Laman Perkongsian Ilmu tentang Ceramah agama, ebook, software, gambar pelik, gambar kelakar, info kesihatan, ilmu komputer, seo, tip, tutorial, movie dan forex, semuanya percuma untuk muat turun.
Khamis, 9 Mei 2013
Tips memilih tablet yang terbaik
Pergerakan dunia yang seiring perkembangan teknologi pesat memungkinkan kebanyakan anggota masyarakat memiliki pelbagai gajet khususnya tablet, malah ramai percaya gajet itu sebagai tanda pendedahan yang luas penggunaan perkakasan teknologi masa kini.
Ramai yang obses kepada tablet dan tidak mahu ketinggalan memilikinya manakala beberapa pembuat tablet cuba membuktikan model masing-masing yang dipertontonkan bagi mendapat tempat di kalangan pengguna.
Pengeluar terbesar secara teknikal datang daripada kumpulan Samsung, syarikat yang bertanggungjawab memulakan perlumbaan menghasilkan tablet pelbagai bersaiz besar menerusi disusuli Apple, ASUS, Microsoft dan sebagainya.
Antara tablet popular pula yang menampilkan skrin pertengahan atau besar termasuk iPad, Galaxy Tab dan Surface yang mempunyai sekurang-kurangnya paparan definisi tinggi penuh.
Namun dengan lambakan tablet di pasaran, pastinya memeningkan kepala anda untuk memilih tablet yang terbaik untuk anda?
Mungkin ada sedikit tip yang boleh anda fikirkan dan kaji sebelum membeli tablet.
Bajet
Soalan yang sukar dijawab namun jika anda perlu memikirkan soal poket dan masih mahukan tablet, lebih baik jika membeli jenama yang berharga sekitar RM500 ke bawah namun perlu bersedia dengan beberapa kekurangan fungsi.
Anda perlu ingat, lebih murah, kurang pula spesifikasinya jadi bersedia untuk memperoleh tablet dengan saiz, pemprosesan dan kualiti skrin yang tidak seberapa.
Kalau anda bersedia untuk bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi, anda boleh mendapatkan tablet yang disediakan dengan subsidi namun terikat pula bersama kontrak sekitar satu hingga dua tahun.
Bezanya, kalau anda bersedia menerima subsidi, tempoh kontrak sehingga satu hingga dua tahun sedikit membebankan tetapi anda boleh jimat hingga 40 peratus berbanding membelinya secara langsung dari kedai.
Berat dan ketebalan
Pada kebiasaannya, tablet dianggarkan mempunyai berat sekitar 700g atau kurang manakala tahap nipisnya mampu menjangkau hingga 8.0mm yang mana purata pengeluar menghasilkan sekitar 7.0mm saja.
Saiz yang bersesuaian untuk anda pastinya bergantung kepada tahap genggaman individu. Pastikan anda membeli tablet yang ringan dan boleh dimuatkan poket atau beg tangan tanpa mendatangkan masalah.
Berat dan ketebalannya mungkin agak subjektif tetapi jika anda memegang tablet anda untuk tempoh masa yang lama atau dalam satu tangan, anda pasti akan perasan tablet lebih berat selepas beberapa ketika.
Skrin
Antara faktor penentu dalam pembelian termasuk saiz skrin yang perlu dipertimbangkan apabila membuat keputusan membeli tablet terbaik untuk anda.
Terdapat dua saiz biasa iaitu tujuh inci dan 10 inci. Kalau anda individu yang mempunyai mata yang baik, tujuh inci sudah cukup.
Pada kebiasaan pengeluar tablet masa kini, format saiz skrin 1280 x 800 piksel mungkin format minimum.
Selain itu, ia turut berkait rapat dengan keselesaan anda memegangnya memandangkan perbezaan tiga inci sekalipun ada perbezaan ketara.
Pemprosesan
Boleh dikatakan, semua tablet berdasarkan teknologi pemproses ARM sama seperti hampir keseluruhan pemprosesan dalam telefon mudah alih.
Syarikat pengeluar menghasilkan versi mereka sendiri selain reka bentuk cip ARM dan kebanyakannya menawarkan kelajuan sekurang-kurangnya Dual Core bagi memproses data.
Sebaik-baiknya, pilih ciri di atas memandangkan ia akan mengoperasikan aplikasi dan grafik anda dengan lebih baik.
Kalau ikutkan kelajuan pemprosesnya, sila pilih tablet yang mempunyai kelajuan minimum 1.2GHZ.
Kamera
Pengeluar membangunkan kamera depan untuk fungsi panggilan video membolehkan anda menggunakan Skype atau aplikasi seperti Google Talk.
Fungsi kamera belakang pula sudah diketahui sebagai merakam foto atau video seperti telefon mudah alih, namun kebanyakan kamera tablet pada masa kini belum memiliki lensa kamera yang baik.
Namun begitu, terdapat kamera tablet mampu mengambil video definisi tinggi 720p, jadi periksa sama ada fungsi ini penting untuk anda atau tidak.
3G atau WiFi saja?
Semua tablet menyokong WiFi membolehkan anda menyambungkannya ke rangkaian rumah anda atau ketika berada di kafe atau pejabat anda.
Walau bagaimanapun, tablet datang dalam dua versi. Jika anda mahukan 3G, ia membolehkan anda menempatkan kad SIM mudah alih yang memuatkan rangkaian Internet dan menggunakannya ketika bergerak.
Versi 3G lebih mahal dan anda juga perlu berdaftar dengan syarikat telekomunikasi yang ditetapkan secara kontrak.
Berita baik apabila kebanyakan kedai menawarkan tablet pada kadar subsidi seperti yang mereka lakukan dengan telefon pintar.
Kalau anda menggunakan tablet dengan 3G, biasanya langganan Internet sebulan dianggarkan dalam sekitar RM30 hingga RM250.
Periksa tabiat penggunaannya, kalau anda kerap berada di kawasan yang mempunyai liputan WiFi, tidak perlu membeli tablet dengan 3G.
Aplikasi
Apple App Store mempunyai aplikasi yang paling banyak setakat ini dengan lebih 700,000 aplikasi kini boleh didapati manakala Android mengejar hampir dari belakang.
Lain-lain sistem operasi (OS) mungkin jauh ketinggalan namun pastikan aplikasi yang anda mahukan bersesuaian dengan keperluan anda.
Sambung ke TV anda?
Ada yang bertanya persoalan sama ada tablet boleh menyambung ke televisyen melalui kabel HDMI sekiranya anda mahu stream kandungan foto atau video pada tablet anda. Jika ia penting untuk anda, cari saiz penuh atau mini HDMI output yang boleh didapati pada pelbagai tablet.
Setoran
Berapa banyak simpanan yang anda perlukan bergantung kepada apa yang anda mahu gunakan dengan tablet.
Saiz 16GB lebih daripada mencukupi untuk menyimpan beban muzik dan gambar tetapi aplikasi besar dan video HD memerlukan memori yang lebih banyak.
Jika anda tidak menyimpan banyak muzik atau video, saiz yang lebih kecil mungkin bersesuaian.
iPad tidak mempunyai slot kad memori tetapi banyak tablet lain mempunyai slot microSD/microSDHC, jadi anda boleh mengembangkan simpanan.
Sistem operasi
Boleh dikatakan, terdapat pelbagai sistem operasi yang berbeza tersedia untuk tablet tetapi yang paling popular untuk tablet setakat ini adalah iOS dikeluarkan Apple yang terdapat pada iPad dan iPhone.
Android yang tersedia untuk pelbagai jenama pula seperti Samsung, Sony, Huawei, ASUS dan sebagainya.
Banyak tablet dikeluarkan sejak 2011 beroperasi pada Android 3.0 dan sekarang ia mempunyai versi sehingga Android 4.1 Jelly Bean.
Sistem operasi lain adalah pada tablet daripada Blackberry dan HP. Walaupun terdapat beberapa tablet yang beroperasi pada Microsoft Windows 8, ia masih sistem operasi yang merangkak namun boleh diberi perhatian, cuma ada kekurangan dari segi aplikasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan