Sabtu, 30 November 2013

Sikat Plastik Punca Kepala Botak

Sikat plastik menyebabkan rambut rosak

Rambut gugur, kepala botak adalah salah satu yang tidak disukai oleh sesiapa saja. Baik lelaki, apa tah lagi perempuan. Semuanya ingin memiliki rambut yang lebat dan ikal.

Faktor rambut mudah gugur atau botak mungkin adalah disebabkan beberapa faktor, seperti;

  • Ketidakseimbangan hormon
  • Stres
  • Kekurangan vitamin 
  • Masalah kelemumur
  • Kulit kepala berminyak
  • Mewarnakan rambut, melunturkannya, rebonding, atau perming


Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui bahawa salah satu punca rambut anda gugur adalah disebabkan sikat yang anda guna.

Adakah anda masih ingat experiment di makmal sains sewaktu dibangku sekolah dulu?
Dimana apabila pembaris plastik digosok pada kain bulu dan diletakkan dekat dengan satu aliran air yang kecil. Aliran air tersebut membengkok ke arah pembaris tersebut. Ingat?


Rambut mudah gugur jika anda menggunakan sikat yang diperbuat daripada plastik. Sikat plastik mempunyai tarikan elastik. Pergeseran antara rambut dan sikat akan menghasilkan cas elektrostatik yang akan menyebabkan rambut anda mengerbang dan terbelah serta rosak.

Jadi, apakah yang perlu diguna untuk menyikat rambut?

Ada mengatakan dalam beberapa hadis bahawa, Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan sikat yang diperbuat daripada gading gajah

aduhai... mana pula nak cari gading gajah? tak pasal-pasal kena saman dengan Kastam dan CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Yang Terancam).

Sikat Tanduk (Guasa)


Sikat tanduk telah digunakan sejak ribuan tahun yang lalu. Di dalam kitab perubatan Tradisional Melayu "Tajul Muluk" menyatakan sikat tanduk memberi manfaat kesihatan untuk rambut,kulit kepala dan keseluruhan tubuh badan.

Tanduk yang biasa dijadikan sikat adalah tanduk kerbau dan tanduk seladang.

Antara kelebihan menggunakan tanduk kerbau ialah;
  • Menghilangkan kelemumur dan gatal kepala.
  • Elakkan rambut berbuah, kutu rambut dan rambut kusut
  • Melegakan tekanan (Stress)
  • Melegakan sakit kepala ( migrain )
  • Melambatkan pertumbuhan Uban
  • Melancarkan perjalanan darah.
  • Membuang toksin dari pori-pori darah kulit kepala.
  • Menyejuk dan menyegarkan kulit kepala dari haba panas yang terkumpul di kepala.
  • Tanduk bercas neutral. 
  • Imun pada cas elektrostatik.
  • Boleh digunakan untuk lain-lain kegunaan urutan dan untuk menegangkan payu dara (dengan urutan tanduk)
____________________________________________________________________________

Tips Elak Rambut Gugur

Jus Herba
Kisarkan bawang putih, bawang merah atau halia. Kemudian lumurkan pada rambut anda dan biarkan semalaman. Cuci dengan bersih pada keesokan paginya. Tip ini mungkin dilihat agak pelik, tetapi ia berhasil. 

Urutan kepala 
Mengurut kepala boleh membantu melancarkan peredaran darah ke seluruh kepala. Peredaran darah yang lancer membolehkan folikel rambut menjadi aktif. Jadi, jangan berkira untuk pergi berurut. 

Antioksida 
Antioksida boleh didapati daripada teh, buah epal atau kopi. Sapukan rendaman salah satu bahan tersebut dan lumurkan ke kulit kepala selama satu jam sebelum dibilas. Antioksida meghalang keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut agar lebih lebat. 

Rawatan minyak panas 
Ambil mana-mana minyak seperti minyak zaitun, atau kelapa dan panaskan. Biarkan ia suam seketika kemudian urutkan secara perlahan-lahan di kepala. Pakai topi mandian dan biarkan selama sejam. Kemudian bilas menggunakan syampu dan air suam. 

Tidur secukupnya 
Salah satu punca rambut gugur adalah daripada tekanan dan ketegangan yang di hadapi oleh anda. Amalkan rehat secukupnya dan masalah ini dapat dikurangkan. Pastikan anda mendapat tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. 

____________________________________________________________________________


Sunnah Sikat Rambut

  • Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.
  • Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.
  • Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.
  • Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan