinar matahari.



16. Mengurangkan Bawah Mata

Dark CirclesSuparna Trikha, pakar kecantikan terkemuka di India mengatakan, "Jangan sekali-kali membuang beg teh Chamomile setelah menggunakannya, dan sejukkan. Anda boleh meletakkan beg teh sejuk di atas mata anda (terutama setelah melakukan urutan mata) untuk mencerahkan kawasan mata secara dramatik dan mengurangkan bengkak. Anda akan mendapat perbezaan seketika dalam cara melihat dan merasakan mata anda ".



17. Menghilangkan kelemumur

Banyak kelemumur? Minum secawan teh chamomile. Ya kita serius. Teh chamomile membantu menghilangkan dan mencegah kelemumur, melegakan kegatalan kulit kepala dan meningkatkan kesihatan yang sihat. Anda boleh menggunakannya sebagai bilas terakhir setelah mencuci rambut. 

.......................................................

Teh chamomile telah digunakan dalam perubatan rakyat selama ribuan tahun, sering dengan hasil yang menggembirakan. Namun, buat masa ini, ia tetap sebagai makanan tambahan dan bukan ubat.

Orang yang berminat untuk mencuba teh chamomile harus menggunakannya sebagai makanan tambahan, dan bukan pengganti rejimen ubat biasa mereka. Dalam dos biasa, seperti 1 hingga 2 cawan sehari, ada kemungkinan peningkatan kesihatan meningkat.

Khamis, 12 Ogos 2021

Beza Vaksin Pfizer, AstraZeneca AZ dan Sinovac


Berbicara soal vaksin Covid-19, korang tahu tak perbezaan antara Pfizer, AZ dan Sinovac?

Menurut doktor perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Kelantan, Dr Ikram Rauhi, ketiga-tiga vaksin tersebut mempunyai keberkesanan dan elemen berbeza.


1. Pfizer
 

Ia menggunakan teknologi baharu. Perlu diketahui bahawa di luar virus Covid-19 terdapat spike protein yang menjadi salah satu komponen virus menyebabkan jangkitan.

Teknologi mRna bertindak menghancurkan protein virus Covid-19. Protein yang dihasilkan dalam tubuh akan merangsang badan menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan.

Justeru mRna lebih mudah dan cepat untuk dihasilkan, namun masalahnya dari segi penyimpanan yang mana ia memerlukan suhu -17 darjah celcius. Maka, ia amat susah untuk diedarkan ke kawasan pedalaman dan jauh.


2. Sinovac
 

Ia menggunakan teknologi Inactivated Virus yang mana virus mati disuntik dalam badan manusia. Apabila ia berlaku badan akan melawan virus yang mati dan menghasilkan antibodi melawan jangkitan seterusnya.

Teknologi ini sudah lama digunapakai, malah pernah digunakan untuk penyakit Polio dan Rabies sebelum ini. Ia terbukti berkesan. Perlu disimpan dalam suhu dua hingga 8 darjah celcius sahaja.


3. AstraZeneca


Ia menggunakan teknologi Viral Vector iaitu virus diubahsuai untuk dipindahkan ke antigen genetic code ke badan manusia, kemudiannya menghasilkan antibodi menahan serangan virus.

Ia berkesan sebanyak 62 – 90 peratus dan memadai melawan virus Covid-19.

Timbul pula spesifikasi yang mengaitkan vaksin itu dengan blood clot atau gumpalan darah.

Hakikatnya risiko suntikan vaksin 0.0004 sahaja berbanding jika terkena serangan Covid-19, risiko mengalami gumpalan darah adalah lebih 16.5 peratus.

 


 

 

Selasa, 20 Julai 2021

Kehebatan Istighfar


FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh, ayat 10-12)

Firman Allah itu pasti membuatkan kita bertambah bersemangat untuk selalu memohon keampunan Allah. Kayanya Allah, Dia bukan sahaja menjanjikan keampunan-Nya, bahkan menjanjikan kekayaan daripada limpah kurnia-Nya yang luas.

Kita semua pasti pernah mengalami hari yang sukar. Kereta rosak, anak sakit, tiada air berhari-hari, dibebani hutang, pasangan merajuk, kerja tidak siap dan pelbagai lagi cabaran hidup.

Pada saat itu, emosi pasti terganggu bagaikan mengalami cuaca panas terik. Allah mengajar kita, penyejuknya adalah dengan beristighfar.

Allah sengaja mendatangkan pelbagai masalah untuk melihat sejauh mana kita menyelesaikannya. Adakah kita menjadi seorang merintih masalah atau berusaha mencari jalan penyelesaian?


Para ulama yang dekat dengan cara fikir al-Quran dan al-Sunnah cukup memahami hakikat kehidupan ini. Ibnu Kathir berpesan, “Barang siapa yang menghiasi dirinya dengan amalan ini iaitu memperbanyak istighfar, maka Allah akan:

- Memudahkan rezekinya

- Memudahkan urusannya

- Menjaga kekuatan jiwanya

Ibnu Qayyim pula berkata: “Apabila engkau berdoa, sementara waktu yang dimiliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi dengan begitu banyak keinginan, maka jadikanlah seluruh isi doamu istighfar, agar Allah mengampunkan kamu. Apabila engkau diampuni, maka semua keperluanmu akan dipenuhi oleh-Nya tanpa engkau memintanya.”

Lazimnya lafaz istighfar itu diungkapkan sebagai zikir untuk memohon keampunan kepada Allah. Ia juga dilafazkan selepas kita tersedar daripada melakukan dosa.

Harapan kita tentu sekali supaya dosa kita dihapuskan. Namun, manfaat istighfar lebih jauh daripada itu.

Kalimat zikir sering diucapkan Nabi SAW memiliki banyak keutamaan lain jika diamalkan. Ada beberapa kisah menceritakan bagaimana ajaib amalan istighfar dalam kehidupan.

Seorang pakar bedah kardiotorasik terkenal dari Mesir, Dr Khalid Abdul Aziz Al-Jubair menulis sebuah buku bertajuk Kesaksian Seorang Doktor iaitu versi terjemahan.

Beliau menceritakan masalah yang dialami dan bagaimana Allah menyelamatkannya dengan keberkatan istighfar.

Dr Khalid Al-Jubair mendapat fitnah daripada beberapa rakan sekerjanya. Fitnah itu cukup berat dan jika dapat dibuktikan, jawatannya akan terancam.

Seterusnya beliau akan dipencenkan dan tidak dibenarkan lagi berkhidmat untuk merawat pesakit. Komplot fitnah itu dilakukan dengan cukup teliti. Mereka semuanya berpakat untuk menjadi saksi dan menciptakan bukti kukuh. Dr Khalid berasa dia tidak berupaya melawan fitnah itu dan mulai murung.

Dia hanya mampu mencari Allah. Seterusnya, keajaiban berlaku pada saat-saat akhir. Allah mendatangkan ilham pada saat dia di masjid untuk menunaikan solat fardu.

“Selama ini orang datang kepadaku dengan harapan yang besar agar aku mengubati mereka. Kini aku juga mempunyai harapan yang besar. Seharusnya aku datang kepada-Nya dan meminta pertolongan daripada-Nya,” kata beliau sendirian.

Kemudian beliau teringat kelebihan istighfar. Beliau segera melafazkan kalimah zikir itu sebanyak mungkin. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah dan juga ke hospital beliau tidak henti-henti melafazkan kalimat berkenaan.

Astaghfirullahal-ladzi la ilaha illa huwal-hayyul-qayyum, wa atubu ilaih, bermaksud, “Aku memohon ampun kepada Allah, Yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengurus, dan aku bertaubat kepada-Nya.” (Riwayat al-Hakim dari Ibnu Mas’ud dan At-Tirmidzi dari Bilal bin Yasar bin Zaid)

Selepas itu, ada perasaan hebat menyelubungi jiwanya. Beliau seakan-akan mengalami sentuhan spiritual sehingga perasaan resah dan berserabut kerana fitnah itu terus hilang.

Tidak lama selepas itu, semua tuduhan dikenakan ke atas beliau digugurkan kerana tidak dapat dibuktikan. Namanya dibersihkan dan beliau bebas untuk berkhidmat seperti biasa.

Rakan-rakannya yang melakukan komplot fitnah pula turut menerima hukuman. Sebahagian daripada mereka ditamatkan perkhidmatan, ada juga yang dilucutkan jawatan dan ada yang dipindahkan ke bahagian lain. Sebahagian yang lain pula datang kepadanya dan memohon maaf.

Ibnu Qayyim pula mengisahkan; “Aku sering menyaksikan guruku, Syaikhul Islam (Ibnu Taimiyah) ketika menghadapi masalah-masalah berat, beliau segera bertaubat kepada Allah, memperbanyakkan istighfar, bersandar kepada-Nya dan mengharap turunnya kebenaran dari-Nya.

Biasanya tidak lama selepas itu, bantuan daripada Allah pun turun mencurah-curah sehingga beliau boleh memilih mana-mana sahaja jalan penyelesaian yang beliau mahu.

Ibnu Taimiyah sendiri berkata, “Saat ada masalah yang amat pelik dan rumit, yang membuatkan aku berasa buntu, maka aku akan beristighfar kepada Allah sebanyak 1000 kali atau lebih kurang, sampai Allah bukakan dan pecahkan masalah masalah untukku.”

Ada sebuah mutiara kisah yang cukup manis untuk diamalkan. Kisah itu dipetik daripada kitab Tafsir al-Maraghi, hasil tulisan ulama bernama Ahmad Musthafa al-Maraghi.

Kisah iktibar itu mengenai tabi’in bernama Hasan al-Basri. Beliau sering didatangi segenap lapisan masyarakat bertanyakan hukum agama dan meminta nasihat.

Satu hari, seorang lelaki datang mengadu kepadanya kerana masalah kelaparan. Beliau dengan penuh hikmah menjawab, “Istighfarlah kepada Allah.”

Kemudian beliau didatangi seorang mengadu masalah ketiadaan zuriat. Beliau menjawab, “Istighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang seorang lelaki mengadu kebunnya kekeringan kerana musim kemarau. Beliau dengan penuh hikmah menjawab, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Jawapan Hasan al-Basri menghairankan masyarakat sekitarnya. Salah seorang daripada penduduk itu bertanya, “Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai masalah, tetapi tuan hanya menyuruh mereka semua untuk melafazkan istighfar.”

Hasan al-Basri menjawab, “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah berfirman seperti itu.”

Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah Surah Nuh ayat 10-12. Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup dan jadikan setiap kegundah-gulanaan menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Kesimpulannya, apa sahaja masalah yang datang, ‘halau’ ia dengan istighfar. Insya-Allah, dengan membawa hati kembali kepada Ilahi, masalah akan pergi.

 


 

Ahad, 18 Julai 2021

SUMBER PENDPATAN SEBENAR EBIT LEW DIDEDAHKAN SELEPAS RAMAI TANYA MANA DTG DUIT BANYAK2 BERI BANTUAN.



Kisah dan cerita-cerita hebat tentang Ustaz Ebit Lew dalam melakukan kerja-kerja kebajikan tidak dapat disangkal lagi.

Bahkan di Malaysia boleh dikatakan Ebit Lew individu yang paling hebat dan paling ke hadapan dalam membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.

Jika Ebit Lew datang untuk membantu, bukan sedikit-sedikit bantuan yang diberikan. Sehingga ramai terfikir mana datang duit atau dana yang diperolehi beliau?


Profil Ebit Lew

Ebit Lew dilahirkan di Muadzam Shah, Pahang pada 21 Disember 1984 dengan nama Lew Yun Pau. Beliau merupakan anak ketiga daripada 11 orang adik beradik.

Beliau memeluk agama IsIam pada usia 12 tahun selepas mengikut rapat mengenai agama itu.

Beliau merupakan graduan Universiti Putra Malaysia. Sebelum itu, beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan, Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Pahang, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Pahang.

................................


Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal IsIam melalui salah seorang gurunya.

Maka bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci IsIam.

Jika anda masih ingat, pemilik nama sebenar Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew pernah terpalit dengan pelbagai pandangan negatif oleh sesetengah pihak, yang sepertinya tidak senang duduk melihat kerja amal yang dilakukan.

Sehinggakan sebelum ini ada pulak beberapa pihak yang cuba melemparkan tudvhan dengan menggunakan isu kereta mewah yang digunakan ustaz Ebit dalam misi bantuannya.

Tidak senang dengan tudvhan yang diIemparkan terhadap ustaz Ebit Lew, seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Yusran Yusof telah mendedahkan pendapatan yang dimiliki oleh pendakwah tersebut adalah atas usahanya sendiri.

” Ada golongan-golongan yang cakap ustaz Ebit Lew gunakan duit drma orang ramai untuk beli kereta mewah, jangan lah kita jadi bod#h.

” Chanel Youtube Ustaz Ebit Lew pula, view dia lagi banyak dari Youtuber bernama Soloz (gamer terkenal Malaysia) kot.

” Kalau Soloz mampu pakai Mustang dah tentu ustaz Ebit Lew mampu juga pakai alphard. Lagipun ustaz ada perniagaan lain lagi, buku-buku hasil tulisan beliau pun banyak dipasaran. Otak jangan sempit sangat.” tulis beliau.

 
Jom kita tengok secara kasar pendapatan Ustaz Ebit Lew

Tengoklah restoran dia dh ada 3 cawangan, ceramah setiap bulan full seluruh negara. page Facebook ada 1.8juta followers.

Selain itu youtube dah ada 400k subscriber dengan 3k-56k USD (RM12K – RM224K), di mana pendapatan melalui Uoutube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (RM168k- RM2 juta lebih )

Banyak lagi sumber kewangan beliau.. untuk aset dan keluarga beliau.

Pendapatan dari Youtube pun ribu-ribu

Menafikan dakwaan konon ustaz Ebit Lew meraih kekayaan dengan wang derma, Yusran Yusof yang telah menyiasat serba sedikit mengenai sumber pendapatan pendakwah, yang datangnya daripada saluran Youtube dan perniagaan yang dijalankan.

Untuk pengetahuan ramai, ustaz Ebit Lew juga mengusahakan rangkaian kafe restoran di bawah jenama Paramount Coffee House yang beroperasi di tiga cawangan, Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Shah Alam.

 

Ditambah pula dengan pendapatan daripada penjualan buku yang ditulis oleh Ebit Lew.

Selain itu Ebit Lew juga merupakan seorang penceramah popular, di mana beliau sering dijemput pelbagai syarikat dan agensi bagi memberikan ceramah motivasi.

Anda boleh lihat sendiri betapa ramai orang hadir setiap kali Ebit Lew menjadi penceramah dan semua itu bukan sedikit bayaran.

Karier: Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas


Beliau turut menerima pelbagai pencapaian dan anugerah antaranya:

Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M dan Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.

Selain itu beliau telah memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.

Beliau juga pernah menjadi penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.

Panel jemputan di pelbagai media massa seperti TV Al-Hijrah.

Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta meliputi modul dalam bidang pembangunan manusia, kerja sebagai ibadah, kepemimpinan model Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah dalam keluarga, amalan masjid Nabi SAW, bina insan, pembangunan kepimpinan, komunikasi berkesan, pasukan kerja, pengurusan stress, teknik belajar berkesan dan hubungan kemanusiaan.

Antara tips murah rezeki yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew dalam hidup seharian;

” Dua kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita, sayang dan jaga isteri dengan baik, jaga solat. Sebelum mulakan kerja, solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah duhulu..”

” Tidak pernah kecewa sebuah keluarga yang membawa sunnah Nabi SAW. Tiada yang boleh memberi bahagia selain dari Allah SWT”

Maka tidak hairanlah jika ustaz Ebit mampu untuk berkereta merah. Justeru sebelum menuduh ada baiknya kita siasata dahulu dan jangan menghentam orang sesuka hati.

Semoga Allah sentiasa merahmati Ebit Lew dan melharikan lagi insan dermawan seperti beliau.


Khamis, 1 Julai 2021

Cara Mohon Moratorium 2021

 

Moratorium 2021: Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman 6 bulan

Antara perkara yang menjadi perhatian rakyat ketika pembentangan pakej PEMULIH pada 28 Jun 2021 adalah Moratorium Automatik.

Kerajaan bersetuju untuk memberikan Moratorium selama 6 bulan untuk penangguhan bayaran balik pinjaman bank.

Moratorium diberikan kepada semua peminjam Bank individu tidak kiralah dari golongan B40, M40 ataupun T20 dan usahawan mikro.

Tidak ada sebarang syarat dikenakan untuk mendapat kelulusan ini seperti penguranan pendapatan.

Selain itu tiada semakan yang akan dibuat bank serta tiada lagi dokumentasi perlu dikemukakan semasa membuat permohonan.


Permohonan Moratorium Automatik 2021 akan mula dibuka kepada semua pada 7 Julai 2021.

Peminjam memohon moratorium melalui link pautan di bawah;


1. Moratorium Maybank
https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2020/March/announcement_financial_relief_scheme.page

2. Moratorium Bank Rakyat
https://cv19-support.bankrakyat.com.my/

3. Moratorium Bank Islam
https://vao.bankislam.com.my/ppb/

4. Moratorium CIMB
https://www.cimb.com.my/covid19support

5. Moratorium BSN
https://www.bsn.com.my/page/TRA

6. Moratorium Public Bank
https://www.pbebank.com/Others/COVID-19.aspx

7. Moratorium Ambank
https://www.ambank.com.my/eng/targeted-repayment-assistance

8. Moratorium RHB
https://www.rhbgroup.com/malaysia/campaigns/PostMoratoriumEForm?_ga=2.202856849.1410897864.1622574747-1382388922.1622574747

9. Moratorium Affin Bank
https://www.affinbank.com.my/Others/Financial-Assistance-Instalment-Relief-(FAIR)-Prog.aspx?lang=ms-MY

10. Moratorium MBSB
https://www.mbsbbank.com/bm/notices/moratorium

11. Moratorium Bank Muamalat
https://map.muamalat.com.my/

12. Moratorium Kuwait Bank
https://www.kfh.com.my/malaysia/personal/announcements/KFH-RAP.html

13. Moratorium CitiBank
https://www.citibank.com.my/english/forms/moratorium-restructure-V2/index.html

14. Moratorium Alliance Bank
https://www.allianceonline.com.my/personal/loan_moratorium/loan_moratorium.do

15. Moratorium AgroBank
https://www.agrobank.com.my/my/bbb/

16. Moratorium Hong Leong Bank
https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/hlb-payment-relief-assistance-plan.html

17. Moratorium SME Bank
https://smebank.com.my/en/financing-payment-assistance

18. 18.Moratorium Standard Chartered Bank
https://www.sc.com/my/important-information/covid-19/

19. Moratorium Al Rajhi Bank
https://www.alrajhibank.com.my/page/financial-relief/financial-assistance

20. Moratorium UOB Bank
https://www.uob.com.my/default/covid-updates/covid-relief-assistance.page

21. Moratorium OCBC Bank
https://www.ocbc.com.my/personal-banking/Loans/moratorium/index.html

22. Moratorium PTPTN
https://www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0/




Jumaat, 25 Jun 2021

Khasiat Herba Pokok Dukung Anak



Salah 1 khasiat yang ramai orang tak tahu adalah air rebusan dia kalau minum.. bagus untuk orang perempuan yang tengah ikhtiar untuk hamil... atau merawat masaalah sukar dapat zuriat.


Khasiat khasiat lain antaranya: 

  • Merawat penyakit kuning bagi baby yang baru lahir.
  • Menyembuhkan masalah mati pucuk.
  • Minum air daun dukung anak  sebagai booster kepada masalah keletihan
  • Baik untuk demam urat.
  • Bagi suami isteri yang mahu berpower ranger... minum segelas pati air rebusan tanpa campur air kosong.. sejam sebelum aktiviti berdayung dan menyelam lautan dalam.
  • Merawat masaalah hati sebagai agen pelindung hati.
  • Merawat hepatitis.
  • Penawar bagi masaalah batu buah pinggang atau batu hempedu.
  • Buah dukung anak digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, dan penyakit kulit seperti kurap.
  • Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta (scabies).
  • Manakala jus atau pati (ekstrak) akar dan daun muda digunakan untuk menguatkan ginjal, dan air rebusan daun muda diminum untuk merawat batuk.
  • Pokok dukung anak turut digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran, dan sebagai penawar penyakit gonorrhea dan sifilis.


Cara rebus herba pokok dukung anak:

  • Cabut pokok dalam bilangan ganjil 5-7 pokok.
  • Basuh bersih pokok dan akarnya.
  • Rebus sambil baca selawat syifa dan surah fatihah serta surah alam nasyrah.
  • Rebus 3 gelas air sehingga jadi 2 cawan.
  • Lepas tu minum dan jangan lupa selawat dan berdoa.
  • Yang molek jenis hijau dari yang merah

Kita usaha selebihnya Allah jua yang mengizinkan.
Wallahualam

 

Untuk Beli Herba Pokok Dukung Anak

> Klik Sini <


Jumaat, 18 Jun 2021

Anda Ramai Follower? Jom buat Duit Dengan InvolveAsia


Jika anda ramai followers di TikTok, Facebook, Instagram atau Youtube, jangan lepaskan peluang ini.

Biasanya affilite ni hanya 1 barang atau 1 syarikat je yang boleh kita promote. Jom sertai InvolveAsia, macam-macam ade.. 

Di Involve  terdapat pelbagai barangan dari pelbagai syarikat, laman web, kedai online, marketplace semua ada. Bukan saja terhad di Malaysia, anda boleh promote barangan jualan di Indonesia, Thailand, Singapore dan ada juga beberapa barangan yang anda boleh jual di seluruh dunia.

 

Cara Buat Duit Dengan InvolveAsia.

1. Daftar InvolveAsia di sini – [ Click Here ]


2. Cari dan pilih website merchant online shopping yang ingin anda promosi seperti Lazada, Shopee, Alibaba, AliExpress atau Adidas


3. Cari produk yang anda rasa yakin boleh menjualnya.


4. Tuliskan artikel mengenai produk tersebut untuk promosi. Anda boleh promosi produk tersebut di laman sosial seperti facebook, tiktok, twitter, instagram, wechat, tumblr, atau di youtube.


5. Masukkan “link affiliate” anda ke dalam artikel anda


6. Publish-kan artikel/video anda jika sudah siap

Mudahkan.. 

Jom daftar sekarang .. < InvolveAsia


Sabtu, 5 Jun 2021

Buat Duit Free Dengan i-say

Pendekkan cite, mudah je, 

1. Hanya perlu daftar di laman i-say

2. Tunggu survey akan dihantar ke email anda,

3. Tiap kali anda jawab survey akan diberi point untuk dikumpul

4. Anda boleh tebus apabila point telah mencukupi


Cara buat duit online untuk pelajar

Tak susah pun, santai-santai je, 

Sedar-sedar dah RM130 dah saya tebus melalui Touch 'n Go


Buat duit dengan hanphone tanpa modal

TANPA MODAL,

BUAT DUIT ONLINE SECARA SANTAI

BERMINAT? 

DAFTAR DI I-SAY

 

Buat duit free dengan survey i-say

Isnin, 31 Mei 2021

Tebus RM150 eBelia Mulai 1 Jun 2021

 #ebelia #get ebelia #ebelia rm150


APAKAH ITU PROGRAM EBELIA​?

  • Program eBelia merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar
  • Program ini dijangka memanfaatkan sekitar dua (2) juta rakyat Malaysia, dengan jumlah peruntukan RM300 juta
  • Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai
  • Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021


SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON PROGRAM EBELIA?

  • Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia mengikut kelayakan berikut:
  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003); ATAU
  • Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat
  • Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan

 

BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MEMOHON UNTUK PROGRAM EBELIA​?

  • Permohonan bermula 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021
  • Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:
  • Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet
  • Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
  • Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan eBelia dan tekan “Hantar”
  • Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
  • Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBelia daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBelia

 

RM150 akan diberikan di dalam bentuk e-Tunai yang akan dikreditkan ke dalam akaun eWallet masing-masing.

eWallet yang diterima pakai untuk program ini adalah ShopeePay, Touch 'n Go, Boost dan Bigpay.


Ahad, 30 Mei 2021

Jumaat, 28 Mei 2021

Wap Air Rebusan Bunga Cengkih Merawat C0V1D?

 


Bunga cengkih, atau cloves, dikenali dengan nama saintifik Syzygium aromaticum. Bunga cengkih adalah rempah ratus yang biasa kita gunakan dalam masakan.

Bunga cengkih mengandungi sebatian kimia eugenol sekitar 70-80% diikuti eugenyl acetate, eucalyptol, beta-caryophyllene, flavonoid, asid krategolik, vanillin dan lain-lain.

 

Benarkah wap air rebusan bunga cengkih merawat COVID?

Sehingga hari ini tiada kajian pada tabung uji, model haiwan mahupun kajian klinikal pada manusia membuktikan wap air rebusan cengkih merawat jangkitan COVID.

Secara tradisinya, wap air rebusan cengkih digunakan bagi melegakan simptom batuk, bronchitis, selsema, dan asma.

Walaupun secara umumnya wap air rebusan bunga cengkih tidak mendatangkan mudarat, jika anda mengalami simptom COVID, anda mesti mendapatkan rawatan segera kerana COVID bukan demam selsema biasa.

Risiko anda mendapat komplikasi sehingga memerlukan bantuan oksigen dan rawatan yang lebih intensif adalah jauh lebih tinggi.

Sekitar 90% pesakit COVID telah pulih, sebahagiannya tidak mempunyai simptom manakala sebahagian yang lain melalui rawatan berdasarkan simptom yang dialami.

Wap air rebusan bunga cengkih kemungkinan besar mengandungi eugenol. Eugenol merencat enzim 5- lipoxygenase di dalam pengujian tabung uji.

Enzim ini bertanggungjawab dalam penghasilan leukotrienes, yang merupakan mediator pelbagai penyakit berkaitan keradangan termasuk asma. Manakala dalam kajian model haiwan, pemberian eugenol mengurangkan simptom asma.

Walaubagaimanapun, di dalam laporan yang lain, wap eugenol mencetuskan serangan asma dan resdung (sinusitis) di kalangan pekerja yang terdedah pada wap eugenol.

Sekiranya anda mengalami serangan asma, atau bronchitis, sila dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Jangan berlengah kerana ingin mencuba wap air rebusan cengkih. Wap air rebusan cengkih boleh menyebabkan serangan asma bertambah teruk pada sesetengah individu.

Kesimpulannya, wap air rebusan bunga cengkih tidak merawat COVID, walaupun ia digunakan secara tradisi melegakan batuk, selsema dan serangan asma. Jika anda rasa sesak nafas, jangan berlengah dapatkan segera bantuan perubatan.



Rujukan;

Pan, C., & Dong, Z. (2015). Antiasthmatic Effects of Eugenol in a Mouse Model of Allergic Asthma by Regulation of Vitamin D3 Upregulated Protein 1/NF-κB Pathway. Inflammation, 38(4), 1385-1393. doi:10.1007/s10753-015-0110-8

Quirce, S., Fernández-Nieto, M., Del Pozo, V., Sastre, B., & Sastre, J. (2008). Occupational asthma and rhinitis caused by eugenol in a hairdresser. Allergy: European Journal of Allergy and Clinical Immunology, 63(1), 137-138. doi:10.1111/j.1398-9995.2007.01525.x

Raghavenra, H., Diwakr, B. T., Lokesh, B. R., & Naidu, K. A. (2006). Eugenol - The active principle from cloves inhibits 5-lipoxygenase activity and leukotriene-C4 in human PMNL cells. Prostaglandins Leukotrienes and Essential Fatty Acids, 74(1), 23-27. doi:10.1016/j.plefa.2005.08.006

Vicidomini, C., Roviello, V., & Roviello, G. N. (2021). Molecular Basis of the Therapeutical Potential of Clove (Syzygium aromaticum L.) and Clues to Its Anti-COVID-19 Utility. Molecules (Basel, Switzerland), 26(7), 1880.

Rabu, 26 Mei 2021

8 Perkara Anda Perlu Berhenti Vaping


Apa itu vaping?

Vaping adalah alat yang menggantikan rokok. Ia digunakan dengan cara penyedutan aerosol dari rokok elektrik atau alat serupa, yang digunakan untuk memanaskan cecair penghasil wap. Terdapat banyak jenama rokok elektronik dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz. Sebilangan besarnya seperti pen (maka istilah pena vape) atau mungkin juga menyerupai pemacu kilat USB. Wap biasanya mengeluarkan nikotin tetapi ia juga dapat mengeluarkan bahan undang-undang atau haram lain, termasuk tetrahydrocannabinol (THC), bahan aktif dalam ganja. Di samping itu, cecair itu boleh mengandungi zarah halus, minyak, bahan kimia toksik, atau bahan lain, ada yang berkaitan dengan barah, masalah paru-paru dan mungkin penyakit jantung.


Krisis kesihatan awam terkini. Begitulah pakar perubatan merujuk kepada masalah kesihatan yang disebabkan oleh kekosongan. Ratusan orang menjadi sakit parah setelah menggunakan alat elektronik. Beberapa orang telah meninggal dunia. Inilah yang perlu anda ketahui untuk melindungi diri anda.

 

Seberapa biasa vaping?


E-rokok diperkenalkan pada tahun 2006 dan telah meningkat popularitinya sejak itu, terutama di kalangan orang muda. Di Australia, di kalangan kanak-kanak berusia 18-24 tahun, penggunaan semasa meningkat dari 2.8 peratus kepada 5.3 peratus dalam tiga tahun terakhir. Survei Rumah Tangga Strategi Dadah Nasional 2019 melaporkan peningkatan di semua kumpulan umur orang yang pernah menggunakan e-rokok dari 8.8 peratus pada 2016 kepada 11.3 peratus pada tahun 2019. Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mendesak pengguna untuk menahan diri daripada menggunakan produk vaping kerana sebab berikut.



Jatuh sakit kerana Vape


Lebih daripada 1000 kes kecederaan paru-paru berkaitan vaping, dari wilayah AS, telah dilaporkan ke CDC. Gejala penyakit paru-paru yang disebabkan oleh vaping termasuk batuk, sesak nafas, sakit dada, mual, muntah, cirit-birit, keletihan dan sakit perut. Hampir 70 peratus kes berlaku pada lelaki. Hampir dua pertiga (62 peratus) orang yang jatuh sakit berusia antara 18 hingga 34 tahun, dan 16 peratus berusia di bawah 18 tahun. Sebilangan orang menggunakan alat vaping yang menyampaikan nikotin, tetapi kebanyakan telah menggunakan produk yang mengandungi THC .



Mati kerana Vape


Sehingga Oktober 2020, CDC melaporkan 68 kematian akibat penimbunan minyak ganja dan vitamin E asetat dan ribuan orang dimasukkan ke hospital di AS. Penyebabnya, kata ahli pulmonologi, Dr Robert Goldberg, adalah sindrom gangguan pernafasan akut (ARDS).



Vaping boleh menyebabkan ketagihan


"Nikotin adalah bahan kimia yang sangat ketagihan," kata Dr Goldberg. Dan walaupun boleh berbeza-beza, vaping dapat memberikan lebih banyak nikotin setiap penyedutan daripada rokok tradisional. "Jumlah satu puff dari alat vaping lebih besar daripada satu puff dari rokok." Sebilangan besar syarikat vaping menggunakan nama yang menyeronokkan dan mencipta rasa buah seperti Fruity Freeze dan So Berry Bagus untuk menarik minat kanak-kanak dan menjadikannya bergantung pada peranti. Seringkali pengguna muda tidak menyedari bahawa peranti itu malah mengeluarkan nikotin. "Syarikat melihat lombong emas," kata Dr Goldberg. "Sekiranya mereka dapat menarik populasi baru dengan nikotin, mereka akan memiliki pelanggan seumur hidup."



Kimia tidak diatur

Vape atau e-rokok mudah didapati untuk dibeli secara dalam talian dari vendor luar negara, dan juga di bawah kaunter dari pemilik kedai yang tidak bertanggungjawab. Oleh kerana tidak ada peraturan, tidak diketahui bahan kimia lain yang digunakan untuk menyampaikan nikotin. "Apabila anda membuat vape, anda membawa bahan kimia yang tidak diketahui ke dalam badan anda yang tidak diatur," kata Dr Goldberg. "Kami tidak tahu apa yang ada di dalam peranti," tambahnya.


Vaping meningkatkan risiko penyakit paru-paru

Bahkan sebelum laporan penyakit paru-paru yang serius dan mematikan, vaping diketahui memberi kesan negatif pada sistem pernafasan. "Pada awalnya, saya akan melihat pesakit yang mengidap mengalami sindrom seperti asma - mereka batuk dan mengi," kata Dr Goldberg. "Kami melihat pesakit mengembangkan penyakit paru-paru dari memerah." Beberapa jenis jus vape berperisa juga mengandungi diacetyl, bahan kimia yang diketahui menyebabkan keadaan paru-paru yang jarang dan serius yang disebut bronchiolitis obliterans. 



Vaping meningkatkan risiko penyakit jantung 


Nikotin menyebabkan peningkatan tekanan darah, degupan jantung, aliran darah ke jantung, dan penyempitan arteri, menurut Heart Foundation of Australia. Ia juga dapat menyebabkan pengerasan dinding arteri, atau arteriosklerosis, yang dapat berperanan dalam serangan jantung. Oleh kerana banyak alat vaping digunakan untuk nikotin, ada alasan bahawa vaping juga boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. "Tetapi kami tidak tahu apa kesan jangka panjangnya kerana peranti tersebut sudah lama tidak wujud," kata Dr Goldberg. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa vaping mungkin dikaitkan dengan risiko strok, serangan jantung dan penyakit jantung yang lebih tinggi, menurut kajian yang dibentangkan pada persidangan perubatan pada tahun 2019.



Vaping tidak membantu anda berhenti merokok


Ketika vaping pertama kali diperkenalkan, kadangkala digunakan sebagai alat berhenti merokok walaupun tidak disetujui oleh TGA untuk tujuan ini. "Pesakit akan memulai dengan vape nikotin tinggi dan kemudian secara beransur-ansur menggantinya dengan air sehingga mereka hampir tidak mendapat nikotin," kata Dr Goldberg. "Ini adalah cara menyingkirkan mereka dari rokok." Dia mempunyai beberapa pesakit yang berjaya berhenti merokok menggunakan kaedah ini, tetapi yang lain hanya menjadi ketagihan pada alat lain yang memberikan nikotin. Kajian tahun 2019 di New England Journal of Medicine mendapati bahawa orang yang beralih ke vaping lebih cenderung melepaskan rokok tradisional setahun kemudian daripada mereka yang mencuba produk pengganti nikotin (18 peratus vs 10 peratus) tetapi mereka juga lebih banyak kemungkinan masih menggunakan alat berhenti merokok mereka (80 peratus vs 9 peratus). Semasa penyiasatan kematian berkaitan vaping, CDC mendorong orang untuk mengelakkan vaping, terutama produk yang mengandungi THC. Namun, mereka berhenti memberitahu perokok untuk kembali ke rokok, yang mempunyai risiko selama puluhan tahun, yang sudah pasti menunjukkan keadaan yang berpotensi mengancam nyawa seperti barah paru-paru, COPD dan serangan jantung.

"Sekiranya anda seorang dewasa yang menggunakan e-rokok yang mengandung nikotin untuk berhenti merokok, jangan kembali merokok," kata CDC.


Terdapat cara yang lebih baik untuk berhenti merokok

 

"Ada alat penghantaran lain untuk nikotin yang sangat berjaya dan telah digunakan selama bertahun-tahun," kata Dr Goldberg. Ini termasuk tompok nikotin, gusi dan semburan hidung. "Mereka tersedia di kaunter dan diatur oleh FDA." Ubat preskripsi juga boleh membantu penghentian merokok. Bercakap dengan doktor anda mengenai pilihan tersebut.