Isnin, 27 April 2015

Rawatan Kecantikan Dengan Kentang


Sebut sahaja kentang, terlintas dalam fikiran tentang menu KFC iaitu kentang goreng (fries wedges), kentang putar (whipped potato). Sebenarnya kentang selain dijadikan makanan, kentang juga mempunyai khasiat dan boleh dijadikan rawatan kecantikan.

Kentang kaya dengan vitamin A, B, C, kalsium, fostor, potasium, zat besi, serat dan protein. Kentang rebus lebih rendah kalori dan lemak. Dalam rawatan kecantikan, kentang juga boleh dijadikan bahan utama rawatan. Berikut adalah beberapa manfaat kecantikan semulajadi yang anda boleh dapatkan daripada kentang.

1. Atasi jerawat dengan kentang: 
Jerawat sentiasa menghantui umum dan sering menjadi masalah kulit yang sukar dicari solusi sekiranya kita tidak mengetahui kaedah betul. Malah produk-produk yang menjanjikan penyelesaian itu turut laris bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Namun, masih ada cara lain yang tidak melibatkan penggunaan bahan kimia dalam menghilangkan jerawat iaitu dengan manfaat kentang. Langkah mudah perlu diambil adalah dengan mengisarkan beberapa biji kentang mengikut kesesuaian dan kemudiannya didinginkan di dalam peti sejuk. Selepas itu lumurkannya pada seluruh wajah sebagai rawatan muka.

2. Mengurangkan lingkaran hitam dengan kentang:
Jus kentang segar boleh digunakan di bawah mata dengan bantuan kapas. Biarkan ia di kawasan bawah mata selama kira-kira 20 minit sebelum dicuci dengan air sejuk. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk melihat hasil yang ketara. Kentang mempunyai ciri pencerahan semula jadi, dan oleh itu, sangat berguna untuk mengurangkan lingkaran hitam bawah mata.

3. Mencerahkan kulit dengan kentang: 
Ramai yang menggunakan produk pencerahan kulit dijual di pasar malam kerana ingin memiliki hasil wajah putih gebu dalam masa singkat. Namun, sebaliknya ternyata ia memberi kesan buruk apabila kulit akan menipis akibat terhakis sehingga memberi masalah kemerahan ekstrem ketika cuaca terik.

Sebaiknya mari amalkan cara mudah dan diyakini berkhasiat dengan menggunakan gabungan nutrisi yang terdapat dalam kentang. Kaedahnya adalah dengan aplikasikan topeng muka (pupur) daripada parutan kentang segar pada wajah selama 30 minit. Biarkan dalam keadaan lembap dan dingin sebelum dibilas air bersih.

4. Mencerahkan ketiak dengan kentang:
Kentang membantu untuk menyembuhkan masalah ketiak gelap atau hitam. Untuk kesan maksimum, anda boleh mencampurkan jus kentang dengan jus lemon dan madu dan letakkan di bahagian ketiak anda yang gelap. Lakukan ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu selama setengah jam.

5. Cegah penuaan sebelum usia dengan kentang: 
Banyak nutrisi yang terkandung dalam kentang dilihat mampu dijadikan perawatan antikedut. Rutin seharian pupur muka yang dibuat daripada ekstrak kentang membolehkan beri kesan positif untuk menegangkan garis halus. Malah, ia turut melembutkan kulit anda. Letakkan kentang parut atau jus kentang pada muka anda untuk mengurangkan bintik hitam, Ia mampu mencegah kedutan dan mendapatkan wajah yang sihat.

6. Menanggalkan sel kulit mati dengan kentang:
Selain dijadikan sebagai pupur, kentang turut digunakan sebagai skrab semula jadi yang bertekstur lembut bagi kulit. Caranya adalah dengan menggosokkan parutan kentang segar pada wajah, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas bersih menggunakan air. Ia turut boleh diaplikasi pada tubuh.

7. Menyihatkan dan menguatkan rambut dengan kentang: 
Jus kentang boleh dicampur dengan aloe vera untuk digunakan pada rambut dan kulit kepala untuk rambut kering. Jus kentang mentah kaya dengan protein, fosforus, vitamin A, B dan C, dan banyak mineral penting yang lain, yang semuanya membuatkan rambut anda lebih sihat dan bermaya.

8. Mengurangkan uban dengan kentang: 
Selain dari menyihatkan dan menguatkan rambut, kentang juga mampu untuk mengurangkan uban. Caranya hanya perlu rebus kulit kentang di dalam air, dan kemudian toskan. Gunakan air ini untuk bilasan terakhir selepas mencuci rambut. Lakukan secara berterusan, dan anda akan melihat uban menjadi kurang dan rambut anda akan menjadi lebih sihat dan berkilat.

Caranya adalah buat jus daripada perahan kentang yang dikisar dan dicampurkan ekstrak itu dengan sebiji telur bersama perahan lemon. Oleskan campuran itu pada rambut dan kulit kepala dengan cara urutan menyeluruh serta lembut. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilaskan dengan air bersih.

Kesemua itu adalah faedah tinggi kentang untuk kecantikan dan ianya sangat mudah diaplikasikan pada kehidupan seharian selain tidak mengambil masa lama dalam proses penyediaan.

Selamat mencuba!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan