Peneraju keselamatan rangkaian berprestasi tinggi, Fortinet yang mengeluarkan laporan penyelidikan landskap ancaman FortiGuard bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac, 2013 menemui ancaman botnet, ZeroAccess yang mula menular di dunia mudah alih.
Laporan itu juga mendedahkan analisis terbaru mengenai serangan siber
di Korea Selatan dan dua variasi adware Android baru yang mula kelihatan dalam senarai permerhatian sejak 90 hari yang lalu.
Pakar Keselamatan Strategik dan Penyelidik Ancaman Fortinet Fortiguard Labs, Richard Henderson berkata, pada suku pertama 2013, botnet jenis ZeroAccess menambah bilangan serangan di bawah kumpulan tertentu.
“Dalam tempoh 90 hari lalu, pemilik ZeroAccess menghantar 20 kemaskini perisian kepada hos yang dijangkiti,” katanya.
Berdasarkan laporan daripada peranti FortiGate, ZeroAccess adalah ancaman botnet nombor satu yang diperhatikan.
ZeroAccess digunakan terutamanya untuk klik penipuan yang mana ia memanipulasi nilai mata wang digital berasaskan sumber berpusat sehingga membabitkan angka berjuta-juta ringgit.
“Oleh kerana populariti Bitcoin dan nilai meningkat, kita boleh melihat pemilik botnet lain cuba untuk menggunakan botnet mereka dalam fesyen yang sama atau mengganggu pasaran Bitcoin,” kata Henderson.
FortiGuard turut menemui dua variasi adware Android baru iaitu Android.NewyearL.B dan Android.Plankton.B menyebabkan jangkitan di seluruh dunia mengandungi kit pengiklanan baru yang sedang dipantau.
Kedua-dua malware itu akan memasuki pelbagai aplikasi dan mempunyai keupayaan untuk memaparkan iklan, mengesan pengguna melalui nombor IMEI telefon bimbit dan mengubahsuai desktop telefon bimbit.
I am using Kaspersky anti-virus for a number of years now, and I'd recommend this product to all you.
BalasPadamIf you are trying to BUY bitcoins online, Paxful is the #1 source for bitcoins as it allows buying bitcoins by 100's of different payment methods, such as Western Union, MoneyGram, PayPal, Visa, MasterCard, American Express and they even allow converting your gift cards for bitcoins.
BalasPadam