Sabtu, 8 Ogos 2020

9 Perintah Allah dalam Surah Al-Hujurat Dalam Interaksi Sesama Manusia.

 

VIDEO BACAAN DAN TERJEMAHAN SURAH AL-HUJURAT - Muzammil Hasballah


Perintah 1: “فَتَبَيَّنُوٓاْ”
Selidik suatu khabar yang sampai padamu. Biar betul-betul atau jelas.
 

Perintah 2: “فَأَصۡلِحُواْ”
Damaikan saudara yang bersengketa. Jangan jadi batu api atau melaga-lagakkan.
 

Perintah 3: “وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ”  
Berlaku adil. Jangan pilih bulu. Tak kira siapa.
 

Perintah 4: “لَا يَسۡخَرۡ”
Jangan mencemuh/merendahkan orang lain. Jangan mudah nak keji orang.
 

Perintah 5: “وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ”  
Jangan mengaibkan. Cuba jangan buka aib orang.

Perintah 6: “وَلَا تَنَابَزُواْ”
Jangan melabel. Jangan cepat nak melabel orang atau kumpulan. Benda belum jelas.

Perintah 7: “ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ”
Jauhi dari banyak berprasangka buruk. Jangan cepat percaya. Siasat dahulu.

Perintah 8: “وَلَا تَجَسَّسُواْ”
Jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Biar Allah menentukan.

Perintah 9: “وَلَا يَغۡتَب”
Jangan mengumpat. Dosa mengumpat sangat berat.

[ Al-Hujurat, ayat 6 - 12 ]

Renungi surah ini, tadabbur ayat ini dan amalkan perintah ini, nescaya hubungan kita sesama manusia akan terpelihara di dunia dan akhirat.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan