Khamis, 28 April 2011

Teknik Pemasaran Online

Pengenalan

Kebanyakan pemilik bisnes beranggapan perniagaan internet ialah membina laman web kemudian menunggu trafik datang dengan sendiri, malangnya ia tidaklah semudah itu.

Untuk memastikan laman web anda berfungsi dengan baik, ia perlulah mempunyai rancangan pemasaran yang komprehensif. Itu tidaklah bermakna anda perlu mengeluarkan belanja ribuan ringgit untuk agensi pengiklanan! Anda boleh melakukan semuanya dengan sendiri.

Dalam laporan ini, saya akan memberitahu anda beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan lebih lagi manfaat dari laman web syarikat anda. Anda akan pelajari bagaimana untuk menggunakan laman web anda dengan betul, bagaimana untuk kekal berhubung dengan para pelanggan dan membina kesetiaan dan keyakinan antara mereka, pada masa yang sama mendapatkan pelanggan baru dan jumlah trafik yang lebih tinggi untuk laman web anda.

Laman Web Anda

Kebanyakan perniagaan menghabiskan ribuan ringgit untuk membina sebuah laman web yang pada pendapat mereka boleh memberikan keuntungan semula kepada mereka tetapi pada hakikatnya, kebanyakan perniagaan TIDAK memerlukan laman web yang mahal dan kompleks.

Mereka sebenarnya hanya perlukan sebuah minisite sahaja jika sekiranya anda ingin memasarkan ‘single product’ atau satu jenis produk sahaja. Kebiasaan minisite mempunyai tidak lebih dari 1 – 5 halaman yang memberitahu para pengunjung maklumat lanjut tentang syarikat atau produk yang dijual, maklumat untuk dihubungi, mendapatkan maklumat tentang pengunjung dan menawarkan lain-lain kupon dan insentif.

Anda perlulah memastikan yang laman web anda telah dioptimumkan untuk enjin-enjin carian. Pastikan anda meletakkan frasa-frasa yang berkaitan dengan perniagaan anda di bahagian tajuk dan kandungan laman web anda. Ia juga hendaklah kelihatan profesional dan menarik supaya prospek tahu dan yakin bahawa syarikat anda boleh dipercayai. Jika tidak, laman web anda itu hanya akan menjatuhkan lagi reputasi perniagaan anda.

Jangan gunakan Flash! Laman web anda hendaklah dibina dengan HTML/CSS, gunakan Flash hanya untuk elemen-elemen visual yang minimum. Ini untuk memastikan laman web anda serasi dengan semua jenis browser!


Mendapatkan Trafik.

Setelah anda memiliki sebuah laman web yang ringkas dan menarik, sekarang tibalah masanya untuk mendapatkan trafik. Kebanyakan trafik datang dari enjin carian, jadi anda perlu pastikan laman web anda mempunyai keyword-keyword yang penting di bahagian tajuk dan kandungannya.

Katakanlah anda menjual Serunding Daging di Kuala Lumpur dan membina website untuk memasarkan secara online. Maka keyword-keyword yang berpotensi ialah:

- Serunding Daging Di Kuala Lumpur
- Serunding Daging Lembu
- Serunding Daging Ayam di Kuala Lumpur
- Serunding Daging Online – Kuala Lumpur

Semua itu hanyalah sebahagian keyword yang boleh membantu menarik para pengunjung ke laman web anda melalui enjin carian. Anda juga perlulah berusaha untuk memastikan laman web anda akan muncul apabila seseorang pengguna itu membuat carian yang relevan dengan bisnes anda dengan membina tajuk laman web dengan kretif. Contoh tajuk: Serunding Daging Online di Kuala Lumpur Anda juga haruslah memasukkan frasa-frasa keyword tersebut di bahagian kandungan laman web itu sendiri. Untuk tujuan ini, anda perlulah menjadikannya dalam bentuk teks biasa, bukan imej ataupun Flash.


Local SEO

Saya sudah memberitahu anda tentang SEO secara umum seperti memasukkannya ke dalam tajuk dan kandungan laman web, tetapi masih terdapat aspek lain dalam mendapatkan trafik bisnes dari enjin carian.
Google (enjin carian #1 di dunia) memaparkan keputusan local sebelum senarai biasa dan anda haruslah memasukkan bisnes anda ke bahagian carian local secara khususnya, jika tidak laman web anda tidak akan muncul di sana. Pertamanya anda juga perlu ‘submit’ website anda dalam Google agar website anda tersenarai dalam ranking Google atau Yahoo.

Anda juga boleh mendaftarkan perniagaan anda menggunakan Google PlacesUntuk itu, anda boleh melakukannya dengan mengisi borang online di bawah:
http://www.google.com/local/add


Direktori-direktori

Satu lagi perkara yang anda akan sedari apabila melakukan carian terhadap bisnes tempatan ialah kemunculan direktori yang begitu banyak.

Oleh kerana laman-laman direktori ini muncul di halaman pertama keputusan carian, anda perlulah juga memastikan laman web anda muncul di bahagian tersebut.

Sentiasalah melakukan carian terhadap keyword-keyword yang paling popular untuk bisnes anda dan pastikan juga syarikat atau bisnes anda itu muncul di semua bahagian direktori di muka dua atau tiga keputusan carian.


Social Marketing

Banyak syarikat-syarikat yang tidak sesuai dengan social marketing. Tetapi jika demografik utama anda di bawah 40, maka social marketing boleh menjadi satu alat yang menakjubkan.

Facebook dan Twitter adalah berguna untuk kekal berhubung dengan para pelanggan anda. Bina satu halaman peminat di Facebook dan dapatkan akaun Twitter untuk syarikat atau produk anda. Kemudian mulalah tambahkan kenalan-kenalan baru dari kawasan tempatan anda.


Pemasaran Offline

Anda juga boleh mempromosi laman web anda secara offline. Akhbar tempatan, majalah, iklan radio, papan buletin dan lain-lain sumber adalah tempat yang sesuai untuk mengiklankan laman web anda.

Jangan lupa untuk memberitahu para pelanggan anda tentang laman web anda juga. Sesetengah pemilik bisnes beranggapan mereka tidak perlu membawa pelanggan-pelanggan lama ke laman web mereka kerana bagi mereka laman web itu dibina adalah untuk mendapatkan pelanggan baru. Sebenarnya pendapat mereka adalah salah!


Pembinaan List

Adalah penting untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan baru, tetapi begitu juga untuk memastikan pelanggan-pelanggan lama terus setia. Dengan pembinaan senarai emel, anda boleh terus kekal berhubung dengan para pelanggan yang baru, lama serta bakal pelanggan, mengingatkan mereka tentang kewujudan bisnes anda dan semoga terus berurusan dengan anda!

Ini bermakna anda perlu mendapatkan bakal pelanggan ke senarai anda, juga seramai mungkin pelanggan-pelanggan lama. Anda boleh menggunakan flyer, pelekat atau kad bisnes dengan meletakkan alamat laman web anda padanya untuk memudahkan para pelanggan anda berurusan dengan anda. Pastikan juga anda memberitahu mereka dengan jelas tentang tawaran-tawaran istimewa, pengumuman tentang produk atau servis baru dan diskaun atau kupon dari masa ke semasa.

Menawarkan diskaun dan kupon kepada para pelanggan anda akan menyebabkan mereka terus setia berurusan dengan anda dan bukan dengan para pesaing anda!

Anda boleh cuba www.aweber.com atau www.getresponse.com untuk pengurusan senarai emel yang lebih baik.



Ahad, 24 April 2011

Rahsia Ayat Pengasih

Ayat ini adalah ayat pengasih dari Rahsia dan Himpunan Ilmu Pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapa mereka), keluarga dan sahabat handai.

Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 yang berbunyi:



“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

Bermaksudnya:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,”Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39



“Wa-alqayka ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a'laa ‘ainii”

Bermaksud:
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)

Caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami,bacalah kedua ayat ini.Untuk dapatkan kesan yang baik,hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya,Tidak perlu membaca dengan kuat,memadailah dengan hanya membaca di dalam hati.Selain itu agar dikasihi masyarakat,bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

*Amaran keras. Dilarang sama sekali mengunakan ayat ini untuk tujuan tidak baik. Bagi yang sedang mencari jodoh, sungguh sesuai mengunakan ayat ini. Ayat ini dari Al-Quran. Jika anda benar-benar mengasihi dan ingin menikahi wanita itu, cuba gunakan ayat ini. Jika tidak berhasil, maka wanita itu bukan jodoh anda. Terimalah ketentuannya. Insyaallah..




Dapatkan juga Ilmu



Terbaru

Sabtu, 23 April 2011

Cara Buat Kode Status Yahoo Messenger Pada Web/Blog

Bagaimana cara untuk kita letakkan status YM(Yahoo Messenger) kita di blog ataupun di web kita.

Pertama sekali,copy & paste kode di bawah ini ke laman web/blog anda :

<a href=”ymsgr:sendIM?IDYahoo“><img border=0 src=”http://opi.yahoo.com/online?u=IDYahoo&amp;m=g&amp;t=1” /></a>

Kemudian,Gantikan IDYahoo dengan ID Yahoo Messenger anda,contoh :

<a href=”ymsgr:sendIM?downloadpelbagai“>


Selepas itu,gantikan t=1 mengikut pilihan ikon yahoo messenger yang anda inginkan.

 t=1



t=2


t=3


 t=4



 t=5



 t=6



 t=7



 t=8



 t=9



 t=10




 t=11




 t=12




 t=13



 t=14



 t=15




 t=16



Selamat Mencuba....

Tingkatkan Buffering Speed Video di youtube dll

Tension tunggu buffering di youtube... cara nak lajukan buffering

Untuk Pengguna Windows XP

  • Klik Start → RUN
  • Di dalam box RUN,,tulis → system.ini
  • Copy Teks Dibawah ini dan Paste di bawah [mci]

page buffer=1000000Tbps
load=1000000Tbps
download=1000000Tbps
save=1000000Tbps
back=1000000Tbps
search=1000000Tbps
sound=1000000Tbps
webcam=1000000Tbps
voice=1000000Tbps
faxmodemfast=1000000Tbps
update=1000000Tbps

Simpan dan restart komputer anda



Untuk pengguna Windows 7 :

- click run > type system.ini
- paste code yang diberi > save as kat desktop
- copy file system.ini kat desktop tu (file tu nama system je)
- paste kat My Computer > Local Disk (Local Disk:C > Windows)

Sumber : techarraz.com

Khamis, 14 April 2011

Memaparkan Widget Twitter Tanpa Plugin


Jika kita lihat sekarang ini, kebanyakkan blogger sekarang ini sudah mempunyai akaun Twitter. Malah ia juga turut digunakan oleh laman web syarikat-syarikat besar di Malaysia.

Terdapat beberapa kelebihan yang bakal diperolehi melalui Twitter, terutama untuk mendapatkan pelawat untuk berkunjung ke blog serta medium baru untuk berinteraksi sesama blogger.

Kebanyakkan blogger juga gemar memaparkan widget Twitter tidak kira menggunakan plugin atau tools yang disediakan oleh laman web lain. Oleh yang demikian, kemungkinan ia akan melambatkan sedikit loading time untuk blog anda.

Kali ini saya akan kongsikan tutorial bagaimana memaparkan widget Twitter tanpa plugin atau tools dari laman web luar. Ianya amat mudah dan comel untuk anda cuba dan ubahsuai mengikut citarasa anda.

Memaparkan Widget Twitter Tanpa Plugin

   1. Buka footer.php dan masukkan kod di bawah dan save:

         


      P/S: Jangan lupa untuk menukarkan username ke username Twitter anda.

   2. Kemudian buka style.css dan masukkan kod di bawah dan save:

        
   3. Akhir sekali buka Appearance dan pilih Widgets, gunakan widget Text dan masukkan kod di bawah dan save:


      P/S: Kod di atas adalah untuk paparan seperti widget Twitter dalam blog ini, tetapi tidak termasuk feed counter dan twitter counter.

Mudah bukan, tidak memerlukan plugin dan tools untuk memaparkan widget Twitter anda. Jangan lupa untuk memilih ikon Twitter anda, upload dan gantikan url ikon twitter tersebut. Ikut saiz yang bersesuaian, sebaik-baiknya di bawah 50px x 50px.

Nota: Tutorial di atas hanyalah memaparkan satu sahaja time line untuk status anda, anda boleh memaparkan lebih daripada satu dengan menukarkan nilai count=1 dengan jumlah time line yang anda ingin paparkan.

Kenapa cache perlu kosong?

Setiap kali selepas keluar atau log out daripada laman web perbankan internet, sering kali ada arahan untuk meminta kita mengosongkan cache. Apa itu cache dan kenapa perlu mengosongkannya?

Cache adalah merupakan tempat simpanan sementara untuk menyimpan sesuatu maklumat atau data yang sedang diproses atau digunakan dalam sesebuah komputer.

Ia akan berada dalam bahagian tertentu pada cakera keras sesebuah komputer.

Bagi setiap pelayar web atau browser seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox dan sebagainya, segala maklumat web yang dilayari akan di simpan sementara dalam cache bagi setiap pelayar web tersebut.

Ini termasuk login dan kata laluan yang kita gunakan untuk memasuki sesebuah laman web seperti perbankan Internet, laman web sosial dan sebagainya.

Disarankan setiap kali sesudah kita memasuki sesebuah laman web terutama yang mempunyai transaksi kewangan, maklumat peribadi atau lain-lain, dikosongkan terlebih dahulu ruangan cache pelayar web bagi komputer yang digunakan.

Ini kerana sesiapa sahaja yang boleh mencapai komputer tersebut dan seterusnya pergi ke ruangan cache akan boleh memperolehi segala maklumat dan data yang terdapat di dalamnya.

Namun begitu, sekiranya ia adalah komputer kepunyaan sendiri, bagaimana?

Ya. Ia tiada masalah tetapi bagaimana sekiranya komputer tersebut jatuh ke tangan orang lain atau dipinjam untuk kegunaan orang lain?

Sudah tentu ia berisiko apatah lagi sekiranya komputer tersebut bukan milik kita seperti komputer yang terdapat di makmal-makmal pusat pengajian atau kedai-kedai akses Internet.

Lagi satu masalah adalah sekiranya komputer kita sering menggunakan capaian Internet tanpa wayar seperti Wi-fi dan sebagainya, ia memudahkan komputer tersebut terdedah kepada aktiviti pencerobohan atau penggodaman.

Sudah tentu sekiranya ia dicerobohi, maklumat dan data dalam cache tadi mudah diperolehi.

Bagi keselamatan maklumat dan data, perlu kita menghapuskan data atau maklumat yang terdapat di dalam cache pada pelayar web yang digunakan.

Seterusnya adalah kaedah untuk menghapuskan data yang terdapat dalam cache bagi pelayar web Internet Explorer dan Mozilla Firefox.




Bagi Internet Explorer, ruangan cache ini dikenali sebagai Temporary Internet Files. Sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-

*Klik 'Tools'

*Pilih 'Internet Options'

*Klik 'General'

*Pada ruangan 'Browsing History', klik 'Delete'

*Pilih 'Temporary Internet Files' dan klik 'Delete'

*Klik 'OK'

*Klik 'OK' sekali lagi untuk menutup Internet Options.




Bagi Mozilla Firefox sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-

*Klik 'Tools'

*Pilih 'Options'

*Pilih 'Advanced' dan klik 'Network'

*Pada ruangan Offline Storage , klik Clear Now.

*Klik 'OK'

Bagi pelayar web Mozilla Firefox, ia boleh dikonfigur secara automatik dengan mengosongkan ruangan cache apabila program Mozilla ditutup. Iaitu dengan cara seperti yang berikut:-

*Klik 'Tools'

*Pilih 'Options' , pilih 'Privacy'

*Pada ruangan 'History', setkan bahagian 'Firefox will:' kepada Use custom settings for history.

*Klik kotak semakan untuk Clear history when Firefox closes.

*Klik pada Settings, akan dipapar satu tetingkap Settings for Clearing History.

*Klik pada kotak semakan untuk ruangan 'Cache'.

*Klik 'OK' dan klik sekali lagi 'OK'

Itulah maklumat dan panduan berkenaan dengan cache yang ada dalam pelayar web yang digunakan.

Cara untuk menghilangkan data pada cache ini tidak sama bagi kesemua jenis pelayar web.

Di sini, saya berikan panduan untuk menghilangkan data cache yang ada pada pelayar web Internet Explorer dan Mozilla Firefox sahaja.

Sekiranya ada permintaan untuk pelayar-pelayar web yang lain, sila e-melkan kepada saya. Semoga semuanya memberi manfaat kepada semua.