Isnin, 27 Disember 2021

Khasiat Pokok Susu Nabi

 Khasiat Pokok Susu Nabi Terbukti Berkesan Ubati Penyakit (Ara Tanah)

Pokok Susu Nabi

Sekiranya anda menjumpai tanaman ini iaitu pokok susu Nabi atau pokok ara tanah, mungkin anda akan menganggap ia hanya tanaman yang tumbuh melata yang langsung tidak berguna. Tetapi tidaklah Maha Pencipta yang menciptakan sesuatu itu tanpa tujuan malah banyak khasiat, kelebihan dan manfaatnya.


Sebenarnya tumbuhan ajaib ini sangat berkhasiat dan mempunyai kebaikan yang sangat menakjubkan. Ia dikenali sebagai pokok susu Nabi dan berbagai nama lain seperti pokok ubat gout, pokok tawa-tawa, pokok ara tanah, susu kambing, gendong anak, keremak, patikan kebo, gelang susu dan berbagai lagi nama mengikut tempat di Malaysia dan negara lain.


Khasiat Pokok Susu Nabi Yang Menakjubkan


Lebih mengejutkan, pokok yang dipanggil Patikan Kebo di Indonesia ini, selepas dikaji oleh beberapa pakar, mendapati ekstrak etanol dari tumbuhan ini mempunyai antimikroba paling tinggi pada bakteria yang dikenali sebagai Salmonella Typhi iaitu bakteria yang menyebabkan penyakit Tifus.


Manakala, ekstrak daun, batang, bunga serta akar tumbuhan ini mempunyai antioksidan yang tinggi. Pokok ara tanah yang banyak kelebihan ini turut dilaporkan di Nigeria digunakan untuk mengubati luka. Juga digunakan untuk pengubatan penyakit kerana mikroba seperti gonorhea serta disentri.


Ubat dan Penawar Gout Paling Mujarab


Antara khasiat pokok susu Nabi terbaik adalah menjadi penawar gout dan sakit sendi iaitu stroke. Penyakit gout biasanya menyerang orang lelaki berbanding kaum perempuan. Kesakitan yang amat berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan yang terdapat dalam badan seorang pesakit.


Apabila asid urik tersebut semakin banyak dan terkumpul di dalam sendi, mendapan pasti berlaku kepada sendi terutama sendi ibu jari, buku lali, belakang kaki, lutut, siku, pergelangan tangan dan jari. Pokok susu Nabi mampu untuk mengatasi penyakit ini dengan cepat dan segera.


Selain ubat gout farmasi dan hospital, anda boleh mencuba petua hilangkan gout dengan kelebihan pokok susu Nabi, mungkin ia serasi dengan anda dan gout atau stroke anda akan hilang tanpa disangka, siapa tahu?


Ada yang berpendapat pokok ini adalah ubat stroke paling berkesan dan mujarab kerana pesakit yang lumpuh dapat bergerak seperti biasa, pesakit gout tidak lagi merasa sakit yang teramat sangat dan sakit sendi-sendi telah hilang selepas mengamalkan petua penawar terbaik ini.


Cara untuk menggunakan atau cara merebus pokok susu Nabi untuk dijadikan penawar gout dan stroke atau lumpuh adalah seperti yang dikongsikan di bawah, sila ikuti cara-cara yang diterangkan agar ia menjadi :


Dapatkan sepokok pokok susu Nabi

Cuci sehingga bersih akar, batang, buah dan daun

Rebus dengan 3 gelas air sehingga rebusan jadi satu gelas

Anda boleh amalkan air rebusan pokok susu Nabi selama tiga hari berturut-turut bermula pagi dan petang setiap hari. Sila amalkan berterusan sehingga tiga hari. Insya Allah, stroke atau lumpuh dan sakit gout akan pulih seperti biasa.


Kebaikan Pokok Susu Nabi dan Khasiatnya


Selain gout, stroke dan lumpuh, pokok susu Nabi juga terbukti berkesan dapat mengubati beberapa penyakit lain dan cara penggunaan juga rata-rata daripadanya dengan merebus sama ada daun susu Nabi, akar, bunga dan buah.


1. Menyembuhkan Influenza


Setengah genggam daunnya dicuci dan di rebus dengan air bersih sebahagian 3 gelas sehingga menjadi 3/4 selepas direbus. Sejukkan rebusan ini dan tambahkan madu sedikit lalu diminum 2 kali sehari.


2. Menyembuhkan Bronchitis


Setengah genggam daunnya dibersihkan dan digiling atau ditumbuk halus serta tambahkan air masak 3/4 cawan serta satu sudu besar madu dan airnya diminum 2 kali sehari.


3. Menghilangkan Batuk

20 gram daun segar Patikan Kebo ini direbus dengan 2 gelas air selama 15 minit,  serta diminum sehari dua kali iaitu setengah gelas sekali.


4. Menyembuhkan Disentri


Ambil daun gelang susu ini sedikit, rebus dan ditambah dengan gula pasir (bila mengalami pendarahan) atau gula merah (sekiranya mempunyai lendir), lebihkan air sebaiknya lalu disejukkan lebih kurang 15 minit. Sebelum diminum.


5. Melancarkan Saluran Air Kecil


Ambil daun pokok ara tanah dan tambahkan air sewajarnya, di rebus. Untuk diminum 2 kali sehari.


6. Menyembuhkan Bisul


Daunnya yang segar sebanyak 60 gram dan masukkan 120 gram tauhu putih, sejukkan selama 15 minit lalu ditampal di tempat yang mempunyai bisul.


7. Menyembuhkan Thypus Abdominalis (Usus)


Daunnya yang segar lalu direbus dengan air secukupnya diminum 3 kali sehari.


8. Menyembuhkan Radang Ginjal


Daunnya yang segar atau pun yang kering harus direbus terlebih dahulu sebelum diminum.


9. Menyembuhkan Kegatalan Kulit (Ekzema)


90 gram daun pokok ara tanah ditambah 1/2 liter alk’0h0l 70% direndam selama 35 hari, untuk membersihkan ekzema.


10. Menyembuhkan Gatal Tekak


Daun pokok susu Nabi direndam air panas  lalu digunakan dengan kumur selepas air menjadi suam.


11. Menyembuhkan Asma


Segenggam pokok ara tanah kering direbus dengan air secukupnya air sehingga mendidih, sejukkan serta diminum 2 kali sehari, 1/2 gelas pada waktu pagi dan petang.


12. Menyembuhkan Radang Payudara


Satu genggam daun pokok ara tanah serta 2 senduk makan biji kacang soya direbus dengan 35 gelas air sampai mendidih. Sejukkan, diminum 2 kali sehari dengan satu cawan setiap kali minum.


13. Menyembuhkan Mata Merah


Titiskan getah pokok susu Nabi ini pada mata yang merah sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.


Semoga perkongsian khasiat pokok susu Nabi ini bermanfaat kepada semua dan sila kongsikan kepada mereka yang belum tahu. 

................................. 

Untuk dapatkan air susu nabi yang asli boleh layari : https://invol.co/cl84alv 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan