Sabtu, 30 November 2013

Sikat Plastik Punca Kepala Botak

Sikat plastik menyebabkan rambut rosak

Rambut gugur, kepala botak adalah salah satu yang tidak disukai oleh sesiapa saja. Baik lelaki, apa tah lagi perempuan. Semuanya ingin memiliki rambut yang lebat dan ikal.

Faktor rambut mudah gugur atau botak mungkin adalah disebabkan beberapa faktor, seperti;

  • Ketidakseimbangan hormon
  • Stres
  • Kekurangan vitamin 
  • Masalah kelemumur
  • Kulit kepala berminyak
  • Mewarnakan rambut, melunturkannya, rebonding, atau perming


Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui bahawa salah satu punca rambut anda gugur adalah disebabkan sikat yang anda guna.

Adakah anda masih ingat experiment di makmal sains sewaktu dibangku sekolah dulu?
Dimana apabila pembaris plastik digosok pada kain bulu dan diletakkan dekat dengan satu aliran air yang kecil. Aliran air tersebut membengkok ke arah pembaris tersebut. Ingat?


Rambut mudah gugur jika anda menggunakan sikat yang diperbuat daripada plastik. Sikat plastik mempunyai tarikan elastik. Pergeseran antara rambut dan sikat akan menghasilkan cas elektrostatik yang akan menyebabkan rambut anda mengerbang dan terbelah serta rosak.

Jadi, apakah yang perlu diguna untuk menyikat rambut?

Ada mengatakan dalam beberapa hadis bahawa, Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan sikat yang diperbuat daripada gading gajah

aduhai... mana pula nak cari gading gajah? tak pasal-pasal kena saman dengan Kastam dan CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Yang Terancam).

Sikat Tanduk (Guasa)


Sikat tanduk telah digunakan sejak ribuan tahun yang lalu. Di dalam kitab perubatan Tradisional Melayu "Tajul Muluk" menyatakan sikat tanduk memberi manfaat kesihatan untuk rambut,kulit kepala dan keseluruhan tubuh badan.

Tanduk yang biasa dijadikan sikat adalah tanduk kerbau dan tanduk seladang.

Antara kelebihan menggunakan tanduk kerbau ialah;
  • Menghilangkan kelemumur dan gatal kepala.
  • Elakkan rambut berbuah, kutu rambut dan rambut kusut
  • Melegakan tekanan (Stress)
  • Melegakan sakit kepala ( migrain )
  • Melambatkan pertumbuhan Uban
  • Melancarkan perjalanan darah.
  • Membuang toksin dari pori-pori darah kulit kepala.
  • Menyejuk dan menyegarkan kulit kepala dari haba panas yang terkumpul di kepala.
  • Tanduk bercas neutral. 
  • Imun pada cas elektrostatik.
  • Boleh digunakan untuk lain-lain kegunaan urutan dan untuk menegangkan payu dara (dengan urutan tanduk)
____________________________________________________________________________

Tips Elak Rambut Gugur

Jus Herba
Kisarkan bawang putih, bawang merah atau halia. Kemudian lumurkan pada rambut anda dan biarkan semalaman. Cuci dengan bersih pada keesokan paginya. Tip ini mungkin dilihat agak pelik, tetapi ia berhasil. 

Urutan kepala 
Mengurut kepala boleh membantu melancarkan peredaran darah ke seluruh kepala. Peredaran darah yang lancer membolehkan folikel rambut menjadi aktif. Jadi, jangan berkira untuk pergi berurut. 

Antioksida 
Antioksida boleh didapati daripada teh, buah epal atau kopi. Sapukan rendaman salah satu bahan tersebut dan lumurkan ke kulit kepala selama satu jam sebelum dibilas. Antioksida meghalang keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut agar lebih lebat. 

Rawatan minyak panas 
Ambil mana-mana minyak seperti minyak zaitun, atau kelapa dan panaskan. Biarkan ia suam seketika kemudian urutkan secara perlahan-lahan di kepala. Pakai topi mandian dan biarkan selama sejam. Kemudian bilas menggunakan syampu dan air suam. 

Tidur secukupnya 
Salah satu punca rambut gugur adalah daripada tekanan dan ketegangan yang di hadapi oleh anda. Amalkan rehat secukupnya dan masalah ini dapat dikurangkan. Pastikan anda mendapat tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. 

____________________________________________________________________________


Sunnah Sikat Rambut

  • Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.
  • Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.
  • Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.
  • Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.




Selasa, 19 November 2013

Misteri Kehilangan Remaja di Villa Nabila


Villa Nabila: Hanya seorang gagal pulang

18 November 2013
JOHOR BAHRU - Bagaikan pesta keramaian, sebuah banglo tinggal di Jalan Skudai, di sini, dikerumuni orang ramai setelah tersebar berita yang mendakwa sekumpulan 30 remaja dilaporkan hilang selepas memasuki rumah agam itu, awal pagi kelmarin.

Tujuh daripada mereka didakwa ditemui, manakala baki 23 lagi masih hilang.

Peristiwa pelik ini dikaitkan dengan fenomena paranormal di kediaman dikenali Villa Nabila.

Ia sudah menjadi viral di laman sosial dalam pelbagai versi, sekali gus mengundang rasa ingin tahu dalam kalangan penduduk sekitar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, bagaimanapun, menafikan dakwaan kehilangan sekumpulan remaja berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun dari Majidee, di sini, yang mengatakan anaknya gagal pulang ke rumah, sejak Sabtu lalu.

Menurutnya, pengadu itu menyatakan pada Sabtu lalu, jam 3.30 petang, anak lelakinya, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, keluar bersama rakan ke bandar raya ini.

Selepas mendapati anaknya itu belum pulang, wanita tersebut bertindak menghubungi rakan anaknya.

“Pada Ahad, kira-kira jam 7.30 malam, ibu remaja itu dihubungi seorang kenalan anaknya yang memberitahu remaja itu bersama rakan-rakannya telah masuk ke Villa Nabila,” katanya.

Abdul Samad berkata, gerakan mencari dilancarkan, melibatkan anggota polis, bomba dan penyelamat serta Unit Pengesan Anjing (K9), tetapi mereka gagal menemui sesiapa pun di kawasan itu.

Mengulas pelbagai spekulasi dan versi cerita berkaitan di laman sosial, Abdul Samad menegaskan, individu terlibat diminta tidak menyebarkan berita yang tidak dapat dipastikan kesahihan sumber dan orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai ia secara melulu.

“Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah mendatangkan kegusaran dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Usaha mendapatkan ibu Mohamad Izzat gagal kerana dia difahamkan enggan ditemu bual sebaik keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, kira-kira jam 2.30 petang, semalam.


Pelbagai versi kehilangan


Sementara itu, Sinar Harian berkesempatan mendapatkan dua daripada tujuh remaja yang dikatakan berjaya keluar dari villa yang ditinggalkan hampir 70 tahun lalu.

Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, berkata, dia menyertai rakan lain memasuki villa itu pada jam 12.30 tengah malam (hari Sabtu malam Ahad) untuk melepak.

Menurutnya, ketika di villa itu, beberapa rakan diserang histeria dan mereka bergegas turun kira-kira 20 minit kemudian.



“Kami seramai 30 orang sempat berkumpul dan bersama-sama ke Masjid Kolam Air, untuk mendapatkan bantuan, kemudian bersurai,” katanya.

Dia berkata, dia tidak kenal mangsa yang dilaporkan hilang.

Junaizi Rafifi Jamaluddin, 13, berkata, ada dua kumpulan ke villa itu pada malam tersebut.

Jelasnya, dia bersama lapan orang lagi berkumpul di luar dan ketika itu satu kumpulan lain sudah pun masuk.

“Kami masuk sekitar jam 12.30 tengah malam, untuk merakam video (tentang) apa yang ada di kawasan itu sebelum salah seorang rakan perempuan jatuh dan dirasuk.

“Selepas itu, kami semua keluar dan dimaklumkan ada rakan lelaki yang keciciran, tapi saya tak pasti (siapa),” katanya.


Villa Nabila lokasi misteri


Kawasan Villa Nabila yang terletak di atas bukit berkeluasan lebih kurang empat padang bola, mempunyai tiga rumah tinggal, dikelilingi hutan dan belukar serta muka bumi cerun.

Ia disenaraikan sebagai lokasi misteri berdasarkan satu kes pembunuhan yang berlaku 70 tahun lalu di sebuah daripada villa itu.

Kisah pembunuhan itu dikatakan menghantui setengah penduduk.

Barangkali disebabkan itu kawasan tersebut ditinggalkan meskipun kedudukannya strategik, iaitu menghadap Selat Tebrau.

Pesara tentera, Subhi Saad, 52, berkata, dia pernah pergi ke kawasan itu bersama rakannya, tiga tahun lalu dan percaya tempat itu ada kaitan dengan fenomena paranormal.

“Saya naik hingga ke tingkat tiga untuk meninjau, tapi tak jumpa sebarang perkara pelik.

“Cuma, ketika turun anak tangga, saya dan rakan terbau sesuatu yang sangat harum. Teringat pesan orang tua, kita tidak perlu menegur.

Saya dan rakan pun keluar tanpa mencari punca bau itu,” katanya.


Orang ramai teruja tinjau lokasi



Misteri kehilangan remaja itu yang menjadi topik hangat di laman sosial, mencetuskan perasaan ingin tahu masyarakat sekitar.

Berita itu yang mula tersebar sejak awal pagi semalam, semakin hangat diperkatakan sehingga mencetuskan kesesakan.

Jalan Skudai, yang menjadi laluan utama ke pusat bandar raya Johor Bahru dan ke Villa Nabila sesak dengan orang ramai yang mahu tahu apa yang berlaku di lokasi itu.

Tindakan setengah pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan dan meletakkan kenderaan di sisi jalan memburukkan lagi keadaan kesesakan.

Tinjauan jam 3 petang semalam, masih ramai berdiri dan masuk ke kawasan villa itu, meskipun polis memasang pita melarang orang awam masuk.
Sumber: Sinar Harian


Remaja hilang di Villa Nabila ditemui bersama teman wanita


19 November 2013
JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Shariff mengesahkan remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang kononnya disorokkan di Villa Nabila ditemui bersama teman wanitanya di Desa Mutiara pada jam 12 tengah malam tadi.

Sehubungan itu beliau berkata orang ramai dinasihatkan menghentikan khabar angin mengenai villa berkenaan kerana menganggu tugasan polis.

Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui dalam keadaan selamat.

Ibunya, Norhayati Mohamad,38, berkata, keluarganya akan membawa remaja berkenaan untuk berubat secara tradisional.

"Dia menyatakan lupa jalan untuk pulang ke rumah seolah-olah ada individu yang membawanya ke suatu lokasi.

"Kemudian dia dibantu seorang lelaki yang memberi perlindungan di rumahnya," katanya ketika dihubungi pagi tadi.

Sumber: Metro


Video Dirasuk Penunggu Villa Nabila





Jumaat, 15 November 2013

Playstation 4 masuk Pasaran Malaysia



Harga rasmi dan tarikh pelancaran konsol PS4 di Malaysia. Berita baik buat peminat games PlayStation kerana Syarikat gergasi elektronik Jepun Sony itu mengumumkan kelmarin bahawa Playstation 4 akan menjengah di pasaran Malaysia mulai 20 Disember ini.


Menurut sumber, PlayStation 4 ini barangkali dapat mencipta fenomena dan impak kerana dikatakan lebih dua belas kali ganda hebat daripada PlaySation 3 dengan penambahan serta pembaharuan spefikasi, termasuk kebolehan Remote Play dengan menggunakan PS Vita TV, bersama alat kawalan baru.

Selain dipasarkan di Malaysia, Sony juga turut memasarkan PlayStation 4 di negara jiran Singapura. Kepada para pembeli bolehlah membuat tempahan awal mulai 15 November 2013 sehingga 13 Disember 2013 menerusi laman web Sony Store Online dan daripada wakil penjual terpilih seperti Focus Stores.

Pembeli terawal untuk set bundle juga berpeluang untuk menerima sistem PS4 berserta langganan PlayStation Plus percuma selama 2 bulan dan PSN Money Voucher sebanyak RM20.

Sebanyak 23 judul permainan disertai oleh konsol PlayStation 4 ini seperti Watch Dogs, Dynasty Warrior 8 Extreme Legends, MineCraft, Assasin's Creed VI Black Flag, Drive Club, Kill Zone, Shadow Fall Knack, Need for Speed Rivals, dan juga Battlefield 4.

Malah, Sony turut memaklumkan bahawa mereka akan terus bekerjasama dengan pembikin kandungan permainan untuk judul-judul yang lebih menarik pada masa hadapan. Harga permulaan PlaySation 4 boleh didapati serendah RM1,799.

Akesesori lain yang diumumkan Sony semalam ialah alat kawalan DualShock 4 (RM 249), Pengecas DS4 (RM 119), Kamera Playstation ( RM 249) dan ‘stand; menegak (RM 99)

Selain itu, sebanyak 20 permainan terbaik akan dilancarkan pada tarikh yang sama dan tempahan awal bagi PS4 ini akan bermula 15 Novemver sehingga 13 Disember di kedai Sony KLCC, The Curve, Sony Store Online dan beberapa kedai Sony Focus. -yahoo.com/news


Selasa, 12 November 2013

10 Tips Mudah Hamil


Kehamilan dan mendapatkan keturunan merupakan sebuah harapan yang besar bagai pasangan suami isteri, khususnya bagi mereka yang baru saja melangsungkan perkahwinan. Hadirnya cahaya mata dalam kehidupan berkeluarga akan melengkapkan suasana harmoni sesebuah perkahwinan.

Namun ada kalanya , impian untuk mendapatkan zuriat gagal dalam sesebuah perkahwinan. Stress dan putus asa banyak dihadapi pasangan suami isteri yang telah lama menanti cahaya mata.

Menurut kaedah perubatan, faktor penyebab ketidaksuburan wanita berkaitan dengan masalah berkaitan ovulasi (penghasilan telur) dan saluran fallopio yang tersumbat. Kebiasaannya punca seseorang wanita itu gagal hamil adalah atas beberapa sebab seperti;

1. Masalah ovulasi
Obesiti dan sindrom polycystic ovarian yang menyebabkan hormon tidak seimbang selain penyakit kronik dan pembedahan pada ovari.


2. Saluran fallopio tersumbat atau rosak
Disebabkan endometriosis, jangkitan penyakit kelamin (STD) atau pembedahan pelvis sebelumnya.


3. Lelaki juga boleh menjadi punca
Jumlah dan kualiti sperma yang kurang. Punca utamanya merokok dan obesiti.


4. Punca lain
Masalah hormon, demam campak, kecederaan dan terdedah kepada bahan kimia dan radiasi juga menyumbang kepada masalah sperma.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh dilakukan bagi pasangan suami isteri agar cepat hamil:

1. Mengambil Vitamin:-
Untuk cepat hamil, pengambilan vitamin atau pun jenis makanan mengandungi bahan-bahan diperlukan untuk kesuburan sangatlah penting untuk anda dan pasangan. Vitamin C, salah satunya, dapat meningkatkan kualiti sperma. Mengambil 1000 mg dan 10 mcg vitamin D atau Vitamin E boleh meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Dan wanita yang mengambil asid folik mempunyai peluang hamil yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Asid folik juga berperanan penting dalam pembentukan tabung otak janin kelak.

2. Melakukan Hubungan Seksual Waktu Subur :-
Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan iaitu pada waktu isteri subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh isteri. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

3. Melakukan Hubungan Seksual Dengan Kerap:-
Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada isteri yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan pada " waktu subur". Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

4. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-
Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang isteri mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.

5. Posisi Hubungan Seksual:-
Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama. Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.

Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi isteri di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

6. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Kerana sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

7. Buat Para Suami:-
Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

8. Relaks:-
Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

9. Jaga Kesihatan Anda:-
Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa isteri yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.

10. Berdoa Kepada Yang Maha Kuasa:-
Manusia hanyalah boleh merancang dan berusaha, sedangkan yang menentukan semuanya tentulah Allah. Oleh kerana itu lengkapi usaha anda dengan berdoa kepada-Nya, agar diberkati dikurniakan cahaya mata. Doa begitu kuat, yang mampu mewujudkan sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin. Jadi, segeralah mengambil wuduk dan berdoalah.

Berikut adalah doa cepat hamil dan mendapat zuriat yang soleh;

Doa Nabi  Zakaria a.s Memohon Diberi Anak yang Soleh

Surah Al-Furqaan: Ayat 74
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Surah Ali Imran: Ayat 38


 Doa Nabi Ibrahim a.s

Surah Al-Saffat: Ayat 100

Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.

Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak. Apa yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.



Selamat menimang cahaya mata...



Khamis, 7 November 2013

Tips menjimatkan dan mengurangkan bil elektrik


Amalkan langkah mudah di bawah ini untuk anda mula menjimatkan elektrik lantas akan mengurangkan bil elektrik anda setiap bulan.


1. Lakukan pengauditan tenaga elektrik di rumah. Ini boleh dilakukan dengan memeriksa pengunaan peralatan elektrik yang menggunakan banyak tenaga elektrik. Bil elektrik hendaklah konsisten dengan penggunaan peralatan elektrik.

2. Matikan suis dan tanggalkan palam (plug) apabila peralatan elektrik tidak digunakan.

3. Matikan suis lampu, kipas dan hawa dingin apabila tiada sesiapa di dalam bilik.

4. Bertukar kepada lampu jenis fluoresen (jimat tenaga) untuk pencahayaan dalaman.

5. PETI SEJUK - Elakkan daripada membuka pintu sejuk dengan kerap kerana 30%  udara sejuk akan keluar setiap kali pintu dibuka.

6. PENDINGIN HAWA - Tetapkan suhu pendingin hawa kepada 23 – 26 darjah C.

7. Beli pendingin hawa yang sesuai dengan saiz bilik kerana ia akan membantu mengelakkan pembaziran tenaga.

8. MESIN BASUH - Jika anda kerap menggunakan mesin basuh,dicadangkan membeli mesin basuh jenis muatan hadapan.

9. KOMPUTER - Elakkan penggunaan ‘screen saver’ dan matikan suis monitor jika tidak digunakan.

10. SETERIKA - Setiap kali menggosokkan pakaian, hendaklah dalam jumlah yang banyak.


Ini adalah beberapa langkah yang dianjurkan oleh pihak FOMCA untuk mengurangkan bil elektrik kita.
Selain itu beberapa perkara juga perlu diambil perhatian semasa menggunakan elektrik supaya berkesan dan menjimatkan. Di antaranya ialah :


i. Cara pemasangan yang baik

  • Pastikan cara pemasangan elektrik mengikut piawaian yang diperakui agensi bertanggungjawab seperti Sirim dan Suruhanjaya Tenaga. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya “ketirisan” elektrik yang menyebabkan litar pintas. 


  • Pastikan kontraktur yang memasang pendawaiaan elektrik mempunyai lesen sah bagi memudahkan kita membuat sebarang tuntutan jika berlaku sebarang kecelakaan. Jangan lakukan sebarang penyambungan tambahan tidak sah bagi mengelakkan sebarang tragedi atau kecelakaan. 


  • Lakukan cara pemasangan berpusat kerana ianya berfungsi mengawal serta mengatur penggunaan elektrik jika tidak digunakan. 



ii. Pengunaan Peralatan elektrik secara bijak dan berkhemah

  • Pastikan pengunaan elektrik secara am, iaitu menutup semua lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan termasuk menanggalkan soket. 
  •  Benarkan pengaliran udara semulajadi kedalam rumah bagi menyejukkan ruang. 
  •  Amalkan penggunaan tenaga cekap ketika menggunakan peralatan elektrik serta sering memeriksa kadar penggunaan tenaga pada peralatan. 



iii. Sumber Tenaga Alternatif

  • Menggunakan tenaga solar kerana ia sangat baik bagi menyediakan tenaga elektrik dirumah dan sepatutnya ia amatlah digalakkan. 


  • Tenaga solar yang digunakan juga dikenali sebagai Photovoltanic (P.V). 


  • Biasanya hanya membabitkan projek perumahan mewah dan kini telah dibangunkan untuk penggunaan rumah2 panjang di sekitar negeri Sarawak. 


  • Tenaga solar adalah bercirikan kediaman mesra alam. 



Bekalan elektrik ialah merupakan keperluan pada kita semua. Mahu tak mahu kita akan menggunakan elektrik. Jadi bagaimana pun kita tahu kaedah menjimatkan elektrik tetapi jika kita ada disiplin dan azam yang kuat maka semua pengetahuan kita akan sia-sia dan tidak berguna. Selain dapat menjimatkan elektrik, kita juga sebenarnya menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar melalui pengurangan penggunaan bahan bakar untuk menjanakan bekalan elektrik.



Selasa, 5 November 2013

Khasiat mutiara untuk kulit


Mutiara tidak hanya sekadar batu alam yang dapat diolah menjadi perhiasan cantik seperti yang terdapat pada gelang, kalung, bros, cincin dan lain-lain. Namun, banyak manfaat atau khasiat yang terkandung di sebalik batu alam tersebut (mutiara). Mutiara juga boleh bermanfaat untuk merawat kecantikan serta membantu dalam rawatan.

Khasiat mutiara bagi kulit merupakan kisah leluhur dari generai ke generasi kerajaan di China. Sekurang-kurangnya sudah berjalan selama 400 tahun dan hingga kini masih dipercayai.

Tradisi mutiara ini dikenali sebagai kekayaan khazanah Asia Timur. Seperti dilansir The Beauty Pot , rahsia kecantikan kulit wanita dari kawasan tersebut lantaran menggunakan bedak mutiara untuk meremajakan kulit.

Selain itu, kandungan zat yang diambil dari mutiara itu berkesan membuat kulit makin cerah bercahaya. " Namun harus dicampur dengan kandungan herba lain ," ungkap tulisan tersebut .

Hasil kajian sebuah institusi di Perancis , kandungan terpenting yang ada dalam permata adalah protein dan pelbagai elemen makronya . Bermula dari ekstrak inilah yang kemudian digunakan sebagai bahan rawatan untuk anti- penuaan dan remineralisasi kulit.

Sejarah Asia Timur mencatat, amalan penggunaan bahan-bahan mentah dari kandungan yang terdapat dalam mutiara untuk kecantikan kulit itu dilakukan sejak zaman Dinasti Tang di China. Keluarga kerajaan memanfaatkannya berbentuk krim dari mutiara dan dibasuh ke wajah. Hal itu dilakukan demi melindungi penuaan di wajah serta kecantikan kulit.

Ekstrak elemen makro dalam mutiara , rupanya sarat dengan asid amino dan kalsium. Selain itu, ada kandungan magnesium dan silikon. Intinya adalah mineral alam, sehingga mampu merawat dan mencegah kulit dari penuaan.

Selain itu , kandungan mutiara juga mampu membersihkan toksi dari tubuh. Dengan begitu, kulit menjad lebih sihat, bukan sekadar putih.

Para penyelidik di SpecialChem , syarikat teknologi di bidang kimia mendapati bahawa kandungan yang ada pada mutiara memberikan dorongan aktiviti metabolik genetik dalam sel. Dengan begitu, proses meremajakan pada kulit boleh sangat cepat terjadi lantaran ada rangsangan dari bahan dasar mutiara.


Isnin, 4 November 2013

Jana Wang dengan App Smartphone



Menurut SinarHarian penggunaan telefon bimbit di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di Asia Pasifik serta melebihi negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah, menurut laporan terbaru firma kajian pengguna Nielsen. Ramai pelanggan ini menggunakan aplikasi smartphone setiap hari contohnya game AngryBirds dan CandyCrush.


Dalam artikel ini saya akan menerangkan bagaimana untuk memulakan Play kedai perniagaan anda sendiri Google aplikasi. Bagaimana untuk menyertai Google Play sebagai 'developer'. Bagaimana untuk mewujudkan aplikasi dengan perisian berbayar atau percuma. Bagaimana cara upload aplikasi anda ke Akaun Google Play app store anda. Anda juga akan diberitahu bagaimana untuk mendapatkan wang daripada aplikasi anda dan mendapatkan dibayar. Akhir sekali, saya akan menerangkan satu lagi cara anda boleh membuat wang dengan Google Play app store.


Cara mendaftar sebagai Developer di Google Play Store

Untuk menyertai Google Play Store sebagai Developer adalah mudah. Anda hanya perlu ke laman web yang disenaraikan di sini https://support.google.com/googleplay/android-developer/answer/113468?hl=en
Laman tersebut adalah halaman pendaftaran Play Store Google. Anda mengisi semua maklumat yang diperlukan dan membayar yuran sekali sahaja sebanyak $ 25.


Cara Membina Aplikasi Smartphone

Terdapat beberapa laman yang menawarkan pembinaan perisian smartphone. Antaranya adalah seperti;


Seattle Clouds
http://www.seattleclouds.com/

Apps Moment- White Label Version of Seattle Clouds
http://appsmoment.com/

Skybuilder
http://skybuilder.net

Green Apps Moment
http://greenappmachine.com/

Laman-laman tersebut akan mengenakan bayaran sekitar $ 20 hingga $ 30.

Walaubagaimanapun terdapat juga versi percuma iaitu;

http://www.appsgeyser.com/

http://www.freeandroidappmaker.com/



Cara menjana wang dari Aplikasi anda.

Cara pertama untuk mendapatkan wang daripada aplikasi anda adalah dengan menetapkan harga bagi setiap pelanggan yang ingin muat turun (download) aplikasi tersebut. Contohnya RM 0.99  atau RM5 bagi setiap aplikasi yang ingin dimuat turun.

Satu lagi cara untuk membuat wang dengan aplikasi anda adalah memberi mereka secara percuma untuk dimuat turunkan dan anda meletakkan iklan di dalam aplikasi tersebut. Wang akan dibayar kepada anda apabila seseorang menggunakan aplikasi anda dan melihat iklan yang tertera setiap kali dia menggunakan aplikasi anda. Konsepnya sama seperti seorang blogger memasang kod iklan nuffnang dan adsense. Antara laman pengiklanan yang boleh anda sertai adalah;




Semoga berjaya Jana Wang dengan App Smartphone anda di Google Play.


Sabtu, 2 November 2013

Spa Urut Ular Kurangkan Tekanan (Stress)

Pergerakan ular dan adrenalin yang dicetuskan oleh rasa takut 
dikatakan mempunyai kesan positif pada metabolisme pelanggan

SPA Ular ? Sebuah pusat kecantikan, Bali Heritage Reflexology and Spa di sini, menawarkan rawatan unik kepada pelanggan dengan urutan ular sawa.

Spa ular sawa ini, menawarkan rawatan unik dengan meletakkan beberapa ekor ular sawa di atas badan pelanggan.

" Urutan ular" dikatakan untuk mengurangkan tekanan. Spa itu mendakwa bahawa pergerakan ular dan adrenalin yang dicetuskan oleh rasa takut mempunyai kesan positif pada sistem metabolisme pelanggan, mengikut CBS News.


Apabila berhadapan dengan keadaan tertekan , badan mengeluarkan hormon adrenalin , kadar jantung meningkat, menaikkan tekanan darah dan meningkatkan bekalan tenaga.


Urutan ular semakin popular di bahagian-bahagian lain di dunia. Sebuah spa kesihatan dan kecantikan di Israel mengenakan pelanggan $ 70 untuk peluang untuk mempunyai enam ular tidak berbisa menyelinap cara mereka di seluruh sakit otot dan sendi , menurut NBC News. Spa tuntutan pelanggan mencari hubungan fizikal dengan ular untuk menenangkan.

Urutan Ular dikatakan mampu mengurangkan stress

Video Spa Urut Ular



Baca juga:
SPA Ikan
SPA Siput