Sabtu, 16 Januari 2021

Merangsang Isteri Mengikut Kalendar dan Bahagian Tubuh

EDARAN NAFSU DAN MANI ISTERI


Segala kejadian yang hidup beredar mengikut peredaran masa. Walau pada zahirnya ia kelihatan statik, sebagaimana halnya dengan bintang- bintang di angkasa. Nafsu perempuan itu (mani perempuan menurut Kitab ‘Ubab) beredar pada setiap hari disekitar bahagian-bahagian badannya, sebagaimana juga dia mengalami pusingan haid. Seorang suami patut mengetahui mengenai tempat-tempat yang patut dirangsang pada badan isteri di haribulan tertentu bagi menolong isteri cepat mencapai inzalnya.

Satu hal yang sepatutnya diperhatikan ialah bahawa kalendar Islam adalah berasaskan peredaran bulan, tidak sebagaimana kalendar Masehi yang berasaskan peredaran matahari. Peredaran bulan mempunyai kesan kepada bumi dan isinya, secara saintifiknya telah terbukti bahawa peredaran bulan penyebab kepada fenomena pasang surut yang berlaku dibumi. nafsu perempuan mempunyai fenomena yang serupa, Rangsangan yang menyasar ke tempat yang betul akan memberikan kesan keghairahan kepada isteri.

Berikut adalah jadual kaedah perangsangan iaitu 15 Titik Sensitif Wanita:

Haribulan Hijrah dan Tempat Rangsangan Cara Merangsang;

1 telapak kaki yang kanan garu dengan perlahan
2 betis sebelah kanan gosok agak kuat
3 lutut yang kanan gosok dengan agak kuat
4 pehanya yang kanan sentuh dengan peha suami
5 pada ari dan bibir faraj garu kuat pada tepi bibir faraj
6 ketiaknya garu dengan perlahan
7 bahagian dada dakap perlahan-lahan
8 buah dada kanan ramas agak kuat
9 bibir mulut cium dengan agak kuat
10 lehernya temukan leher, usap, cium
11 matanya cium pada matanya
12 keningnya cium dengan perlahan
13 dahinya cium dahinya
14 ubun-ubunnya gosok dengan agak kuat
15 seluruh tubuh badan dakap, usap dan cium

Peredaran berulang kembali dari kaki isteri dan seterusnya sebagaimana disenaraikan di atas selepas dari 15 haribulan

Download ebook 

Permata Yang Hilang PDF


Tiada ulasan:

Catat Ulasan