Khamis, 14 April 2011

Memaparkan Widget Twitter Tanpa Plugin


Jika kita lihat sekarang ini, kebanyakkan blogger sekarang ini sudah mempunyai akaun Twitter. Malah ia juga turut digunakan oleh laman web syarikat-syarikat besar di Malaysia.

Terdapat beberapa kelebihan yang bakal diperolehi melalui Twitter, terutama untuk mendapatkan pelawat untuk berkunjung ke blog serta medium baru untuk berinteraksi sesama blogger.

Kebanyakkan blogger juga gemar memaparkan widget Twitter tidak kira menggunakan plugin atau tools yang disediakan oleh laman web lain. Oleh yang demikian, kemungkinan ia akan melambatkan sedikit loading time untuk blog anda.

Kali ini saya akan kongsikan tutorial bagaimana memaparkan widget Twitter tanpa plugin atau tools dari laman web luar. Ianya amat mudah dan comel untuk anda cuba dan ubahsuai mengikut citarasa anda.

Memaparkan Widget Twitter Tanpa Plugin

   1. Buka footer.php dan masukkan kod di bawah dan save:

         


      P/S: Jangan lupa untuk menukarkan username ke username Twitter anda.

   2. Kemudian buka style.css dan masukkan kod di bawah dan save:

        
   3. Akhir sekali buka Appearance dan pilih Widgets, gunakan widget Text dan masukkan kod di bawah dan save:


      P/S: Kod di atas adalah untuk paparan seperti widget Twitter dalam blog ini, tetapi tidak termasuk feed counter dan twitter counter.

Mudah bukan, tidak memerlukan plugin dan tools untuk memaparkan widget Twitter anda. Jangan lupa untuk memilih ikon Twitter anda, upload dan gantikan url ikon twitter tersebut. Ikut saiz yang bersesuaian, sebaik-baiknya di bawah 50px x 50px.

Nota: Tutorial di atas hanyalah memaparkan satu sahaja time line untuk status anda, anda boleh memaparkan lebih daripada satu dengan menukarkan nilai count=1 dengan jumlah time line yang anda ingin paparkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan