Laman Perkongsian Ilmu tentang Ceramah agama, ebook, software, gambar pelik, gambar kelakar, info kesihatan, ilmu komputer, seo, tip, tutorial, movie dan forex, semuanya percuma untuk muat turun.
Selasa, 24 Disember 2013
Pemohonan BR1M 2014 dibuka
Makluman kepada orang ramai, pendaftaran pemohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) akan bermula pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang LHDNM : www.hasil.gov.my atau secara mengisi borang permohonan BR1M 2014. Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, pejabat daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi hotline 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang (Isnin - Jumaat) bermula 23 Disember 2013.
PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M 2014)
1. Pada pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan tunai (BR1M 2014) dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M). Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup serta selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah. Secara Keseluruhan, program BR1M 2014 dijangka akan memanfaatkan hampir 5.9 juta isi rumah dan 2 juta individu bujang.
2. Kriteria program BR1M 2014 akan ditambah baik seperti berikut:
a) bagi kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, nilai bantuan akan ditingkatkan daripada RM500 kepada RM650;
b) Sebagai tambahan, kategori bantuan juga diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan RM450;
c) memperkenalkan caruman i-BR1M bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M dengan nilai perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal;
d) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) akan menerima kenaikan jumlah BR1M iaitu daripada RM500 kepada RM650; dan
e) bagi kategori bujang berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1993 atau sebelumnya) dengan pendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah, bantuan akan ditingkatkan daripada RM250 kepada RM300
3. Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014. Penerima BR1M sedia ada boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan maklumat data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank.
4. Pendaftaran pemohonan BR1M 2014 akan bermula pada 23 Disember 2013 dan akan berakhir pada 31 Januari 2014. Ini bagi memberi ruang masa yang cukup kepada pemohon dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan. Borang-borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau dimuat turun melalui laman sesawang LHDNM : www.hasil.gov.my.
5. Pembayaran BR1M 2014 akan dibuat kepada penerima yang layak mulai Februari tahun 2014.
6. Sebarang persoalan boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat bermula 23 Disember 2013.
Sumber: treasury.goy.my
Link untuk Permohonan, Kemaskini Permohonan BR1M 2014 dan Semak Status Permohonan BR1M 2014
Link Borang Permohonan BR1M 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan