Rabu, 19 Mei 2021

Sejarah Ringkas Penduduk Sebenar Palestine 12500 Sebelum Masihi


 

12,500-9,500 SM (Sebelum Masihi):
Bangsa Natufia kuno adalah bangsa pertama bermastautin di Jericho (di Tebing Barat, Palestine). Kajian struktur DNA bangsa Natufia melibatkan peratusan 61.2% Arab, 21.2% Afrika Utara, 10.9% Asia Barat & 6.8% Habsyah (Ethiopia). 


Pribumi asal Natufia hidup bersama2 bangsa imigran dari seluruh dunia. from all over the world. Bila populasi di Jericho berkembang beranak pinak sesama Natufia dengan berasimilasi bangsa pendatang selang beberapa generasi, bangsa ini dikenali sebagai pribumi Kanaan - populasi puak pribumi yang tinggal di kawasan Ash-Shams atau dulunya nama kuno wilayah Kanaan (Palestine, Jordan, Syria & Lubnan) 


Keturunan pribumi Kanaan masih lagi terdapat dalam bangsa Arab & Yahudi di Palestine sekarang. 


2,150 - 1975 SM:
Nabi Ibrahim AS (seorang Rasul dalam agama2 wahyu Yahudi, Nasrani & Islam) dilahirkan di kawasan yang kini dikenali sebagai  Iraq. Bertahun kemudian, baginda dengan keluarga berhijrah ke Kanaan (sekarang Tebing Barat, Palestine) kerana Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim & tanah Kanaan dijanjikan sebagai Tanah yang Dijanjikan aka "Promised Land".  Ini selepas Nabi Ibrahim melepaskan diri dari seksaan Namrud, & kajian silang sejarah menyatakan Nabi Ibrahim dilahirkan dalam tamadun Sumeria purba. Pada masa ni juga, anak saudara Nabi Ibrahim AS iaitu Nabi Luth diperintahkan berhijrah ke kota Sadum untuk berdakwah.


Nabi Ibrahim tinggal di Kanaan sepanjang kehidupan baginda. Anak2 baginda iaitu Nabi Ismail dengan Siti Hajar hidup di Bakkah (kemudian menjadi Makkah) bersama kaum Arab Jurhum & memulakan jalur bangsa Arab, manakala anak baginda dengan Siti Sarah iaitu Nabi Ishak di Kanaan memulakan jalur keturunan bangsa Yahudi. Anak Nabi Ishak iaitu Nabi Yaakub dilahirkan & digelar Isra'il (Tentera Allah).


Disebabkan masalah kebuluran di Kanaan, Nabi Yaakub bersama 70 orang ahli keluarga baginda berhijrah ke Mesir Kuno dimana anak baginda Nabi Yusuf AS berkhidmat sebagai Mamanda Menteri bagi Dinasti ke 15 Hyksos Mesir dimana baginda sekeluarga hidup aman sentosa dengan 12 orang anak lelaki yang keturunan mereka kemudiannya membentuk 12 puak Bani Isra'il.


4 generasi kemudian, keturunan Nabi Yaakub telah berkembang sehingga berjumlah lebih kurang  600,000 dikenali Bani Isra'il.


Firaun Mesir pada masa tu pulak (Ramses II dari Dinasti ke 19 Mesir)  rasa curiga dengan keturunan imigran Bani Isra'il yang makin ramai lalu memperhambakan mereka berjemaah dijadikan buruh kuli paksa.


Nabi Musa AS dilahirkan & dibesarkan dalam keluarga Firaun lepastu baginda melarikan diri ke Kanaan kerana kesalahan membunuh seorang lelaki Mesir Qibti. Di Kanaan pula Nabi Musa bertemu dengan Nabi Syuaib AS serta diperisterikan dengan anak dara Nabi Syuaib. Baginda pulang ke Mesir berdakwah pada Firaun dengan bantuan adik lelaki baginda Nabi Harun AS & berhijrah ke Falastin setelah Laut Merah terbelah dua manakala Firaun dengan bala tenteranya mati tenggelam bila Laut bercantum semula. Bani Isra'il ni ingkar, siap sembah patung emas Lembu Samiri walaupun ditegah Nabi Harun AS, & keingkaran mereka ni diturunkan bala takleh masuk Kanaan. Pada masa ni Nabi Musa pegi hijrah sekejap diperintahkan Allah bertemu Nabi Khidr. Bani Isra'il yang insaf dipimpin Nabi Musa kembali ke Kanaan sebagaimana janji Allah kepada Nabi Ibrahim dulu.


1,200-1,050 SM:
Bani Isra'il berjihad ke atas bangsa pribumi Kanaan penyembah berhala & menakluki bumi Kanaan. Ia dinamakan sebagai Tanah Isra'il & dibahagikan kepada 12 bahagian mengikut 12 puak Bani Isra'il. Inilah permulaan Kerajaan Isra'il Raya kuno. 


926 SM:
Ini selepas era Nabi Daud AS & anakandanya Nabi Sulaiman AS yanh diberi mukjizat oleh Allah SWT menundukkan angin dan jadi Raja sekalian mahkluk haiwan, jin & manusia. Selepas kewafatan Nabi Sulaiman AS, 12 puak bani Isra'il bertelagah sehingga Kerajaan Isra'il Raya berpecah kepada Kerajaan Isra'il di Utara (dengan 10 puak) & Kerajaan Judah (termasuk Baitulmuqaddis & Haikal Sulaiman) di Selatan (dengan 2 puak).


800BC - 722 SM:
Biasalah Bani Isra'il, degil kembali jahiliyyah. Kerajaan Isra'il di Utara siap ada murtad sembah berhala Baal yang dijadikan agama rasmi pemerintah selain ajaran Tauhid. Maka Empayar Assyria menakluki semua jajahan takluk Kerajaan Isra'il-Judah & angkut halau 10 puak bani Isra'il sampai sekarang taktau mana hilang 10 puak ni tak tersisa. Pada tahun 722 SM, Kerajaan Isra'il di Utara dihancurkan padang jarak padang tekukur.


586 SM - Kerajaan Judah di Selatan sama jugak mangkuk wal hayun jadi sesat wal menyesatkan ahlul punah wal ranah habis kepercayaan tauhid dicampuradukkan dengan bidaah dholalah termasuk penyembahan berhala. Maka ditimpakan bala, Empayar Babylon dibawah Raja kejam Nebuchadnezzar II (Bukht-Nassar) menakluki Judah, sembelih puak2 ni, bakar habis semua kitab Taurat serta Zabur & meruntuhkan Haikal Sulaiman. Sakibaki 2 puak bani Isra'il habis diangkut dicampak kat tengah2 Iraq (masa tu wilayah Babylon).


580-530 SM:
Empayar Parsi Achaemenid dibawah Raja beriman Cyrus Agung (Kurush) mengalahkan Babylon & membebaskan Baitulmuqaddis. Semua 30,000 keturunan Bani Isra'il pelarian di Babylon dibenarkan balik tapi puak2 ni dah lupa ajaran Taurat Nabi Musa serta Zabur Nabi Daud, maka Allah SWT menghidupkan semula Nabi Uzair AS dari tulang belulang untuk mengajarkan hafazan Taurat kat puak2 ni. Pada masatu jugak Raja Cyrus Agung perintahkan Haikal Sulaiman kedua dibina kembali. Oh, ada sejarawan Islam berpendapat Dhul Qar-Nayn dalam Quran adalah Raja Cyrus Agung ni lah.


330 SM:
Alexander the Great (Iskandar Agung) Raja Yunani Macedon mengalahkan Darius II Empayar Parsi Achaemenid & menakluk Palestine. Lepas kematian dia, puak2 Yahudi nim pakat puja pakat campuraduk budaya Yunani Hellenistik Macedon kasik bidaah dholalah lam agama Yahudi. Aku dah cakap depa Bani Isra'il punya ketegaq len machiem woooo. Masa ni Palestine dibawah Empayar Parsi-Yunani Seleucid.


63 SM - 135 M (Masihi):
Tanah Isra'il jadi balaci Empayar Rom. Masa ni depa punya sesat hangpa jangan cerita. Zaman ni sehinggakan 3 NABI Allah diutuskan pada zaman yang sama nak dakwahkan puak2 degil jahiliyyah muraqab nim iaitu Nabi Zakaria AS, putera baginda Nabi Yahya AS & lepastu Nabi Isa Al Masih AS. Para agamawan Yahudi kaki rasuah, kaki klepet, sampaikan kitab Taurat & Zabur diselewengkan ikut nafsu depa. Nabi Yahya dibunuh Raja Yahudi si Herod yang kawin ngan anak sedara pompuan dia, Nabi Zakaria pun dibunuh masa berdakwah kat Bani Israil ni. Nabi Isa AS pula dibantu para sahabah Huwariyyun berdakwah tapi dikhianati bani Isra'il kepada Rom. Allah SWT selamatkan Nabi Isa dari disalib dengan diangkat ke langit. Maka puak2 pengkhianat ni mana reti diam depa memberontak lawan Rom sampai Rom bengang menjajah sembelih habis semua & bakar satu kota Baitulmuqaddis serta Haikal Sulaiman kedua dihancurkan! Pada masa ni lah bani Isra'il dihalau keluar bertebaran ke Parsi hingga Tanah Arab sebab Romawi MENGHARAMKAN Yahudi menjejakkan kaki ke Palestine. (Berapa kali kena halau daaa, bala bala puak2 nim).


324 M:
Empayar Rum Baizentin menawan Palestine dari jajahan Empayar Parsi Sassaniyah. Ramai orang beragama Nasrani berhijrah ke Baitulmuqaddis. Oh, puak Yahudi masih DIHARAMKAN dari Palestine  sebab Romawi dari zaman Jahiliyyah hingga memeluk Nasrani tetap berdendam ngan Yahudi ni.


610 - 750 M:
Kebangkitan Islam. Puak Yahudi Yathrib iaitu:
- Bani Alfageer
- Bani Awf
- Bani Harith
- Bani Jusham
- Bani Quda'a
- Bani Shutayba
- Bani Qaynuqa
- Bani Qurayzah
- Bani Nadir
bersama2 suku Arab Aws & Khazraj berbaiah pada Nabi Muhammad SAW semasa pembentukan Kerajaan Islam Madinah. 


Bani Qaynuqa dihalau keluar sebab melanggar Perlembagaan Madinah, Bani Nadir dihalau sebab nak memberontak & membantu bagi maklumat pada musuh masa Perang Khandak, serta Bani Qurayzah diperangi sebab belot & menyerang bahagian belakang tentera Islam yang bertahan di Madinah masa Perang Khandak.


Bani Nadir tak puas hati kena halau pi pulak hasut Yahudi Khaybar untuk bermusuh dengan Kerajaan Islam Madinah. Tak pasal2 hah amik Bani Nadir & Yahudi Khaybar diperangi kerana merancang nak serang Madinah.


Sebab tu Abdullah ibn Salam dari Bani Qaynuqa, bekas pendeta Yahudi merangkap sahabah yang dijanjikan syurga ketika dia masih hidup mengingatkan Nabi Muhammad tentang sifat talam 2 muka Yahudi ni. Tapi Rasulullah SAW tetap memperisterikan Sayyidatina Safiyyah bint Huyayy puteri ketua Bani Nadir & Sayyidatina Rayhanah bint Zayd dari Bani Nadir.


Masa zaman Khilafah Ar Rashiddin, Saydina Umar Al Khattab RA membebaskan Ash-Shams dari Rum Baizentin, & kaum Yahudi buat pertama kali selepas 500 tahun dibenarkan pulang ke Palestine. Maka berduyun2 puak ni balik ke Baitulmuqaddis yang turut didiami Nasrani, Yahudi & Muslim. Aman2 jah sentosa bahagia. Khilafah Ar Rashiddin memberi jaminan Yahudi & Nasara kebebasan beragama di Palestine & jajahan takluk Islam sehinggalah era Khilafah Umayyah, Khilafah Abbasiyyah, & masa Kerajaan Islam Al Andalus, ramai Yahudi berhijrah mendapat kemakmuran sehinggakan ilmuwan & agamawan Yahudi memulakan tradisi pengumpulan teks2 Yahudi. Yahudi di Al Andalus mencapai zaman Keemasan agama Yahudi serta keintelektualan falsafah, saintifik, astrologi seiring dengan zaman Keemasan Islam di Baghdad & Al Andalus.


Bangsa persekutuan barbarik Khazar menganut agama Yahudi & ramai Yahudi berhijrah ke negara Khazar untuk berdakwah. Yahudi jadi agama anutan rasmi Khazar di Kaukasus (sebahagian Russia) untuk mengimbangi kekuatan kekhalifahan Islam & Nasrani Rum Baizentin. 


950 - 969 M:
Yahudi Khazar & Khilafah Abbasiyyah jadi sekutu melawan bangsa Viking Kievan Rus yang menceroboh melanun merompak kota2 Yahudi Khazar & pusat2 perdagangan Islam sehinggalah negara Yahudi Khazar dihancurkan Kievan Rus. Pelarian Yahudi Khazar kembali ke jajahan takluk Abbasiyyah & berhijrah pelusuk wilayah Khilafah.


1100 - 1200an M:
Siri peperangan Salib menyaksikan penyembelihan orang2 Yahudi, Islam serta orang Nasrani Falastin sendiri oleh kezaliman para Salibi Katolik Eropah. Yahudi & Muslim dihalau keluar dari Palestine yang terjajah sehingga 100 tahun kemudian Salahuddin Al Ayyubi as-Sultan Mamluk Mesir membebaskan Palestine & Baitulmuqaddis, barulah umat Islam dengan Yahudi kembali semula.
Masa kekacauan era Mongol menghancurkan Kerajaan Islam Khwarizmiyyah hingga Khilafah Abbasiyyah dihancurkan, maka sekali lagi umat Yahudi berhijrah ke Al Andalus menyelamatkan diri.


1600an - 1800an M:
Ketika Al Andalus ditakluk kempen Reconquista Sepanyol, Yahudi Al Andalus melarikan diri ke serata Eropah & sebahagian minoriti ada yang berhijrah ke Maghrib (Morocco) serta kembali ke Palestine atas jemputan perlindungan Khilafah Uthmaniyyah. Di Palestine bangsa Muslim, Nasrani & Yahudi terus dilindungi kekhalifahan Daulah Uthmaniyyah.


1920an - 1948 M:
Palestine dijajah British setelah wilayah Uthmaniyyah dibahagikan dibawah Perjanjian Sykes-Picot. Palestine dijadikan sebagai British Mandate. Sebahagian penduduk pribumi Palestine samada Islam, Kristian & Yahudi Palestine menentang penjajahan British. British amalkan dasar pecah & perintah, bawa masuk ramai pendatang Yahudi Ashkenazi Eropah supaya sosio politik tempatan Palestine  berpihak pada British. Selepas WW2, British dengan kerjasama PBB membawa masuk lebih ramai pelarian Yahudi Ashkenazi yang pada 1948 mengisytiharkan negara Isreal moden membawa konflik Palestine sampai loni 70 tahun lebih tak setel.
----------------
Kesimpulan, kewujudan Isra'il adalah berdasarkan janji Allah SWT kepada Nabi Ibrahim AS.
Masalah timbul bila Isra'il ditafsirkan seolah2 khusus untuk bangsa terpilih eksklusif kononnya Yahudi semata2. Ikut tafsiran ikut sedap tekak Isreal loni, pribumi asal Kanaan di Palestine, kaum asal menduduki Kanaan (merangkumi Falastin & Isreal moden) juga termasuk bangsa Arab Palestine (beragama Islam & Kristian Ortodoks) tak dianggap Bangsa Terpilih & takde hak langsung ke atas Isreal serta Palestine (pening kepala aku lojik kepala lutut Yahudi Zion ni).


Ribuan tahun, Empayar demi Empayar datang & pergi menakluk wilayah Kanaan / Isra'il / Palestine  beberapa kali & Yahudi acapkali dihalau keluar sehinggalah Daulah Islamiyyah mempelawa mereka pulang ke Falastib dan diberi perlindungan sebagai Ahlul Kitab.


Jadi sapa sebenarnya PRIBUMI ASAL Kanaan (Isreal & Palestine)?
Orang Yahudi Isreal & Arab Palestine kedua2nya menegakkan hak bahawa Palestine adalah wilayah yang didiami nenek moyang masing2, mengaku dioranglah pribumi asal Palestine & menuduh samada Yahudi atau Arab Palestine bangsa pendatang. 


“Kami adalah keturunan peribumi Kanaan, tanah ini milik rakyatnya …yang telah lama berada di sini sejak 5,000 tahun lampau”, tegas Presiden Pihak Berkuasa Palestine, Mahmoud Abbas.
PM Isreal Benjamin Netanyahu pun tuduh nenek moyang Arab Palestine pendatang “yang berasal dari Semenanjung Tanah Arab ke Tanah Isra'il beribu tahun” selepas Bani Isra'il (abah dia pegi kedai beli cincau, mak dia pegi kedai beli cabai ... angin aku).


Kajian DNA pada tahun 2020 mendapati “the present-day inhabitants of the region are, to a large extent, descended from its ancient residents (the Canaanites)" iaitu penduduk Palestine di kawasan berkenaan, sebahagian besar populasi adalah berketurunan dari pribumi asal kuno wilayah berkenaan (bangsa Kanaan).

TaMaT. 


FAKTA TAMBAHAN ASAL USUL NAMA PALESTINE:


Berasal dari suku Filistin (Philistines) salah satu cabang bangsa Kanaan. Dalam Qasas ul Anbiya', suku kaum Jalut yang berperang dengan Raja Talut dan tentera Bani Isra'il yang beriman termasuk Nabi Daud AS yang menewaskan Jalut.


Bahasa Mesir Kuno era Firaun sebut Filistin sebagai Palusata. Dalam bahasa Ibrani (bahasa Bani Isra'il) dalam Taurat ialah Plistim, Filistin dalam bahasa Aramaic (bahasa Nabi Isa al Masih) dalam Injil ialah Philistia. Bahasa Akkadia / Assyria / Babylon Kuno sebut Filistin sebagai Palastu. 


Yunani sebut Phylistiim, Romawi sebut Palaestina. Bahasa Arab sebut Filistin / Filastin / Falastin.
Maknanya lama beribu tahun nama ni. Agaknya Yahudi bengang nama Falastin/Palestine lebih fofuler dari nama Isra'il yang diadaptasi jadi Isreal tu.


Gambaran pribumi asal Kanaan Kuno, bangsa Jalut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan