Jumaat, 16 Disember 2016

Tiba-Tiba Bertukar Siang Di Russia


Pada 6 Disember, penduduk di Siberia dan sekitar Khakassia, Russia semalam menyaksikan satu fenomena luar biasa apabila sebutir meteor melintasi ruang udaranya menyebabkan malam bertukar siang untuk seketika.

Dalam rakaman yang disiarkan semalam, meteor itu dilihat terbang melintasi bandar Sayanogorsk.

Menurut pihak berkuasa tempatan sebahagian daripadanya mendarat di lembah berdekatan Babik.

Meteorit adalah zarah debu dan batu yang berjaya melalui atmosfera dan jatuh ke permukaan bumi. Saintis menganggarkan bahawa ia hanya antara 10 dan 15 meter diameter.

Video Meteor lintas angkasa Russia



Tiada ulasan:

Catat Ulasan