Rabu, 13 Ogos 2014

10 Tips Cegah Dijangkiti Ebola


Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu penyakit yang amat merbahaya. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% – 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.

Berikut 10 Tips untuk mencegah dari dijangkiti Virus Ebola

1. Sering mencuci tangan. Kita tahu bahawa Ebola merebak dan menjangkiti manusia menerusi cecair tubuh seperti peluh, darah dan air liur. Oleh itu rajin-rajin lah mencuci tangan dengan menggunakan sabun.

2 Hati-hati ketika melawat pesakit Ebola. Meskipun pesakit Ebola sembuh selepas dirawat, virus yang sudah lemah dalam tubuh bekas pesakit masih boleh berpindah ke tubuh individu lain dalam tempoh tujuh minggu. Oleh itu anda perlu menghadkan hubungan dengan keluarga pesakit yang baru melawat pesakit.

3 Hati-hati ketika menziarahi jenazah atau pengebumian pesakit Ebola. Jangan sesekali mencium jenazah, atau menentuh tubuh jenazah.

4 Jangan kenalan dengan haiwan yang mungkin menularkan Ebola seperti babi, cimpanzi, gorila, kelawar, monyet, antelop dan landak.

5. Elak dari masuk ke hutan-hutan di negara yang dijangkiti Ebola seperti Afrika.

6 Jika anda berada di negara dijangkiti Ebola, hadkan perjalanan domestik anda. Bergerak hanya untuk ke tempat yang penting sahaja.

7 Sentiasa ikuti perkembangan maklumat mengenai Ebola di website dipercayai, WHO, Kemenkes RI, dan sebagainya.

8 Jaka terdapat aduan ketika anda berkunjung di negara yang dijangkiti, segera melapor ke petugas kesihatan di negara itu.

9. Sentiasa memakai penutup mulut dan hidung apabila anda melawat pesakit Ebola atau berada di negara yang diserang virus Ebola.

10. Elak dari makan atau minum di restoran atau tempat awam apabila ada berada di kawasan yang dijangkiti Ebola.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan