Sabtu, 3 September 2016

Zika: 5 Bahan Semulajadi Yang Boleh Menghalau Nyamuk


Virus Zika yang disebarkan oleh nyamuk Aedes telah sampai ke Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun di Klang, Selangor sebagai mangsa pertama dijangkiti virus Zika di Malaysia. Wanita tersebut dijangkiti virus Zika setelah melawat anak perempuannya yang dijangkiti virus Zika di Singapura. Rujuk berita astroawani

Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga agar nyamuk Aedes tidak membiak di kawasan rumah dengan memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan mengelak daripada air bertakung.

Di samping itu, orang ramai boleh mengambil langkah penjagaan sendiri seperti membeli ubat nyamuk dan memakai pakaian menutup kulit pada waktu pagi dan malam untuk menghalang daripada digigit nyamuk Aedes.

Selain melalui gigitan nyamuk Aedes, virus Zika boleh merebak melalui pemindahan darah (blood transfusion), aktiviti seks tanpa perlindungan dan pencemaran laboratori.


5 Bahan Semulajadi Yang Boleh Gunakan Untuk Menghalau Nyamuk.

Vanila 

Walaupun aromanya disukai oleh banyak orang, aroma vanila sangat tidak disukai oleh nyamuk.
Gunakan satu sudu vanilla yang dicampur satu gelas air. Basakan air dengan cecair tersebut lalu sapu ke seluruh kulit tubuh.


Kulit Limau

Kulit limau mempunyai aroma menyerat yang sangat juga tidak disukai oleh nyamuk. Anda boleh memotong kulit oren dan memasukkannya ke dalam pemanas elektrik. Atau anda boleh sapukan ke kulit seperti dengan vanilla.


Cuka Epal

Sama halnya dengan kulit oren dan vanilla, cuka epal mempunyai aroma yang tidak disukai oleh nyamuk. Anda boleh menitikkan ke atas kain lembap dan meletakkannya di sudut-sudut dalaman yang disyaki menjadi sarang nyamuk.


Serai

Serai bukan sahaja digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan, tetapi serai juga dapat mengusir atau menghalau nyamuk kerana serai mengandungi zat sironelal. Letakkan serai di tempat bersarangnya nyamuk atau mencampurkannya dengan air untuk dijadikan cecair pencuci lantai.


Sirih

Sirih juga mengandungi bau aroma yang tidak disukai nyamuk. Caranya adalah dengan mencampurkan 10 helai daun sirih dengan air. Sapukan campuran tersebut di badanmu secara keseluruhan.

Bahan semulajadi tentu lebih baik jika dibandingkan dengan bahan kimia yang boleh menimbulkan kesan sampingan. Selain itu bahan-bahan ini sangat mudah kamu peroleh di dapur atau sekitar rumah anda.


Selamat mencuba....

Info Virus Zika


Tiada ulasan:

Catat Ulasan