Selasa, 24 Disember 2013

Pemohonan BR1M 2014 dibuka


Makluman kepada orang ramai, pendaftaran pemohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2014) akan bermula pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang LHDNM : www.hasil.gov.my atau secara mengisi borang permohonan BR1M 2014.  Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, pejabat daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi hotline 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang (Isnin - Jumaat)  bermula 23 Disember 2013.







PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M 2014)
1. Pada pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan tunai (BR1M 2014) dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M). Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup serta selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah. Secara Keseluruhan, program BR1M 2014 dijangka akan memanfaatkan hampir 5.9 juta isi rumah dan 2 juta individu bujang.

2. Kriteria program BR1M 2014 akan ditambah baik seperti berikut:

a) bagi kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, nilai bantuan akan ditingkatkan daripada RM500 kepada RM650;

b) Sebagai tambahan, kategori bantuan juga diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan RM450;

c) memperkenalkan caruman i-BR1M bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M dengan nilai perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal;

d) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) akan menerima kenaikan jumlah BR1M iaitu daripada RM500 kepada RM650; dan

e) bagi kategori bujang berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1993 atau sebelumnya) dengan pendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah, bantuan akan ditingkatkan daripada RM250 kepada RM300


3. Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014. Penerima BR1M sedia ada boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan maklumat data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank.

4. Pendaftaran pemohonan BR1M 2014 akan bermula pada 23 Disember 2013 dan akan berakhir pada 31 Januari 2014. Ini bagi memberi ruang masa yang cukup kepada pemohon dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan. Borang-borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau dimuat turun melalui laman sesawang LHDNM : www.hasil.gov.my.

5. Pembayaran BR1M 2014 akan dibuat kepada penerima yang layak mulai Februari tahun 2014.

6. Sebarang persoalan boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat bermula 23 Disember 2013.

Sumber: treasury.goy.my

Link untuk Permohonan, Kemaskini Permohonan BR1M 2014 dan Semak Status Permohonan BR1M 2014

Link Borang Permohonan BR1M 2014




Sabtu, 14 Disember 2013

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang Full Movie


FILEM: Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
GENRE: Komedi islamik
PELAKON: Kumpulan Shiro, Along Ezyendy, Mikael Andre, Zalif Sidek dan Ustaz Azhar Idrus


Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang Full Movie 2013 sebuah filem yang dibarisi pelakon seperti Shahrol Shiro, Ajak Shiro, Mikail Andre and seorang ustaz yang sangat popular di youtube iaitu Ustaz Azhar Idrus. Filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang ini bercorak islamik dan komedi telah diterbitkan oleh Metrowealth Movies Production arahan pengarah terkenal Pierre Andre.

Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang ini mengisahkan Dadu, seorang pemuda yang hanyut tanpa tujuan dari hari ke hari. Dia seringkali dipecat dari kerja dan tidak pernah serius dengan segala yang dilakukannya. Dadu tinggal bersama Muiz yang turut bergantung kepada Dadu untuk hidup. Kedua-dua mereka tidak taat pada agama sehinggalah sepupu Dadu, Hamzah datang tinggal bersama. Hamzah kini adalah seorang yang taat pada agama dan sering pergi ke masjid untuk bersembahyang dan mendengar ceramah agama. Terkejut dengan perubahan pada diri Hamzah, Dadu dan Muiz berazam untuk mengubah diri mereka tetapi jalan untuk kembali jalan yang lurus bukanlah sesuatu yang mudah.... Selamat Menonton






Khamis, 12 Disember 2013

Diet Atkins (Diet Karbohidrat)

Memiliki badan yang lansing merupaka impian setiap wanita. Sebenarnya anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk kurus. Cukup dengan Diet!

Diet Atkins dipopularkan oleh Dr. Robert C. Atkins. Menurutnya, dengan meningkatkan penggunaan makanan yang banyak kandungan protein dan tidak memakan karbohidrat sama sekali selama dua hari pada minggu pertama diet dan selepas itu baru boleh mengambil karbohidrat dalam jumlah sedikit, membuat berat badan seseorang boleh dikurangkan cepat. Dr. Atkins menjanjikan kalau diet ini akan membuat si pelaku diet menurunkan berat badannya tanpa merasa lapar.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut. Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak. 

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet 
itu buat masa yang lama. 

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup. 

Mekanisma Diet Atkins 


Tubuh badan kita menggunakan karbohidrat sebagai sumber tenaga utama dalam melakukan kerja harian. Karbohidrat akan dicerna di saluran pencernaan menjadi bahan asas seperti glukos yang sering kita panggil sebagai gula. Glukos akan menyerap ke dalam sistem darah dan dikawal-atur oleh hormon yang digelar sebagai insulin. 

Apabila kita makan, kandungan glukosa akan meningkat dan insulin akan menjalankan peranannya untuk mengawal kandungan glukos supaya tidak terlalu tinggi mahupun terlalu rendah. Glukos akan digunakan sebagai tenaga untuk melakukan kerja harian.

Glukos yang berlebihan akan ditukarkan kepada glykogen. Walaubagaimanapun, kapasiti glykogen tidaklah besar, maka glukos yang tidak dapat ditukarkan akan disimpan sebagai lemak. Lemak mempunyai kapasiti yang sangat besar, dan anda boleh lihat bagaimana seseorang boleh menjadi sangat gemuk disebabkan pemakanannya. 

Apabila kita mengamalkan diet rendah karbohidrat, tubuh badan kita akan mencari sumber tenaga kedua iaitu lemak. Badan anda akan menukar sistem daripada penggunaan glukos kepada lemak sebagai tenaga. Hasilnya, anda akan mengalami penurunan berat badan hasil dari pembakaran lemak untuk digunakan sebagai tenaga dalam aktiviti harian kita. 

Diet Atkins mempunyai 4 fasa.
1. Fasa Induksi
2. Fasa OWL (Ongoing Weight Loss)
3. Fasa Pra-Pemeliharaan (Pre-Maintenance)
4. Fasa Pengekalan Sepanjang Hayat (Life Time Maintenance)

Fasa Diet Atkins Secara Ringkas


Fasa Induksi
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Diet Atkins kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Makanan yang dibenarkan dalam Fasa Induksi Makanan yang bersumberkan protein seperti Daging, Ayam, Telur, Ikan , Tempeh, dan Taufu . Makanan bersumberkan protein mempunyai kandungan karbohidrat yang sedikit ataupun tiada. Fasa ini juga tidak mengehadkan kandungan lemak dalam makanan anda. Beberapa sumber lemak yang dibolehkan dalam fasa ini ialah Minyak zaitun, Butter, Mayonis, Minyak kelapa, dan Minyak kanola .

Fasa OWL (Ongoing Weight Loss)
Pada fasa ini, anda boleh mula menambah variasi makanan anda. Anda boleh tambah beri dan kekacang. Pada masa ini anda boleh secara perlahan-lahan menambah karbohidrat sebanyak 5 gram dalam satu masa sehingga sampai satu tahap berat anda masih lagi mengalami penurunan. Ia digelar, Tahap Karbohidrat Untuk Kurang Berat/ Carbohydrate Level for Losing (CLL). Biasanya anda akan berada dalam fasa ini sekiranya tinggal lagi 5 kg berat sahaja yang ingin anda kurangkan.

Fasa Pra-Pengekalan (Pre-Maintenance)
Fasa ini, anda boleh meluaskan lagi variasi makanan anda termasuklah buah-buahan, sayuran, dan bijirin. Anda juga boleh menambah karbohidrat sebanyak 10 gram dalam satu masa. Apabila anda telah mencapai matlamat berat anda. Anda sudah tahu berapa banyak pengambilan karbohidrat yang mengurangkan, mengekalkan, dan juga yang menyebabkan penambahan berat badan.

Fasa Pengekalan Sepanjang Hayat (Life Time Maintenance)
Seperti yang dinyatakan, fasa ini adalah fasa yang terakhir di mana anda perlu mengekalkan gaya pemakanan anda selama mana yang mungkin. Mungkin sehingga akhir hayat anda. Anda sudah pun mencapai berat yang diinginkan dan mahu memastikan ia tidak bertambah semula disebabkan tabiat pemakanan lama.

Untuk Panduan Diet Atkins yang lengkap seperti Jadual pemakanan dan Menu makanan mengikut fasa, boleh diperolehi dari ebook dibawah.


Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Diet Atkins !!! Minta nasihat Doktor anda sebelum mengamalkan diet ini.




Isnin, 9 Disember 2013

Video dan Gambar Rusuhan di Singapura

Rusuhan tercetus di kalangan pekerja dari Asia Selatan dan merosakkan kereta polis dan beberapa kenderaan di kawasan digelar `Little India', kata saksi dan media Singapura.

Kejadian berkenaan yang berlaku di republik yang mengamalkan perundangan ketat tercetus di kawasan biasanya dibanjiri ribuan pekerja, kebanyakannya dari benua kecil India, pada hari cuti mereka.


“Polis mengesahkan rusuhan berkenaan di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire, kira-kira 9.23 malam, 8 December 2013


“Anggota polis di kawasan itu sedang mengawasi keadaan. Orang ramai dinasihati supaya menjauhi kawasan berkenaan,” menurut kenyataan Polis Singapura menerusi Facebook rasmi jabatan itu.

Beberapa gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan Tingkap kenderaan polis serta ambulans dipecahkan dan dibakar.


























Video Rusuhan di Singapura



Sabtu, 7 Disember 2013

Novel Kisah 47 Ronin


Cerita Empat Puluh Tujuh Ronin adalah salah satu asal tipikal bagi semua cerita Jepun; ia digambarkan oleh salah seorang terpelajar di Jepun yang terkenal sebagai "Lagenda kebangsaan Jepun" . Ia menceritakan tentang kod maruah samurai, bushido, dan memberi sebahagian besar gambaran jelas pandangan dunia traditional Jepun.

Secara ringkas, ia mengisahkan mengenai kesetiaan empat puluh tujuh Ronin yang membela kematian tuan mereka pada zaman feudal Jepun dahulu. Sekumpulan samurai menjadi tidak bertuan apabila tuan mereka dipaksa melakukan seppuku (istiadat bunuh diri) kerana menyerang pegawai istana. Mereka membalas dendam dengan membunuh pegawai istana tersebut, selepas menunggu dan merancang dengan sabar selama lebih dari satu tahun.



Legenda 47 Ronin amat dihargai di Jepun. Bukan saja kisah bersejarah ini diperturunkan dari generasi ke generasi tetapi setiap tahun, sekolah dan bank akan ditutup sehari untuk memperingati para wira ini yang telah mengorbankan nyawa mereka demi negara.

Malah tradisi menggalakan kisah Ronin diinterpretasikan berulangkali secara kreatif melalui penulisan, pementasan teater mahupun dihidupkan di layar perak.

"Tradisi ‘Chushingura’ ialah penceritaan semula peristiwa bersejarah 47 Ronin. Tujuan kami adalah untuk mengekalkan dan menghormati tema sejarah serta emosi asasnya, namun pada masa yang sama melihatnya melalui lensa penonton kontemporari.

"Penonton filem hari ini bercakap dalam 'bahasa' fantasi, sci-fi dan adiwira. Objektif saya adalah untuk mengambil Chushingura Jepun dan menyampaikannya kepada penonton antarabangsa menggunakan palet Hollywood," cerita pengarah '47 Ronin', Carl Rinsch.

Dalam penyelidikannya, Rinsch mengambil inspirasi dari sentuhan seni Hayao Miyazaki dan pelukis Katsushika Hokusai dan Utagawa Hiroshige. Katanya, karya-karya Hokusai dan Hiroshige jelas memperlihatkan sebuah dunia fantasi.

Dari situ, Rinsch dan produksinya mula menyiasat aspek fantasi '47 Ronin' termasuk makhluk-makhluk yang menjadi sebahagian dari cerita rakyat Jepun. Apa yang ditemui cukup mengagumkan dari pahlawan Tengu yang merupakan pahlawan burung, Yokai (raksasa ghaib) dan Oni (makhluk gergasi). Ini memberi ruang luas untuk Rinsch meneroka dari segi perceritaan.

Tetapi Rinsch sedar pada asasnya kisah 47 Ronin adalah tentang cinta dan kedukaan, maka amat penting untuk mencari keseimbangan di antara elemen fantasi dengan cerita yang ingin disampaikan.

“Ada masanya, penceritaan itu perlu besar dan berani, dan adakalanya senyap. Jadi, keseimbangan perlu dicari antara aksi dan momen di mana watak-watak berinteraksi dan mencari keserasian sesama mereka.”




Download Ebook





Khamis, 5 Disember 2013

Cara Lapor Salahlaku Halaman FB agar dibanned

Salam semua...

Sekarang ni banyak salah laku berlaku di facebook seperti hasutan, penyamaran, dan penghinaan.
Lebih menyakitkan hati lagi, Facebook dijadikan medium untuk menjatuhkan Islam dalam aspek akidah.

Sebahagian besar ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) sungguh ingin seandainya mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekufuran setelah kamu beriman kerana timbul rasa hasad dengki dari dalam hati mereka setelah jelas kebenaran kepada mereka.”

Mereka (musuh-musuh Allah) berusaha untuk memadam cahaya (din) Allah 
dengan mulut (dakyah) mereka tetapi Allah tidak rela kecuali menyempurnakan cahaya-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”

Dalam entri kali ini saya tunjukkan cara untuk banned kan halaman facebook untuk masa depan agama Islam. semoga cara ini dapat menghalang serangan-serangan cyber dari puak-puak kafir yang pelampau.

Cara untuk hapuskan halaman facebook seseorang adalah dengan langkah-langkah dibawah:





P/S: Tolong Hapuskan Halaman Facebook ini. "Facebook Dajal" dan sebarkan....


...Lalu Rasulullah pun mengulanginya dan menambah: “Selain daripada itu, Allah mengangkat darjat seseorang itu sebanyak seratus darjat di dalam syurga. Jarak di antara dua darjat seperti jarak di antara langit dan bumi. 
Abu Said bertanya lagi: Amalan apakah yang perlu kami lakukan bagi mendapatkan kelebihan itu, wahai utusan Allah. Nabi Muhammad menjawab: Berjuang demi agama Allah. Berjuang demi agama Allah.” (Direkodkan oleh Muslim)