Laman Perkongsian Ilmu tentang Ceramah agama, ebook, software, gambar pelik, gambar kelakar, info kesihatan, ilmu komputer, seo, tip, tutorial, movie dan forex, semuanya percuma untuk muat turun.
Sabtu, 29 Jun 2013
Admin Laman Jiwang org didakwa
Tiada lagi download video free
Tiada lagi download movie free
Tiada lagi download lagu free
Tiada lagi download ebook free
Tiada lagi download aplikasi game free
Laman jiwang.org telah ditutup sejak pertengahan Februari 2013 akhirnya terjawab apabila sepasukan penguatkuasa menyerbu kediaman admin jiwang.org di Kubang Kerian pada 11 Jun lepas atas Akta Hakcipta 1987.
Ternyata jiwang.org berkubur buat selama-lamanya...
...............................
Pengusaha Laman Sesawang Popular Muat Turun Muzik Haram Ditahan
PUTRAJAYA, 18 Jun (Bernama) -- Pengusaha laman sesawang popular muat turun dan muat naik muzik secara haram, www.jiwang.org (JWG), yang mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sejak tahun 1997, akhirnya ditahan pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Kelantan.
Pengarah Penguatkuasa Bahagian Penguatkuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin berkata lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas sepasukan penguatkuasa menyerbu kediamannya di Kubang Kerian pada 11 Jun lepas.
"Laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan muat turun dan muat naik lagu-lagu Melayu telah mengaut keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan servis iklan dan sumbangan daripada mereka yang menjadi ahli laman sesawang JWG.
"Lelaki itu mengaku pernah memperoleh pendapatan lumayan, iaitu mencecah RM10,000 sebulan pada tahun 2006, tetapi pendapatannya merosot kepada RM1,500 sebulan sekarang setelah muncul pesaing yang menggunakan modus operandi yang sama dengan JWG," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.
Hadir sama Ketua Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sheikh Raffie Abd Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Tan Ngiap Foo.
Roslan berkata pasukan penguatkuasa juga merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 yang membawa hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Beliau berkata Bahagian Penguatkuasa akan mengeluarkan notis halangan kepada SKMM bagi menghalang akses laman sesawang JWG seperti yang diperuntuk mengikut Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.
Sementara itu, Tan berkata industri muzik menanggung kerugian kira-kira RM10 juta dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini berikutan laman sesawang yang menawarkan muat naik dan muat turun lagu di negara ini.
"Saya berterima kasih kepada KPDNKK yang membuat serbuan sebegini. RIM akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pengusaha laman sesawang JWG bagi menuntut ganti rugi yang ditanggung industri muzik," katanya.
Beliau juga berkata RIM telah mengenal pasti laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan serupa kepada pengguna bukan sahaja dari Malaysia malah Indonesia dan Brunei.
Dalam perkembangan berkaitan, Roslan berkata KPDNKK sedang menyiasat sekurang-kurangnya 32 laman sesawang yang menawarkan muat turun dan muat naik muzik serta filem percuma secara haram di negara ini.
Beliau berkata sebanyak 30 aduan diterima berhubung laman sesawang dikategori sebagai 'jerung siber' yang menyumbang kepada pelanggaran hak cipta.
"Siasatan awal mendapati laman sesawang ini beroperasi di dalam dan luar negara. Kita akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, SKMM dan pemilik hak cipta untuk menjejaki serta melumpuhkan jerung siber ini agar tindakan tegas dapat diambil ke atas mereka," katanya.
Roslan turut mengingatkan semua agensi kerajaan melalui Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Keselamatan Komputer Malaysia (MyCert) supaya mengambil langkah berjaga-jaga serangan siber ke atas laman sesawang kerajaan selepas laman JWG dihalang akses.
"Ini adalah berdasarkan pengalaman pada tahun 2011 yang menyaksikan beberapa laman sesawang kerajaan digodam setelah 10 laman sesawang yang melanggar Akta Hakcipta 1987 dihalang akses," katanya.
-- BERNAMA
........................................
Illegal music download website silenced
PUTRAJAYA: An illegal music download website was crippled following the arrest of the operator of www.jiwang.org (JWG), in what is considered the first online music piracy raid in Malaysia.
A team led by the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry caught the suspect during a June 11 raid in Kubang Kerian, Kelantan, where the suspect was operating out of his house.
The ministry’s enforcement director Mohd Roslan Mahayudin said they launched the raid – dubbed Ops Skyfall – after five months of surveillance and confiscated computers and related equipment worth some RM30,000.
“The suspect admitted to owning and operating the JWG website. The website owner is said to have earned hundreds of thousands of ringgit,” he said at a press conference at the ministry’s office here.
Roslan noted that the suspect earned a living by charging a subscription fee for downloaders to use his website’s services, and also from advertising space following the high demand from users.
Recording Industry Association of Malaysia chief executive officer Tan Ngiap Foo, who was also present at the press conference, added that the suspect had practically every single album of Malay artists published in Malaysia on his server.
“We haven’t really counted how many songs are available, but you have everything from Siti Nurhaliza to P. Ramlee. We estimate that copyright holders have suffered at least RM10mil in losses over the past five years,” he said.
Tan said they found that the market serviced by JWG was used not only by Malaysians in the country and overseas, but also by Indonesians and Bruneians.
Roslan pointed out that the raid only emphasised the shift by intellectual property pirates from physical piracy such as illegal DVD peddlers of the past decade, to more clandestine online operations.
He said the ministry was currently monitoring 32 websites operating locally and globally offering services similar to JWG, and warned that they were gearing up for their next assault on online pirates.
“The ministry is upgrading its effectiveness in dealing with online piracy. We are arming our staff with advanced ICT capabilities, and we have also moved for amendments to the Copyright Act to extend the liability (for piracy) to service providers,” he said.
Sumber:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/6/19/nation/13257507&sec=nation
Invest in Ripple on eToro the World's Top Social Trading Network.
BalasPadamJoin millions who have already found easier strategies for investing in Ripple.
Learn from established eToro traders or copy their positions automatically.
If you are looking to BUY bitcoins online, Paxful is the best source for bitcoins as it allows buying bitcoins by 100's of payment methods, such as MoneyGram, Western Union, PayPal, Credit Cards and even exchanging your gift cards for bitcoins.
BalasPadam