Selasa, 19 Julai 2011

Motosikal Terbang Telah Dicipta


Anda tidak perlu lagi tension dengan kesesakan jalan raya, kemalangan mungkin akan berkurangan dengan motosikal terbang ! pelik... tapi benar!

Christopher Malloy dari Australia telah menjadi pencipta amatur pertama yang berjaya membina motosikal terbang. Kenderaan tersebut dikenali sebagai Hoverbike.

Mallyo telah membelanjakan keseluruhan wang simpanannya untuk menjayakan projek futuristik itu yang telah dimulakan sejak dua tahun setengah lalu. Beliau berhasrat untuk menerbangkan kenderaannya sehingga 3,048 meter di udara dan mampu memecut sehingga 160 kilometer sejam (km/j)

Mallyo, 32 tahun, membina kenderaan terbang itu di garaj rumahnya di Sydney menggunakan kerangka karbon fiber dan enjin kereta BMW. Prototaip tersebut mempunyai potensi bergerak sehingga 148 km/j dalam masa 45 minit untuk minyak yang diisi penuh tangki.

Kenderaan seberat 270 kilogram itu dijangka dipasarkan dengan harga RM216,727 apabila sedia untuk dipasarkan kelak.

Bagaimanapun, setakat ini Hoverbike hanya diuji penerbangan dengan diikat kepada tanah agar ia tidak terbang terlalu tinggi. Ujian terbang tanpa sekatan dijangka akan dilakukan tidak lama lagi.

 Panjang Hoverbike 

 Ujian Menerbangkan Hoverbike


At a glance

  • Airspeed Vne - 150 KIAS (untested)
  • Hover (out of ground effect) - >10,000ft (estimated)
  • Dry weight - 110kg
  • Max gross weight - 270kg
  • Total thrust - 295kg
  • Engine - 80kw @ 7500rpm

Hoverbike Applications
  • Aerial Cattle mustering
  • Search and Rescue
  • Aerial Survey
  • Wildlife and Parks
  • Film
  • Power-line Inspection




Hoverbike Specs

Engine Type flat twin 4-stroke, one camshaft and 4-valves per cylinder, central balancer shaft
Engine Displacement 1170cc
Bore & Stroke 101mm x 73mm
Compression Ratio 12.0:1
Nominal Output @7500rpm 80KW
Cooling Aircooled
Ignition Electronic
Fuel System Electronic intake pipe injection
Fuel tank capacity (without secondary tanks) 30L
Fuel tank capacity (with secondary tanks) 60L
Fuel Burn 0.5L/min / 30L/hr
Fuel Type Regular Unleaded
Drive-shafts Custom Carbon fiber
Gearbox Custom 1.5:1 reduction
Propellers 2 x Tasmanian Oak with carbon fiber leading edge (made by Michael Ellinas from Heliptera)
Airframe Carbon fiber with Kevlar reinforcement and foam core
Airframe width 1.3m
Airframe length 3m
Airframe height 0.55m
Dry Weight 105kg
Maximum takeoff weight 270kg
Total Thrust 295kg
Range 148km on primary tank @ 80knts cruise (290km with secondary tanks installed)
Airspeed Vne 150 KIAS (untested)
Hover greater than 10,000ft (estimated)


Pengendalian

Untuk memusing ke kiri atau kanan, pemandu perlu menekan pemegang ke kiri atau kanan seperti menaiki basikal.

Sebelum boleh membeli kenderaan ini, pengguna perlu belajar mengendalikan Hoverbike ini memandangkan cara pengendaliannya adalah seperti memandu helikopter dan juga menaiki motosikal.

Bagi penduduk di Amerika Syarikat atau negara-negara yang mempunyai peraturan penerbangan yang sama, pemilik Hoverbike tidak perlu mempunyai lesen juruterbang kerana ia diklasifikasikan sebagai 'pesawat ultraringan' yang digunakan untuk riadah.

Maklumat lanjut mengenai kenderaan ini boleh diperoleh dengan mengunjungi laman web http://hover-bike.com.

Selain itu, terdapat juga produk motosikal terbang dikenali sebagai Super Sky Cycle yang dicipta oleh Larry Neal, seorang juruterbang dan produk ini dijual melalui The Butterfly LLC sejak beberapa tahun lepas.

Pesawat ringan ini memerlukan sedikit kawasan untuk berlepas atau mendarat dan ketika kecemasan, penggunaan rotor atas menjadikan ia selamat kerana dapat berfungsi seperti sebuah payung terjun.

Sistem rotor motosikal terbang ini boleh dilipat dan kemudiannya boleh digunakan di atas jalan raya seperti motosikal biasa.

"Masalah kereta terbang sebelum ini ialah sayapnya yang tidak boleh dilipat apabila berada di jalan raya," kata Neal sambil menyatakan yang kenderaan ini telah didaftarkan penggunaannya di jalan raya dan udara.

Kit kenderaan ini telah dijual di pasaran dengan harga RM114,000 yang menjadikan ia sebagai pesawat ringan peribadi ringan yang mampu dimiliki dan anda hanya perlu menjalani latihan selama 10 jam.

Sememangnya, kenderaan peribadi yang mampu terbang masih jauh untuk benar-benar boleh berfungsi dan dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak kerana kebanyakannya masih di peringkat ujian dan belum benar-benar matang.




http://hover-bike.com
http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan