Rabu, 2 November 2016

Tips Mohon Pinjaman Rumah Bagi Yg Bekerja Sendiri

Tips panduan mohon pinjaman perumahan

Untuk mereka yang bekerja sendiri, sama ada sebagai seorang pekerja bebas, seorang perunding ataupun seorang artis sering menghadapi masalah apabila mereka ingin mendapatkan pinjaman rumah disebabkan mereka tidak mempunyai pendapatan yang stabil. Artikel ini akan menonjolkan beberapa tip-tip yang berguna untuk mereka yang bekerja sendiri bagi mereka boleh berjaya mendapatkan pinjaman dari bank.

Walaupun anda mungkin tengah merealisasikan impian anda sebagai seorang pekerja bebas, dengan menyerahkan pekerjaan yang membagi anda pendapatan yang stabil akan meletakkan anda di kedudukan yang mencabar apabila anda ingin memohon pinjaman dari bank. Hal ini kerana anda tidak mempunyai sumber pendapatan yang stabil sebagai seorang bekerja sendiri.

Tetapi tidak kira apapun status pekerjaan anda, permohonan pinjaman sering ditolak disebabkan oleh banyak faktor termasuk pendinginan pembelian hartanah yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia.


Walaupun dengan semua faktor negatif ini, anda masih boleh membuatkan diri anda sebagai calon yang terbaik untuk mendapatkan pinjaman, di sini adalah apa yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan peluang anda:


Menyimpan rekod kewangan yang selaras dengan piawaian perakaunan

Mengekalkan buku akaun anda adalah satu amalan yang baik bukan untuk tujuan untuk mendapatkan pinjaman sahaja tetapi untuk keseluruhan pengurusan perniagaan anda juga. Bank-bank akan menghadapi cabaran untuk mentaksir tahap kemampuan anda jika mereka mempunyai kesukaran apabila ingin mengetahui tentang keuntungan dan kerugian perniagaan anda, perbelanjaan dan juga pendapatan (cubalah kalkulator kemampuan pinjaman perumahan kami untuk menilai diri anda).

Jika anda tidak mempunyai pengetahuan tentang cara untuk menguruskan selok-belok kewangan perniagaan anda, anda bolehlah menimbang untuk mengambil satu kursus pendek mengenai subjek ini ataupun mengajikan seorang penyimpan kira-kira untuk membantu anda.

Anda haruslah mengingati bahawa perkhidmatan seorang penyimpan kira-kira adalah agak mahal, tetapi perbelanjaan seperti ini tidak boleh dijimat kerana rekod yang dicatat dengan baik (menunjukkan pendapatan tetap yang sihat) menunjukkan bank bahawa anda mempunyai kemampuan untuk mengurus kewangan anda dengan baik.


Membuat sumbangan kepada KWSP dengan tetap

Anda haruslah membuat bank menghargai konsistensi pendapatan anda dengan membuat sumbangan kepada akaun KWSP anda untuk sekurang-kurangnya dua tahun. Jika boleh, anda juga haruslah deposit setiap bulan untuk menunjukkan bahawa anda mempunyai pendapatan yang kukuh daripada seseorang yang sering berbelanja dengan pendapatannya.

Selain itu, simpanan dari akaun KWSP 2 anda boleh dikeluarkan untuk membayar atau mengurangkan pinjaman rumah. Oleh itu, dengan mempunyai jumlah yang lumayan dalam akaun ini akan memberi suatu jaminan kepada bank peminjaman bahawa anda mempunyai alternatif untuk membuat pembayaran (jika anda tidak dapat membuat pembayaran pada masa depan).


Mengisytiharkan cukai pendapatan.

Kenyataan cukai pendapatan anda untuk tiga tahun yang lepas merupakan sejenis bantuan yang bernilai untuk meluluskan permohonan anda. Mengapa? Hal ini kerana anda akan membukti bahawa perniagaan anda mempunyai keuntungan dan jika anda menilai dari masa dulu, anda akan sedar bahawa apabila anda mengheboh-hebohkan pendapatan anda dengan meminimumkan bayaran cukai, hal ini merupakan sesuatu kesilapan yang besar (dan haram).

Kemahiran anda sebagai seorang yang bekerja sendiri dan keupayaan anda untuk menguntungkan diri merupakan sebahagian dari kenyataan cukai pendapatan anda (kebanyakkan permohonan pinjaman memerlukannya). Selain itu, ia menggambarkan ringkasan untuk kewangan “rasmi” anda. Oleh itu, jika anda ingin mendapatan pinjaman perumahan dari bank, anda haruslah mengisytiharkan dan membayar semua cukai anda tepat pada masa.


Mendapatkan seorang penjamin.

Untuk mengurangkan risiko dan liabiliti anda sebagai seorang individu yang bekerja sendiri, anda haruslah mencari seorang penjamin yang boleh dipercayai untuk menyokong pinjaman anda. Seorang penjamin yang boleh dipercayai dan sesuai perlulah mempunyai latar belakang pekerjaan yang kuat dan penjamin itu akan dinilaikan sama seperti pemohon pinjaman.

Walau bagaimanapun, anda haruslah berterus-terang dengan penjamin anda tentang keupayaan anda untuk membayar balik pinjaman, kerana dia akan tanggung akibat-akibat kewangan jika anda tidak membuat pembayaran.


Bekerja sambilan.

Bantahan utama oleh bank dengan individu yang bekerja sendiri ialah mengenai pendapatan mereka yang tidak stabil. Untuk menangani keraguan sedemikian, anda bolehlah cuba mendapatkan kerja sambilan.

Biasanya bank akan mempunyai keyakinan yang lebih terhadap permohonan dan jika majikan anda dikenali oleh ramai ataupun anda bekerja untuk syarikat sendirian berhad (syarikat yang baru kurang disukai oleh bank)

Menyimpan slip gaji dari pekerjaan anda boleh dijadikan sebagai bukti bahawa anda mempunyai pendapatan jaminan minimum setiap bulan selain daripada pendapatan lain. Tambahan pula, majikan anda boleh dijadikan sebagai rujukan untuk menyokong pinjaman anda.


Menunjukkan kuasa kewangan.

Anda bolehlah mempertimbangkan untuk memberi cagaran, dalam bentuk hartanah atau aset kewangan lain seperti stok, bon, ataupun polisi insurans hayat (menjanjikan pemberi pinjaman anda). Anda juga mungkin ingin membuka akaun deposit tetap dengan bank peminjam untuk menyokong kedudukan anda. Kad kredit juga boleh tolong menunjukkan kuasa kewangan anda, cubalah mendaftar kad kredit melalui laman perbandingan Loanstreet, 

Di samping itu, anda akan mempertingkatkan peluang anda untuk mendapatkan jumlah pinjaman yang lebih rendah jika anda mempunyai simpanan yang lebih besar. Gadaian yang menawarkan sebanyak 90% hingga 100% pembiayaan agak sukar untuk didapati. Anda bolehlah cuba untuk memohon pinjaman yang lebih fleksibel dan yang mempunyai kadar faedah yang lebih rendah agar anda mempunyai kebebasan untuk menguruskan ansuran bulanan anda. Layarilah halaman perbandingan kami untuk membantu anda mencari pinjaman yang paling sesuai dan boleh didapati untuk anda.

Apabila anda berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan anda untuk mendapatkan pinjaman anda untuk dilulus, terdapat beberapa perkara yang boleh menjejaskan peluang anda untuk mendapat pinjaman:

Janganlah mengingkar bil kad kredit atau pinjaman anda. Hal-hal seperti ini akan mengurangkan peluang anda untuk mendapatkan pembiayaan.

Jika anda mempunyai pinjaman yang boleh belum dibayar atau dalam tunggakan, anda haruslah memastikan bahawa anda telah membayar semua itu dan menunggu 12 bulan (CTOS akan mempunyai infomasi perhutangan selama-lamanya) sebelum memohon pinjaman.

Anda haruslah menyemak dengan CTOS dan CCRIS sebelum memohon pinjaman anda. Jika terdapat sebarang perbezaan, hubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan dan membetulkan isu itu.

Konklusi

Keputusan anda untuk bekerja sebagai seorang pekerja bebas adalah sangat menguntung dan mendatangkan kepuasan, tetapi sudah tentulah bahawa kebebasan ini juga ada harganya. Disebabkan anda tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan pekerjaan yang kekal, anda merupakan seorang calon yang “berisiko”.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak yang anda boleh lakukan untuk menafikan tanggapan itu, dan anda telah mungkin telah mendapati bahawa merancang dahulu merupakan sesuatu yang penting. 

Membeli rumah bukan sesuatu tindakan yang boleh dibuat tanpa rancangan kerana anda perlukan masa untuk mengumpul kewangan sebagai seorang individu yang bekerja sendiri.

Menunjukkan bahawa anda boleh menguruskan kewangan anda adalah penting jika anda ingin mendapatkan pinjaman.

Dari segi positif, terdapat banyak individu yang bekerja sendiri telah berjaya mendapatkan pinjaman perumahan, jadi hal ini merupakan sesuatu matlamat yang boleh dicapai – anda hanya perlu meningkatkan kedudukan kewangan anda, memohon melebihi satu bank dan berdoa.

2 ulasan:

  1. Saya Sasha Ahmad, saya ingin bersaksi pekerjaan Tuhan yang baik dalam hidup saya untuk orang-orang saya yang mencari pinjaman di Asia dan bagian lain dari kata itu, karena ekonomi buruk di beberapa negara. Apakah mereka orang yang mencari pinjaman di antara Anda? Maka Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan kredit palsu di internet, tetapi mereka masih asli sekali di perusahaan pinjaman palsu. Saya telah menjadi korban penipuan kredit 6-kredit, saya kehilangan banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Saya hampir mati dalam prosesnya karena saya ditangkap oleh orang-orang dari hutang saya sendiri, sebelum saya melepaskan diri dari penjara dan teman-teman saya yang saya jelaskan situasi saya dan kemudian memperkenalkan saya kepada sebuah perusahaan peminjaman bahwa CAPITALSOURCE FINANCE LLC. Saya mendapatkan pinjaman saya dari CAPITALSOURCE FINANCE LLC $ 20.000 dengan sangat mudah dalam waktu 24 jam yang saya terapkan, jadi saya memutuskan untuk membagikan pekerjaan Tuhan yang baik melalui CAPITALSOURCE FINANCE LLC dalam kehidupan keluarga saya. Saya mencari nasihat Anda jika Anda membutuhkan pinjaman Anda lebih baik hubungi CAPITALSOURCE FINANCE LLC. hubungi mereka melalui email:. (capitalsourcefinancellny@gmail.com) atau melalui Whatsapp +1 832-648-2931

    BalasPadam
  2. KABAR BAIK!!! KABAR BAIK!!! KABAR BAIK!!!

    Nama saya fatma. Saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman agar sangat berhati-hati, karena ada penipuan di mana-mana, mereka akan mengirim dokumen perjanjian palsu untuk Anda dan mereka akan mengatakan tidak ada pembayaran dimuka, tetapi mereka iseng, karena mereka kemudian akan meminta pembayaran biaya lisensi atau biaya garansi dan biaya transfer, jadi berhati-hatilah dengan perusahaan pinjaman mereka yang curang.

    Beberapa bulan yang lalu saya tegang secara finansial dan putus asa, saya telah dibodohi oleh beberapa pemberi pinjaman online. Saya hampir kehilangan harapan sampai Tuhan menggunakan teman saya yang merujuk saya ke pemberi pinjaman yang sangat andal bernama ibu Theresa, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari USD100.000 dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau tekanan dan tingkat bunganya hanya 2%,

    Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya ajukan, dikirim langsung ke rekening bank saya tanpa penundaan.

    Karena saya berjanji akan membagikan kabar baik, sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman dalam bentuk apa pun, silakan hubungi dia melalui email nyata: theresaloancompany@gmail.com dan dengan rahmat Tuhan ia tidak akan mengecewakan Anda dalam mendapatkan pinjaman jika Anda patuh.

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: feyzilfatma@gmail.com dan Sety diperkenalkan dan berbicara tentang Ny. Theresa, dia juga mendapat pinjaman baru dari Ny. Theresa, Anda juga dapat menghubungi dia melalui email: martinimarais1986@gmail.com sekarang, yang akan saya lakukan adalah mencoba memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya kirim langsung ke rekening mereka setiap bulan.

    Sepatah kata cukup untuk orang bijak

    BalasPadam