Laman Perkongsian Ilmu tentang Ceramah agama, ebook, software, gambar pelik, gambar kelakar, info kesihatan, ilmu komputer, seo, tip, tutorial, movie dan forex, semuanya percuma untuk muat turun.
Jumaat, 6 September 2013
Himpunan nama bayi dalam Islam
Disunatkan memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya sebagaimana yang terdapat dalam sabda Nabi s.a.w.;
“Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.)
Walau bagaimanapun ada juga sesetengah ibubapa memberi nama anak mereka sejak dalam kandungan lagi dan aja juga ibubapa yang ingin melihat bayi mereka dahulu sebelum mencari nama yang sesuai dari buku-buku nama untuk anak mereka. Kebanyakan ibubapa akan memilih nama anak mereka berdasarkan agama dan etnik, dan ada juga yang akan menamakan anak mereka sempena ahli sukan ataupun penghibur kegemaran mereka. Ada yang percaya bahawa nama yang popular dan mudah dieja akan memudahkan anak anda kelak. Namun, terdapat juga yang merasakan bahawa nama yang unik akan membuatkan anak anda lebih menonjol daripada yang lain. Kebanyakan ibubapa akan memilih nama yang mereka suka. Nama yang anda pilih biasanya akan mencerminkan diri anda berbanding bayi anda.
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menukar nama (seorang perempuan bernama) ‘Ashiyah (yang bermaksud; perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); ‘Kamu adalah Jamilah (bermaksud; yang indah)’”. (Riwayat Imam Muslim).
Daripada hadis diatas, jelas maksud nama yang diberikan untuk si anak sangatlah penting dalam Islam.
Oleh itu rujuklah ustaz-ustaz yang arif sebelum memberi nama kepada si anak yang tersayang.
Berikut adalah ebook nama-nama yang mempunyai maksud sebagai panduan ibubapa memilih nama anak yang bakal dilahirkan.
Semoga anak anda menjadi insan yang cemerlang dan berbilang di sisi Allah SWT.... Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan