Sabtu, 2 Mei 2020

Ramalan Sekiranya PKP Dihentikan Pada 12 Mei Nanti

SEKIRANYA PKP DIHENTIKAN PADA 12 MEI NANTI...

• Semua orang akan berpusu-pusu keluar rumah dan memenuhi seluruh pelosok kawasan yang ada, untuk melihat dunia, sebab dah lama terperap kannn. Tak tahu siapa yang ada di situ. Tak tahu siapa yang pembawa virus.



• Orang ramai akan berpusu-pusu ke pusat membeli-belah untuk membeli kelengkapan Raya Aidilfitri. Sogo akan sesak; Kompleks PKNS akan padat; Jakel akan sendat; Seksyen 7 Shah Alam akan padat. Maka bergesel-gesel lah satu sama lain, sambil memindahkan virus dari satu badan ke satu badan.



• Masing-masing akan sibuk mencuba baju raya... Lepas sorang pakai baju tu; sorang lain pakai pula untuk cuba; lepas tu sorang lagi... dan lagi... Dan lagi... Seronok virus tu melompat-lompat dari satu badan ke satu badan.



• Hari Raya berlangsung dengan meriah (ingat kita akan kisah dengan segala pesanan SOP- PKP?) Salam bersalaman Hari Raya... Cium tangan... Peluk-peluk... Cium pipi... Nangis-nangis... Kesat hingus... Segala virus yang dah memang melekat kat badan tu, laju aje dia main gelongsor pergi muka; tangan dan badan orang lain.



• Rumah terbuka di sini-sana, masing2 'lepas geram' tak dapat jumpa sedara mara, rakan dan taulan. Kalau tak jemput ramai2, tak meriah. Borak2, gelak2...Virus pun main terjun anjal dari lidah2 masing2, bersama2 air liur yang tersembur...

...Dan maka bermulalah kisah kluster Aidil Fitri pula...



...Dan kemudian kita akan di-PKP-kan lagi untuk tempoh entah sampai bila. Itu pun kalau kita masih hidup lagi tak kena Covid-19.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan