Ahad, 5 Jun 2016

Manfaat Kekacang Ketika Bersahur


Secara umumnya antara dugaan ketika berpuasa adalah rasa lapar di siang hari. Bagi menghindari rasa lapar ketika berpuasa, kita digalakkan mengambil makanan sihat dengan kandungan serat tinggi ketika bersahur. Makanan yang mengadungi serat tinggi dapat membuat rasa kenyang lebih lama akan menjadikan perut kita tahan lapar, di samping itu juga proses pencernaan pada usus juga menjadi lebih sihat kerana makanan kaya serat.

Mengambil pelbagai jenis kacang ketika bersahur amat baik dalam menjalani ibadat puasa dengan sempurna. Ini kerana, kandungan protein kacang membuat kita berasa kenyang lebih lama, sekali gus mengawal keinginan untuk makan.

Kekacang juga mengandungi bahan antioksidan, vitamin, zink, zat besi, kalsium, potasium dan magnesium yang diperlukan tubuh.

Malah, dikatakan mereka yang mengambil makanan kekacang ketika bersahur cenderung menahan lapar 31 peratus lebih lama berbanding yang tidak mengambilnya.

Setiap kekacang mempunyai khasiat untuk kesihatan. Kandungan kekacang yang padat dengan protein, serat, lemak penting, vitamin dan mineral juga memberikan tenaga mencukupi untuk tubuh.

Misalnya, badam kaya dengan kalsium dan pilihan terbaik bagi memastikan kita mendapat mineral penting untuk tulang. Badam juga tinggi dengan vitamin E iaitu nutrien yang baik untuk kulit dan kandungan flavonoid dalam badam membantu melindungi jantung.

Kacang pecan pula baik untuk jantung kerana padat dengan sterol tumbuhan iaitu sebatian penting yang cekap menurunkan tahap kolesterol. Kacang ini tinggi antioksidan mencegah pembentukan plak yang menyempitkan arteri.

Ketika berpuasa digalakkan mengambil kacang pecan kerana ia sumber vitamin B3 yang sempurna bagi mengatasi keletihan kerana vitamin ini membantu mengakses tenaga dalam makanan kita.

Kacang gajus juga menyumbang protein yang banyak dan sumber penting mineral seperti zat besi dan zink termasuk magnesium yang baik untuk meningkatkan memori.

Biji chia juga bermanfaat kepada penghidap diabetes kerana makanan ini memperlahankan proses penukaran karbohidrat kepada gula ringkas, di samping mengawal gula darah.

Kacang Pistachio punya khasiat tersendiri, antaranya zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavin dan zing. Kacang berwarna hijau ini juga mengandungi banyak fitoterol yang dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser. Para penyelidik di Pennsylvania State University telah melakukan satu kajian. Responden diminta memakan lebih kurang 42 gram pistachio setiap hari. Pada akhir minggu keempat, mereka yang rajin memakan kacang jenis ini berjaya menurunkan sejumlah kadar kolesterol mereka, hingga sekitar 6.7 peratus, dan kolesterol LDL(kolesterol 'jahat') hingga 11.6 peratus.

Manfat kacang kedelai yang pertama adalah untuk menu diet sehat. Bagi Anda yang sedang mnejalani program diet, ada baiknya mengkonsumsi menu olahan dari kacang kedelai atau kedelainya. Karena kacang kedelai tidak banyak mengandug lemak, dan lemak yang terkandung pun adalah lemak nabati yang tidak menyebabkan kenaikan berat badan pada tubuh Anda.  Selain itu kacang kedelai memiliki kandungan protein yang sangat baik, kaya dengan nutrisi, dapat mencegah kanser dan serangan jantung






Tiada ulasan:

Catat Ulasan