Ahad, 26 April 2020

Waktu Berbuka Puasa Waktu Mutajab Untuk Berdoa






Berikut adalah waktu-waktu yang paling mustajab untuk berdoa:-

1. Waktu di antara Azan dan Iqamah

Semasa azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak.”(Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).

2. Hari Jumaat

Jumaat adalah penghulu segala hari. Rasulullah menegaskan: “Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat.

Setiap Muslim hendaklah memperbanyakkan berdoa pada hari Jumaat. Ulama berbeza pendapat mengenai waktu mustajab berkenaan.

Ada mengatakan, ia bermula pada awal pagi Jumaat hingga terbit matahari. Ada juga mengatakan, ketika khatib duduk di antara dua khutbah.

Namun, yang paling kuat adalah pendapat mengatakan waktu sesudah solat Asar hingga Maghrib sebagaimana ditegaskan Rasulullah:

“Sesungguhnya dalam hari Jumaat ada waktu mustajab apabila pada waktu itu seorang Muslim berdoa kepada Allah pasti dimakbulkan doanya. Waktu yang dimaksudkan itu ialah sesudah solat Asar.” (Riwayat Ahmad)

3) Malam Lailatulqadar

Lailatulqadar juga memiliki keistimewaan untuk memperbanyakkan berdoa kerana beribadat di dalamnya lebih baik daripada seribu bulan. Rasulullah bersungguh-sungguh mencari malam Lailatulqadar iaitu pada sepuluh hari terakhir Ramadan.

Rasulullah menegaskan: “Sesiapa yang melakukan ibadat pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan hati, maka diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4) Ketika Hujan

Apabila hujan turun membasahi bumi bukan sahaja dapat menyirami tumbuhan dan menyejukkan bumi yang kering. Waktu ini juga Allah cipta untuk hambaNya berdoa supaya dapat dikabulkan.

Rasulullah S.A.W bersabda “Doa tidak tertolak pada 2 waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun.” (Hadis Riwayat Al Hakim)

5) Sepertiga Malam Terakhir

Apabila sepertiga terakhir malam, Allah memberkati hamba-hambanya dengan turun ke langit dunia dan mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka.

Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah S.A.W bersabda,

“Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

6) Hari Arafah Ketika Musim Haji

Hari Arafah adalah hari di mana kaum Muslimin dari seluruh penjuru dunia berkumpul di Padang Arafah. Mereka berkumpul untuk mendekatkan diri kepada Allah untuk pelaksanaan ibadat haji.

Rasulullah S.A.W memuji hari Arafah: “Tidak ada satu hari pun yang lebih istimewa di sisi Allah daripada hari Arafah.”

Allah turun ke langit bumi mempertontonkan kemuliaan kaum Muslimin kepada para malaikat seraya berkata:

“Wahai para malaikat, lihatlah hamba-hamba-ku. Mereka datang menghadap-Ku dalam keadaan susah payah dari penjuru dunia yang jauh dan memohon keselamatan atas seksa-Ku.

“Tidak ada satu hari pun di mana Allah membebaskan hamba-hamba-Nya dari seksa neraka daripada hari Arafah.’’ (Riwayat Abu Ya’la, Bazzar dan Ibnu Khuzaimah)

7) Ketika Bersahur dan Berbuka Puasa
Waktu sahur juga tergolong dalam waktu mustajab untuk berdoa. Oleh itu, banyakkan berdoa dan berzikir sambil bersahur sehingga masuknya waktu solat fardhu Subuh.

Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu lagi waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud : “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Sabtu, 25 April 2020

Awas 7 Kesan Buruk Kayu Manis Pada Tubuh Badan

https://invol.co/cln1e2

Kesan Buruk Kayu Manis Pada Tubuh Badan.

Menurut Dr. Noordin Darus kulit kayu manis (cinnamon) boleh menyebabkan masalah kesihatan dan merosakkan beberapa organ tubuh badan.

1. Gangguan pernafasan apabila serbuk kayu manis yang masuk dalam paru-paru anda ia akan menyebabkan anda sesak nafas.

2.  Hipoglisemia. Kulit kayu manis (cinnamon) akan menyebabkan glukosa dalam tubuh badan berkurang.

3. Kerosakkan Hati. Pengambilan kayu manis yang berlebihan akan menyebabkan hati anda rosak dan tidak dapat menyingkir toksik dalam tubuh.

4. Radang Mulut seperti ulser boleh berlaku sekiranya anda mengambil kayu manis tanpa sukatan yang betul.   

5. Kanser / barah. Walaupun kayu manis boleh menyembuhkan kanser tetapi cinnamon juga boleh menyebabkan kanser sekiranya diambil secara berlebihan.

6. Gangguan keberkesanan ubat yang anda ambil

7. Alahan atau alergi seperti gatal-gatal, bengkak dan sebagainya.


Walaupun kulit kayu manis mempunyai kesan buruk pada tubuh, kayu manis mempunyai banyak manfaat pada kesihatan tubuh badan.



Khasiat Kulit Kayu Manis (Cinnamon)

Menjaga sistem imun badan merupakan salah satu cara untuk lindungi tubuh badan daripada pelbagai virus.

Banyak cara yang dapat anda lakukan untuk menjaga imun badan seperti rajin makan vitamin dan bersenam.

Cara tradisional yang sudah menjadi amalan turun-temurun masyarakat kita terdahulu adalah dengan meminum air jamu atau mengambil rempah ratus.

Rempah-ratus terbukti dapat memperkuatkan daya tahan tubuh kerana kaya demgan antioksidan. Salah satu rempah yang anda boleh amalkan ialah kayu manis. Ini manfaat kayu manis untuk badan anda!

1. Kaya dengan antioksida

Kita semua tahu pentingnya antioksidan untuk sistem kekebalan tubuh. Radikal bebas di  sekeliling kita setiap hari melemahkan sel tubuh dan membuatkan anda jatuh sakit. Manfaat kayu manis yang kaya dengan antioksida dapat melindungi dan memperbaiki sel tubuh daripada masalah ini.

2. Melawan diabetes

Salah satu kelebihan kulit kayu manis ialah ia boleh membantu gula rendah di dalam darah dan kesensitifan hormon insulin, iaitu hormon penting dalam memastikan aras gula seimbang. Kulit kayu manis membaiki reseptor supaya lebih responsif terhadap insulin.

3. Antiradang

Kulit kayu manis juga boleh membantu badan manusia melawan jangkitan dan membaiki tisu rosak. Memakan kulit kayu manis secara tetap boleh membantu mengurangkan kerandangan sistemik. Selain itu, disebabkan sifat kulit kayu manis yang antiradang dan mengurangkan bengkak, ia boleh digunakan untuk mengurangkan sakit otot, kejang sesama haid dan allergik.

4. Mencegah kanser

Kulit kayu manis juga dikatakan berpotensi digunakan untuk mengurangkan risiko dan mencegah kanser. Untuk mengamalkan khasiat kayu manis, anda boleh campurkan serbuk kayu manis dengan minuman atau makanan.

5. Menurunkan kolesterol jahat

Kolesterol yang tinggi sangat berbahaya untuk kesihatan tubuh kerana berpotensi menyerang saluran jantung. Khasiat kayu manis dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Boleh diamalkan dalam minuman anda seharian berserta dengan madu. Caranya mudah sahaja, anda campurkan 1 susu madu dan 1 serbuk kayu manis di dalam air teh.



20 Khasiat Kayu Manis 
-  Dr. Noordin Darus



20 khasiat kulit kayu manis (cinnamon) menurut Dr. Noordin Darus.

1. Turunkan berat badan

2.  Merawat dysmenorrhea

3.  Meningkatkan Imuniti badan / kekebalan tubuh badan

4. Merawat keputihan

5. Merawat penyakit Polycystic ovary syndrome (PCOS) iaitu penyakit kelamin wanita

6. Membaiki Fungsi Otak - Merawat parkinson

7. Meningkatkan kebersihan dan kesihatan mulut.

8. Merawat diabetis

9. Melawan Kanser

10. Menguatkan pendengaran

11. Menyerikan kulit dan wajah

12. Merawat sakit tulang

13. Aroma terapi

14. menurunkan kolestrol jahat

15. merawat batuk

16. Menuatkan Ingatan - Baik untuk pelajar

17. Antioksida

18. menyihatkan jantung

19. Merawat alahan

20 Detox


Jom Buat Duit Free 
Hanya perlu daftar dan share iklan di Facebook, whatsaap, dll
KLIK > DAFTAR

Jumaat, 17 April 2020

33 Manfaat Khasiat Halia

33 Manfaat Halia

Halia adalah antara herba-herba kuno atau petua orang lama dahulu. Dr Noordin Darus menceritakan khasiat-khasiat yang boleh dimanfaatkan dari halia untuk kesihatan. Sama-samalah kita perolehi infomasi dan manfaat.

Khasiat / Manfaat Halia Untuk Kesihatan.

1. Alahan Makanan / Food Allergy
2. Kembong perut / Nausea
3. Morning Sickness
4. Sembelit / Constipation
5. Cirit birit / Diarrhea
6. Gastric
7. Anti Inflammatory / Masaalah usus / Masalah Serviks
8. Skin Rashes (kulit gatal-gatal)
9. Eczema
10. Flu / Demam Selsema
11. Cancer / Kanser Ovari
12. Awet muda / Anti Aging
13. Brain (Alzheimer / Dementia) merawat penyakit Nyanyok
14. Jerawat / Acne dan Kutil - lap atau pedap dengan air halia
15. Cardiovascular System - baik untuk pembuluh darah
16. Darah pekat / Blood Clotting - Bagi masalah jantung dapatkan nasihat doktor
17. Cholesterol / kolestrol Jahat
18. Body pain
19. Sakit sendi / osteoarthritis
20. Segugut / Dysmenorrhea (Menstrual Pain / Period Cramp)
21. Libido (Gairah) - Meningkatkan nafsu jimak
22. Blood circulation
23. Odor / Haruman (Minyak Halia). Juga baik untuk kesihatan gusi dan gigi.
24. Asthma
25. Liver
26. Cadmium (Toxicity) / Anti toksik
27. Obesity / Kuruskan badan
28. Mengurangkan UV Rays dari matahari
29. Aflatoxin (Kacang yang berkulat)
30. Diabetes
31. Hypertension / Darah tinggi
32. Sakit kepala / Headache
33. Detox

Cara mengamal :-

1. Rendam / Rebus halia (sekurang2 nya 50g sehari - pengambilan jangan lebih 100g) dengan air panas.

2. Boleh campur dengan chia seed, kunyit, dan bawang putih

3. Boleh letak madu bila air suam


VIDEO


Semoga bermanfaat.

Khamis, 16 April 2020

UPSR Dan PT3 2020 Dibatalkan


UPSR Dan PT3 2020 Dibatalkan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan memutuskan untuk membatalkan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha membendung Covid-19.

Keputusan ini akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini.

Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) pula akan ditunda kepada suku pertama tahun 2021.

Manakala tarikh peperiksaan Semester 2 bagi calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diubah kepada bulan Ogos 2020, manakala peperiksaan Semester 3 akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.

Peperiksaan STAM juga akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.

Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata, keputusan itu tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.

”Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), PM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.

”Pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah. Satu kaedah
baharu akan diperkenalkan.

”Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.

”KPM akan memastikan dalam apa jua keadaan pun, akses murid kepada PdP tetap diberikan keutamaan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan murid.,” katanya dalam satu sidang media di sini sebentar tadi.

Mohd Radzi menambah, keputusan untuk membuka semula sesi persekolahan ini hanya akan dibuat apabila KPM benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih.

Pada peringkat ini, pembukaan sekolah hanya melibatkan kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM, Sijil Tinggi STAM dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

Pengumuman pembukaan sekolah sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka.

”Apabila sekolah dibuka semula, semua aspek keselamatan, kebersihan, dan pengawalan penularan jangkitan termasuklah amalan penjarakan sosial akan diberi keutamaan.

”KPM telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca PKP yang mesti dirujuk oleh pihak sekolah dan ibu bapa bagi memastikan pengurusan sekolah berjalan lancar dan Pengajaran dan Pembelajaran berlaku dalam keadaan selamat,” ujarnya.

2020 UPSR, PT3 Cancelled


PUTRAJAYA: No Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) and Sijil Vokasional Malaysia (SVM) examinations will be held this year.

Education Minister Dr Mohd Radzi Md Jidin said today this year’s UPSR and PT3 examinations slated for September and early October have been cancelled, while SPM and SVM examinations slated for October and early November have been postponed to the first quarter of 2021.

He said the cancellation of the UPSR will not affect the assessment of students after attending primary education as the assessment could be done through various means.

“As the UPSR results are among the criteria for admission to full boarding schools (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Mara Junior Science College (MRSM) and Royal Military College (RMC), the ministry will introduce a new process for this purpose, which is not solely focused on academic performance.

“The cancellation of the PT3 examination will also not affect the assessment of the performance of students in the lower secondary level. A new assessment method will be introduced. Its results will be used as one of the criteria for admission to specific schools such as full-boarding or technical schools,” he added.

Nevertheless, the minister stressed that, in any case, the students’ access to teaching and learning will remain a priority.

The decision on when to reopen schools will only be made when the situation is truly back to normal, said Mohd Radzi.

He said the ministry understood that parents were concerned that they would not be able to make appropriate arrangements if a sudden announcement was made on the reopening of schools.

“Parents need not worry. The ministry will continue to engage with the Ministry of Health to fix an appropriate date for the reopening of schools.

“The Ministry of Education will make the announcement about the reopening at least two weeks in advance,” he said.

Mohd Radzi said that when schools reopen, all aspects concerning safety, cleanliness and the prevention of Covid-19 transmissions, including the practice of social distancing, will be prioritised.

“Apart from that, the Education Ministry has held in-depth discussions with the Health Ministry and the National Security Council on the reopening of schools,” he said.

The Education Ministry, he said, had also prepared post-Movement Control Order (MCO) guidelines on the management of schools which must be referred to by school authorities and parents to ensure the smooth running of schools, and that teaching and learning are undertaken in a safe environment.

The minister said the issue concerning schools involved almost all segments of society, and in this connection, the Education Ministry had undertaken several discussions through various channels to get the viewpoints of parents, teachers and others.

“In general, the feedback from these sessions clearly indicated that the safety and health of students must be prioritised,” he said. – April 15, 2020, Bernama



Standard Chartered Larang Staff Guna Zoom & Google Hangouts


Standard Chartered Plc melarang pekerja menggunakan aplikasi Zoom dan Google Hangouts untuk mesyuarat dalam talian dan perjumpaan digital semasa wabak virus korona Coona-19. Standard Chartered menjadi bank global pertama yang melarang penggunaan kedua-dua aplikasi ini untuk bekerja.

Memo dalaman dihantar oleh Ketua Eksekutif Standard Chartered Bill Winters kepada pekerja minggu lalu dengan alasan ada masalah keselamatan atau keselamatan siber, seperti yang dilaporkan oleh Reuters pada hari Rabu (15/4/2020).


Menurut para pakar, tidak ada aplikasi pertemuan dalam talian yang menawarkan tahap enkripsi sebaik Webex Cisco System Inc., Microsoft Corp Team atau Blue Jeans Network Inc.

Standard Chartered mengikuti langkah SpaceX yang melarang penggunaan aplikasi Zoom di tempat kerja kerana lubang keselamatan yang dapat dimanfaatkan oleh penggodam jahat untuk mengambil alih atau menyusup rapat.

Taiwan dan Jerman juga melarang pegawai kerajaan menggunakan aplikasi Zoom. FBI telah memberi amaran kepada penduduk mengenai bahaya penggunaan Zoom dua minggu yang lalu.

Dalam penyiasatan The Citizen Lab, aplikasi Zoom tidak menggunakan ciri enkripsi end-to-end standard untuk menjamin perkhidmatannya. Mereka juga mengesyorkan penggunaan perkhidmatan ini untuk perbualan dan pertemuan biasa.

Tetapi untuk pertemuan rahsia atau perjumpaan dalam talian yang dijalankan oleh pemerintah tidak digalakkan. Walaupun menggunakan aplikasi Zoom untuk aktiviti ini disebut bukan tindakan yang bijak.





Stay off Zoom and Google Hangouts, Standard Chartered chief tells staff

Standard Chartered Plc is the first major global bank to tell employees not to use Zoom Video Communications Inc during the coronavirus pandemic due to cybersecurity concerns, according to a memo seen by Reuters.

The message, sent by chief executive officer Bill Winters to managers last week, also warned against using Alphabet Inc’s Google Hangouts platform for virtual gatherings.

Neither service offers the level of encryption of conversations that rivals like Cisco System Inc’s Webex, Microsoft Corp’s Teams or Blue Jeans Network Inc do, industry experts said.

A Standard Chartered spokeswoman declined to comment on a Reuters query on the memo. She said cybersecurity remains a top priority and that staff can use several authorised tools for audio and video conferencing.

The London-based bank is the latest entity to distance itself from Zoom after interlopers exposed security flaws by bursting into strangers’ video chats in the nude, inserting lewd images into presentations, or hurling racial slurs at participants.

These “Zoombombing” incidents have rattled all kinds of users, as hoards of business people, students, families and friends flocked to the service to stay connected while isolating during the pandemic. Zoom in March had about 200 million people using its system every day, up from 10 million at the end of last year.

Banks have particular worries about cybersecurity because of regulations that can penalise them for exposing customer information, even if inadvertently.

Standard Chartered staff are mostly using Blue Jeans, said two employees who were not authorised to speak on the matter.

The bank joins others ranging from Elon Musk’s SpaceX to New York City’s public school system and governments in Taiwan and Germany in placing restrictions on Zoom.

In a statement, Zoom said many global customers including financial firms, telecommunications companies, universities, and government agencies had performed “exhaustive security reviews” of its technology and chosen it as a service.

Founded and headed by former Cisco manager Eric Yuan, Zoom last week tapped former Facebook Inc security chief Alex Stamos as an adviser on safety and privacy concerns to quell the global backlash against its perceived flaws.

Tricky choice

Choosing a communications provider is tricky for banks, which have to balance security concerns, data-access needs and the preferences of clients and employees, who may wander off to another service outside official channels if rules are too stringent.

Industry workers described a mixed experience with video chats in the age of the coronavirus.

Two JPMorgan Chase & Co employees said they regularly hold meetings on Zoom. It is one of a few videoconferencing tools the bank allows, including Blue Jeans.

Some Goldman Sachs Group Inc employees have been holding virtual “pub outings” on Zoom, where they connect after work with a cocktail or beer in hand to chat, a source said. The bank’s chief technology officer told staff in an April 3 video that they could use Zoom and Blue Jeans.

Morgan Stanley employees are also allowed to use Zoom, among other options, a source there said. Barclays Plc only uses Zoom if a client requests it, according to a source. People at Wells Fargo & Co and Citigroup Inc said Zoom is not a familiar option at their banks, which rely on other services.

The Financial Industry Regulatory Authority, a self-regulatory group for US brokers, is also still using Zoom after security experts worked through some issues with the company, Thomas Gira, who heads market regulation, said in an interview. – April 15, 2020, Reuters

Sumber: Focus Malaysia

Ahad, 12 April 2020

Jawapan Untuk Yus Melayu Murtad

Melayu Murtad

Si Melayu Murtad bangga dengan kristian nya, ragu dengan Allah dah menghina Rasulullah SAW.












Si melayu murtad ni beri tahu bahawa dia murtad adalah sebab seorang ustaz sekolah tak boleh menjawab soalannya semasa dia di sekolah menengah dulu.



Netizen tertanya-tanya soalan ape yg dia tanya..






Video dibawah adalah soalan dia pada ustaznya dulu sewaktu di bangku sekolah dan juga hujah-hujah bangang dia.






Ini lah sebab kenape si Melayu ini MURTAD.. TONTON!!!





Jawapan:

Soalan 1. Islam sembah Ka'bah
Jawapan. Ka'bah adalah petanda arah untuk solat. Wahai si murtad, Islam tak sembah kaabah, kaabah adalah tanda arah sahaja. Sebelum tu Islam solat mengadap Masjid Al-Aqsa. Lepas tu Allah wahyu pada Rasulullah SAW.
Islam Taat kepada arahan Allah, maka ikut je laa ada la sebab kenape Allah arahkan mengadap Kaabah. Rasulullah SAW pernah menyuruh Bilal naik pijak atas kaabah laungkan azan.


Soalan 2. Kenape solat 5 waktu
Jawapan : ya sebab isra dan miraj
Nabi Muhammad tak copy and paste pun cerita arbaham dlm bible tu. Zaman tu tak de komputer. Nabi Muhammad tak tahu menulis dan tak tahu membaca, Dia bukan ahli sejarah.
Kalau betul pun cerita arbaham dlm bible tu 5 org yg akan selamat,, maknyanya betul laa Islam yg akan terselamat sebab Islam solat 5 waktu. Dalam Bible pun dah kata ikut yang 5waktu tu (Islam) selamat,,, ko tak nak ikut!

Dalam Islam Ahli Sunnah, kami berpegang pada Al-Quran dan Sunah... dalam Al-Quran menyuruh solat, Cara solat melalui tnjuk ajar Rasulullah SAW (hadis) yang diajar oleh malaikat Jibril.
Lain kali belajar, jangan jadi bongok!

Waktu solat yg ko kata tu Nabi Isa ditangkap waktu magrib laa , disalib waktu subuh konon2 akronim I.S.L.A.M  tu,, tu laa pembohongan Paderi tu. Jelas dari dulu hingga sekarang kristian adalah agama yang diselewangkan oleh paderi dengan pembohongan.

Tuduhan mengatakan Nabi Muhammad tidak selamat dan meminta umat berselawat kepadanya, itu andaian teori kristian, tuduhan dan pembohongan paderi kristian. Sejarah membuktikan kristian sesat dari dahulu hingga sekarang bencikan Rasulullah SAW dan Islam. Dan mereka-reka cerita pembohongan terhadap Islam.


Soalan 3. Tunjukkan jalan yang benar,

Syaitan dan orang macam Yus murtad ini selalu menggoda agar semua manusia sesat , tidak mentauhidkan  Allah dan beradaa dijalan yang salah! Hari2 syaitan akan berusaha menyesatkan manusia. Maka sebab itu lah, Umat Islam berdoa agar berada dijalan yang benar. BODOHHHH!


Sudah laa tengok video 1 video 2 pun dah jelas melayu murtad ni (Yus Murtad) kaki putar alam,, kejap dia ajak bini murtad, kejap wife ajak dia murtad.. DASAR PENIPU!!!
MENDERITA LAA KO DLM NERAKA SELAMANYA BERSAMA-SAMA ORG KAFIR!


TAUBAT LAH SEBELUM TERLAMBAT!!!





VIDEO-VIDEO PENJELASAN DARI USTAZ, MUFTI DAN ULAMAK SAYA AKAN UPDATE DARI SEMASA KE SEMASA.


















Umat Islam Tidak Sembah Ka'bah. 
Ka'bah Hanyalah arah.





Allah Memerintahkan Solat Menghadap ke Arah Ka'bah





Bukti Isra Mi'raj Benar






Bukti Isra Mi'raj Benar






Solat Fardu 5 Waktu




Isnin, 6 April 2020

40 Aktiviti Anak Di Rumah Sepanjang PKP COVID-19




Dalam ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji para ibu bapa yang memanfaatkan tempoh pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah di rumah.

Beliau berkata, meskipun perkara itu tidak mudah dilalui semua pihak, namun mereka berupaya menyesuaikan diri dengan cabaran serta dugaan semasa.



40 Aktiviti berfaedah yang boleh anda lakukan bersama anak di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

1.  Solat berjemaah di rumah bersama ahli keluarga
2.  Mengaji / membaca Al-Quran
3.  Puasa sunat (Isnin dan Khamis)
4.  1 hari 1 hadis
5.  Bercerita tentang sejarah nabi
6.  Menghafal al-Quran ayat-ayat lazim
7.  Doa, zikir dan istighfar
8.  Tazkirah di rumah
9.  Azan di rumah
10. Banyakkan solat sunat seperti solat dhuha
11. Membaca buku cerita, komik atau novel
12. Kelas tambahan di rumah
13. Membuat kerja sekolah, assignment atau projek yang diberi oleh guru.
14. Menghafal sifir atau formula Matematik
15. Ikuti kuliah ilmu di Youtube
16. Memasak bersama ibu atau mencuba resipi baharu
17. Sukan dalaman (indoor)
18. Senaman ringan
19. Membuat kuih raya
20. Gotong-royong membersihkan rumah
21. Basuh kereta bersama keluarga
22. Bermain di halaman rumah
23. Lipat kain bersama bersama ahli keluarga
24. Bermain LEGO
25. Bermain pasir tiruan
27. Play Doh
28. Puzzle
29. Melukis dan Mewarna
30. Permainan board games- Mainan ini seperti sahibbah, jutaria, saidina, chess dan dam
31. Bermain permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban.
32. Buat kerja sekolah di rumah yang diberikan oleh cikgu
33. Menjawab kuiz online
34. Menonton video matapelajaran seperti channel Learning Port Interactive
35. Membaca suratkhabar
36. Belajar membaca, bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Arab
37. Reka cipta dengan bahan kitar semula
40. Bermain alat muzik



Ade lagi idea? jom kongsikan


Ahad, 5 April 2020

Health Tag Mampukah Elak COVID-19?




KUALA LUMPUR: Pemakaian kad kesihatan atau ‘health tag’ yang digantung pada leher, tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus termasuk COVID-19.

Perkara itu ditegaskan Pusat Racun Negara melalui Facebook hari ini, memetik hasil kajian oleh Hidekazu Nishimura, yang diterbitkan Jurnal Jangkitan Persekitaran Jepun pada Julai 2017.

Melalui muat naik itu, Pusat Racun Negara memaklumkan, hasil kajian bertajuk ‘Siasatan Terhadap Kegunaan Praktikal Alat Yang Mendakwa Mengeluarkan Klorin Dioksida’ mendapati tiada kesan pembasmian kuman atau virus berlaku disebabkan kad kesihatan berkenaan, serta gas dibebaskan pula sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung.

Jelasnya, hasil kajian itu menunjukkan pemakaian 'health tag' tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada, apatah lagi COVID-19.

”Klorin dioksida adalah gas yang bersifat merengsa, terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah.

“Apa yang dibimbangi adalah kepercayaan pengguna terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan.

“Akibatnya, pemakai mungkin bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan amalan penjarakkan sosial,” jelasnya lagi.

Ketika ini, tular di media sosial mengenai dakwaan yang mengatakan kad kesihatan dipercayai mampu menghalang individu yang memakainya daripada dijangkiti COVID-19, beserta beberapa gambar pemimpin yang didakwa memakai kad berkenaan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/671162/kad-kesihatan-tak-berkesan-cegah-covid-19




KUALA LUMPUR: Antah Pharma Sdn Bhd, hari ini menjelaskan produk keluarannya ‘Defend tag’, tidak pernah mendakwa ia boleh menghalang penularan COVID-19, mahupun mendakwa ia sebagai alat bagi menghalang jangkitan virus penyakit itu.

Dalam satu kenyataan malam ini, Antah Pharma berkata beberapa laporan di media sosial yang mendakwa produk itu boleh berbuat demikian, adalah salah dan mengelirukan.

Menurutnya Defend tag menggunakan teknologi inovatif yang digabungkan dengan keberkesanan klorin dioksida terbukti sebagai agen antimikrobial, menjadikannya berkesan terhadap banyak virus dan bakteria yang diketahui.

“Walaupun Defend tag direka untuk memberikan perlindungan tambahan terhadap mikrob bawaan udara, namun ia bukan pengganti kepada penjagaan kebersihan diri yang baik seperti membasuh tangan dengan sabun dan air, menggunakan pensanitasi dan penutup mulut dan hidung, apabila perlu.

“Oleh kerana COVID-19 adalah coronavirus, saintis di seluruh dunia masih menjalankan penyelidikan yang luas untuk memahami ciri-ciri virus itu.

Setiap individu disaran mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri yang dan jarakan sosial,” tambahnya. - BERNAMA




KUALA LUMPUR, April 1 — Antah Pharma Sdn Bhd, the company behind a “health tag” which some falsely believe could prevent the spread of Covid-19 infection, has today denied ever making such a claim.

In a statement, it said the Antah Wellness “Defend” tag is no substitute for good personal hygiene and social distancing, and recommended users to adhere to the guidelines prescribed by our Ministry of Health (MOH) and the World Health Organisation (WHO).

“Antah Pharma would like to clarify that our product, Defend Tag DOES NOT claim to prevent the spread of Covid-19 nor is it a preventive device against potential contraction of Covid-19.

“Reports on social media that claim otherwise are misleading and untrue,” it said in a statement.

It said the tag contains 5g of sodium chlorite in a sachet that releases standardised chlorine dioxide gas, which it claimed is an anti-microbial agent.

Commenting on the use of the tag, the Health Director-General Datuk Dr Noor Hisham Abdullah said earlier this week that the public should instead refer to the ministry amid the deluge of products and substances that are being peddled as cures to the pandemic.

This comes as MOH’s National Poison Centre also discredited the claim, saying the chlorine dioxide gas that is purportedly emitted by the tag is hardly noticeable.

Citing a study in the Japanese Journal of Environmental Infections, the centre said the gas trace has no effect in killing neither bacteria nor virus, let alone Covid-19.

It also pointed out that chlorine dioxide is a gas that can cause inflammation to the respiratory tract.

“What is worrying is the users’ trust in this product, which will cause them to feel safe and protected from the infection,” it said, adding that this will subsequently lead to them to be less cautious and do not abide by hygienic practises such as washing their hands.

The “health tag”, which among others is marketed as “Antah Wellness Defend Healthtag” or “Virus Shut Out”, are sold even at local pharmacy such as Watsons for RM59.90, and online marketplace such as Lazada and Shoppee.

Several social media posts have also alleged that the country’s top leaders are among its users, and have been pictured in public wearing them.

Formed in 1984, Antah Pharma Sdn Bhd distributes prescription drugs, proprietary drugs, and toiletries.

It is owned by Antah Healthcare Group, one of the country’s largest and oldest healthcare marketing and distribution companies.

Sumber: https://malaysia.news.yahoo.com/debunking-makers-health-tag-denies-132806270.html

Rabu, 1 April 2020

Covid-19: BSN terima peruntukan RM700 juta bantu usahawan mikro



Bank Simpanan Nasional (BSN) menerima peruntukan sebanyak RM700 juta daripada kerajaan untuk mengendalikan pinjaman atau kewangan kepada usahawan mikro yang terjejas akibat wabak koronavirus (Covid-19) melalui BSN Micro/i Kredit Prihatin.


Ketua Pegawai Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani berkata, pembiayaan itu menawarkan kadar sebanyak dua peratus tanpa cagaran kepada semua usahawan mikro dalam pelbagai segmen dengan syarat kelayakan pinjaman minimum enam bulan operasi berbanding syarat kelayakan sebelumnya iaitu setahun.

Beliau berkata, bagi memudahkan usahawan mikro meneruskan perniagaan mereka, amaun pembiayaan turut ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan dengan tempoh pinjaman/pembiayaan antara 1 hingga 5.5 tahun.

"Bagi usahawan yang memohon BSN Micro/i Kredit Prihatin turut diberi moratorium enam bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan.

"Dalam pada itu, kadar serendah 3.5 peratus sehingga 4.00 peratus juga ditawarkan kepada pelanggan bagi produk dan pembiayaan sedia ada seperti Kemudahan Bantuan Khas (SRF), Kemudahan Agro Makanan (AF) serta Kemudahan Automasi dan Pendigitilan (ADF)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Yunos berkata, peranan BSN itu adalah sebagai menyokong inisiatif dan keprihatinan kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang terjejas oleh wabak Covid-19 melalui beberapa pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan baru-baru ini.

Menurutnya, pakej rangsangan itu yang amat signifikan dalam membantu merangsang ekonomi seperti yang diharapkan kerajaan juga dinanti-nantikan oleh semua terutamanya usahawan mikro, kecil dan sederhana untuk membantu memudahkan aliran tunai dan meneruskan perniagaan mereka.

“Meskipun pelbagai inisiatif telah kami tawarkan seperti di atas, BSN juga mengumumkan bantuan moratorium secara automatik untuk semua pinjaman dan pelanggan yang memenuhi syarat tanpa kompaun faedah untuk pinjaman konvensional sedia ada.

"Kami berharap agar bantuan yang BSN tawarkan ini dapat meringankan beban dan membantu rakyat Malaysia dalam waktu yang sukar ini,” katanya.

Bagi maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900.

Wanita bertukar 'shrek' akibat krim tiruan



Seorang wanita terkejut setelah kulit badannya bertukar warna hijau selepas menggunakan krim menggelapkan kulit dipercayai tiruan di bandar Wythenshawe, England.


Jenni Coleman, 35, mendakwa telah menggunakan krim itu di seluruh badannya dari kepala hingga kaki tanpa meragui ketulenan barangan tersebut, lapor The Sun.

Keesokan harinya, dia menangis apabila melihat dirinya pada cermin bilik mandi dan menyedari dirinya bertukar warna hijau.

Jenni berkata, dia tidak pasti apa yang menyebabkan kejadian itu berlaku dan mungkin dari penggunaan krim tersebut.

"Saya tak pasti bagaimana berlaku, saya lihat botol itu dan ternyata ia tiruan, palsu.

"Saya tinggal bersama anak perempuan Leah, 17, dan Emily, 14, dan berkali-kali mandi, malah menggunakan krim 'exfoliant' dalam usaha menghilangkan warna tersebut," katanya.

Katanya, rakan-rakannya turut mengusiknya dengan memberitahu dia seakan ahli sihir.