Rabu, 7 Ogos 2013

Kegunaan Arang Dalam Perubatan Dan Kecantikan

Kegunaan Arang Dalam Perubatan Dan Kecantikan

Arang adalah sisa hitam mengandungi karbon tidak murni yang dihasilkan dengan menghilangkan kandungan air dan komponen meruap dari haiwan atau tumbuhan. Arang umumnya didapatkan dengan memanaskan kayu, gula, tulang, dan benda lain. Arang yang hitam, ringan, mudah hancur, dan meyerupai batu bara ini terdiri daripada 85% hingga 98% karbon, selebihnya adalah abu atau benda kimia lain. Arang merupakan suatu pepejal berliang yang mengandungi 85-95% karbon, dihasilkan dari bahan-bahan yang mengandungi karbon dengan pemanasan pada suhu yang tinggi. Karbon arang mengandungi oksigen serta boleh menyerap gas dan toksin berbahaya.

Manfaat Arang dalam Perubatan

Penggunaan arang sebagai ubat bukanlah sesuatu yang baru. Sejak 1500 SM, masyarakat Mesir menggunakan arang sebagai penyembuh luka dan pembersihan usus halus selepas makan. Hippocrates (460 SM – 377 SM)  iaitu salah seorang pakar perubatan Yunani, yang digelarkan "Bapa Perubatan", menggunakan barang kelam itu untuk rawatan pengidap epilepsi, klorosis, dan Antraks. Pada 1831, di depan pelajar di French Academy of Medicine, Profesor Touery melakukan demontrasi dengan minum racun strychnine yang dicampurkan butiran hitam asal pembakaran. Hasilnya, ia masih hidup dan menjelaskan arang penawarnya.

Menurut Professor Tourey, arang tak berbau dan tak berasa mampu menyerap 60% bahan-bahan toksik di dalam tubuh yang masuk ke seluruh rangkaian pencernaan seperti usus halus, usus besar, dan perut.

Kajian lain dilakukan Richard C. Kaufman, Ph.D dari National Health Federation, Minessota, Amerika Syarikat. Arang terbukti bersifat antipenuaan dan memanjangkan umur sebanyak 40% haiwan percubaan. Itu kerana arang menjaga sensitiviti tubuh dari bahan kimia dan racun yang merosakkan sel tubuh. Arang juga menyeimbangkan metabolisme lemak, menurunkan prestasi sintesis protein pencetus penuaan, penurunan RNA, penghambat arteriosklerosis dan fibrosis. Dos yang dianjurkan sebanyak 30 gram per hari diminum 2 kali seminggu semasa perut kosong.

Arang sebagai pereduksi kolesterol dan penghambat penyakit dipetik dari British Journal of Nutrition. Sejumlah pesakit berkolesterol tinggi yang diberi penggunaan 8g arang per hari turun 25% dari total kolesterol, 41% kolesterol jahat LDL (low density lipoprotein), serta melipatgandakan nisbah HDL / LDL kolesterol. Hal ini adalah kerana arang dapat menyerap penyumbat jantung dan melancarkan peredaran darah koronari.

Manfaat Arang Dalam Kecantikan

Dalam regimen kecantikan, arang banyak memberi manfaat kepada tubuh badan antaranya:

1) Membersihkan muka dan melembutkan wajah
2) Mengurangkan jerawat dan bintik hitam
3) Membersih jauh ke dalam untuk menghapuskan kotoran dan minyak
4) Nyahkan toksik dalam kulit untuk kulit bebas radikal
5) Menghilangkan parut jerawat
6) Menghilangkan bau badan
7) Menjadikan gigi lebih putih
8) Membersihkan kulit kepala dan mengurangkan kelemumur

Berikut merupakan rawatan ringkas yang boleh anda lakukan di rumah dengan menggunakan tablet arang.

Rawatan pemutihan gigi
Jika anda merasa gigi anda kurang bersinar dan berwarna kekuningan, jangan bazirkan duit untuk berjumpa pakar gigi. Sebaliknya, hancurkan tablet arang, letakkan ubat gigi di berus gigi anda dan celupkan berus gigi yang mengandungi ubat gigi tersebut dalam serbuk arang itu tadi. Pada mulanya, anda pasti kaget melihat mulut anda yang kehitaman, namun setelah dicuci, anda pasti akan dapat melihat perbezaannya.

Masker arang
Hasilkan masker arang dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas seperti lidah buaya. Hancurkan satu hingga dua tablet arang dan campurkan ia dengan minyak pokok teh dan gel lidah buaya untuk membuat pes. Lumurkan pada wajah anda dan biarkan ia kering. Setelah itu, bilas dan lap sehingga bersih. Kulit pasti akan menjadi lebih segar dan bermaya.

Skrub badan
Jika anda menghadapi masalah bau badan, anda boleh membuat skrub arang dengan gula perang, pati minyak dan tablet arang yang telah dihancurkan menjadi serbuk. Campurkan sekali bahan-bahan tersebut dalam satu bekas dan gaul sehingga sebati. Lumurkan di bahagian yang terbabit seperti di bahagian kaki atau bahagian bawah lengan dan urut bahagian tersebut sewaktu mandi. Kemudian, bilas badan anda sehingga kering.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan