Isnin, 31 Mei 2021

Tebus RM150 eBelia Mulai 1 Jun 2021

 #ebelia #get ebelia #ebelia rm150


APAKAH ITU PROGRAM EBELIA​?

  • Program eBelia merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar
  • Program ini dijangka memanfaatkan sekitar dua (2) juta rakyat Malaysia, dengan jumlah peruntukan RM300 juta
  • Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai
  • Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021


SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON PROGRAM EBELIA?

  • Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia mengikut kelayakan berikut:
  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003); ATAU
  • Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat
  • Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan

 

BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MEMOHON UNTUK PROGRAM EBELIA​?

  • Permohonan bermula 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021
  • Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:
  • Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet
  • Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
  • Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan eBelia dan tekan “Hantar”
  • Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
  • Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBelia daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBelia

 

RM150 akan diberikan di dalam bentuk e-Tunai yang akan dikreditkan ke dalam akaun eWallet masing-masing.

eWallet yang diterima pakai untuk program ini adalah ShopeePay, Touch 'n Go, Boost dan Bigpay.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan