Jumaat, 28 Disember 2012

Game Android 1.6 NEED FOR SPEED Shift

NEED FOR SPEED: Shift v1.0.62

[by EA Mobile]

Requirements:Android 1.6+

Get the most visceral and aggressive racing simulation ever seen on Android!

FEED YOUR NEED: Drive 20 cars, including the BMW M3 GT2, Lamborghini Gallardo, and Pagani Zonda.

EVERY PRO CIRCUIT DETAIL:Experience the sweeping skylines of 18 tracks in inspiring international locations (Chicago, London, Tokyo) through day and night driving. See and feel roaring engines, squealing tires, and crunching collisions.

Above all, get speed, speed, and more speed!UPGRADE, CUSTOMIZE, AND COMPETE:Fine tune performance with Top Speed, Acceleration, Tires, Suspension, and Nitrous upgrades. Add custom details like spoilers, rims, specialized paint jobs, and body kits.

HOW DO YOU RACE?Jump into Quick Race or dominate the circuit in Career Mode. Select 3 Difficulty Settings (Rookie, Pro or Veteran). Track your evolution with DRIVER PROFILE.Grab hold and push it to the limit with the most visceral and aggressive racing game on Android!





.

Selasa, 25 Disember 2012

Jangan Curi Gambar Facebook Aku

Sekarang ni ramai teringgin nak jadi glamour.. terkenal macam artis dengan muat naik gambar peribadi di internet. Akhirnya, ada orang pula yang ambil kesempatan untuk mendapatkan wang dari gambar orang lain... dan lebih menyedih dan menakutkan, gambar kita dibogelkan dengan menggunakan software-software tertentu.

Terbaru.. seorang wanita Malaysia membuat aduan bahawa ada individu yang menggunakan teknik pertindihan gambar untuk mencantumkan wajahnya dengan gambar separuh bogel sebelum memuat naiknya ke dalam laman Facebook yang mempromosikan khidmat seks. Laman Facebook tersebut menggunakan akaun Jessy Serikembangan dan Lisa Carino.

Baca Dari utusan
Baca Dari myMetro
Baca Dari Sinar Harian.



Ada sebuah laman blog Malaysia, penuh dengan post-post gambar gadis melayu... dan ada juga yang memaparkan awek-awek bertudung... walaupun ia bukan gambar lucah, tetapi saya yakin gambar-gambar tersebut dicuri dari facebook... anak check dan siasatlah sendiri, mana tahu entah-entah gambar anda juga telah dimuat naik dalam blog-blog tersebut.

Sebenarnya,  bagi pengguna facebook, kita boleh menghadkan pelawat untuk melihat gambar kita di album facebook... mudah sahaja, caranya seperti dibawah;

Cara pertama:

Anda klik profail anda...
klik gambar
pada tab Album anda klik sunting


dan akhir sekali anda boleh pilih had-had privasi gambar anda.


Cara kedua:

Dalam Album anda mungkin ada gambar peribadi, dan juga gambar umum. jadi kita boleh pilih mana-mana Album yang ingin kita lock, atau hadkan seperti dibawah



 ...........................................................................................................................................
Dibawah, sekadar perkongsian...


Bismillahirrahmanirrahim...

(1) “ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”...Yang dimaksudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik di dalam internet samada dalam frienster, fb atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.Menyertai FB tidak semestinya perlu menonjolkan kecantikan wajah atau tubuh badan.Menulis dengan tulisan-tulisan yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah & mengembangkan tali persahabatan sesama manusia.


(2) Wajah wanita adalah sebesar-besar FITNAH yang mengundang pelbagai maksiat dan dosa.Lagipun wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki.Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita … .”(QS. Ali Imran : 14)


(3) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”


(4) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya : “Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaithan dan membelakang dalam bentuk syaithan.”


Para wanita menyerupai syaithon karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas. Oleh karena itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.


(5) Sabda RASULULLAH S.A.W.;Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)


(6)Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelitaTelah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannyaMereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdayaSedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya


Berdasarkan dalil2 ini dan ilmu2 yang ana belajar, jika ditanya pada ana bolehkah muslimah memaparkan gambarnya pada lelaki bukan mahram umpamanya di Friendster, facebook atau sebagainya, maka jawabnya walau menutup aurat sekalipun tidak boleh dan inilah sebaik-baik jawapan. Pakai tudung atau pakai niqob juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum. Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar2 masjid atau gambar2 lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram.


Ada yang memberi alasan bahawa dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan2 lama kenal. Maka jawabnya tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan2 lama akan kenal, mungkin ada banyak lagi prkara lain yg boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya, ini semua alasan semata-mata untuk membenarkan apa yang kita buat.

Wallahu’alam..-Al Azhar Addin


Sumber: komuniti.iluvislam.com



Ustaz Azhar Idrus: Hukum Wanita Letak Gambar Di Facebook



Jangan jadi mangsa penjenayah cyber...

Ahad, 23 Disember 2012

Maksud SEO dan Teknik SEO


SEO adalah singkatan bagi satu terma teknologi maklumat iaitu Search Engine Optimization.

SEO sering dibincangkan dalam seminar perniagaan internet kerana ia merupakan salah satu strategi pemasaran yang berkesan di internet.

Andaian yang boleh diberikan ialah bagaimana untuk membuat laman web organisasi Y berada dalam senarai carian yang pertama dalam laman web enjin carian seperti Google sekiranya seseorang menaip perkataan 'ebook' di laman web enjin carian Google tersebut? Jadi, ini adalah sebahagian daripada strategi pemasaran di internet.

Terdapat teknik-teknik SEO yang boleh digunakan untuk manipulasi algoritma atau tata cara perjalanan proses bagi sesebuah laman web enjin carian bagi menempatkan kedudukan sesebuah laman web itu di senarai carian yang teratas.

Teknik-teknik SEO ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu White Hat SEO dan Black Hat SEO.

White Hat SEO adalah teknik-teknik SEO yang digunakan mengikut cara yang dibenarkan oleh sesebuah laman web enjin carian.

Black Hat SEO pula adalah teknik-teknik SEO yang tidak dibenar menggunakannya oleh pihak laman web enjin carian.

Penarafan senarai carian teratas dengan kata kunci tertentu juga boleh dibayar kepada pihak laman web enjin carian untuk mendapatkan tempat yang tertinggi dalam senarai carian tersebut.

Teknik-teknik White Hat SEO yang boleh digunakan adalah seperti penempatan penggunaan kata kunci dengan perkataan tertentu seperti komputer, motivasi dan lain-lain, analisis sambungan atau Link Building Analysis, penggunaan Link Exchanges, Onsite Analysis, penggunaan Meta Tags untuk menempatkan beberapa kata kunci bagi memberi maklumat sesebuah laman web dan lain-lain.

Beberapa teknik Black Hat SEO pula adalah seperti Keyword Stuffing, Page Stuffing, Selling and Farming Link dan lain-lain.

Terdapat juga program-program komputer yang boleh digunakan untuk menjalankan teknik-teknik tertentu dalam perlaksanaan SEO ini.

Program komputer yang digunakan bagi teknik Link Building Analysis adalah seperti Google Alerts, Majestic SEO, Open Site Explorer, OnlyWire, Seesmic Ping, Affiliorama SEO Toolbar dan lain-lain.

Program komputer yang digunakan untuk teknik penggunaan kata kunci pula adalah seperti Google Adwords Keyword Tool, Google Trends, Google Insights for Search, Google Correlate, Google Related Searches, BuzzFeed, Alexa, Soovle, Keyword Discovery, Kgen, Keyword Questions, SearchStats Plugin dan lain-lain.

Seterusnya program komputer yang digunakan untuk teknik Onsite Analysis adalah seperti Google Analytics, Woo Rank, HubSpot Marketing Grader, SEOTools for Excel, SiteTrail for Chrome, SEOQuake, SEOBook, SEO for Chrome dan lain-lain.

SEO adalah satu cara yang digunakan untuk penarafan senarai carian sesebuah laman web bagi carian tertentu dalam laman-laman web enjin carian dengan menggunakan teknik-teknik tertentu yang bersesuaian dengan tata cara sesebuah laman web enjin carian tersebut.

Dengan mendapat kedudukan senarai carian laman web yang tertinggi di sesebuah laman web enjin carian bagi kategori tertentu, ia akan meningkatkan capaian oleh pengunjung sasaran di internet.

Jadi, ini akan meningkatkan promosi dan pemasaran bagi sesebuah perkhidmatan atau produk di internet menerusi laman web organisasi.

Sebagai contoh, apabila pengguna menaip perkataan 'download percuma' di laman web Google, alamat laman web http://downloadpelbagai.blogspot.com akan berada disenarai ke dua selepas gempak.org .

seo untuk blog


Secara automatik atau kebiasaan, pengguna akan cuba masuk ke laman web tersebut.


Artikal sebenar:
utusan.com.my






Ahad, 16 Disember 2012

AES dan Lokasinya


Kecoh juga pasal Pemasangan kamera AES ni...
Bagi saya, sama ada suka atau tidak, apabila ia dipasang kawasan kita, kenalah kita ikut peraturan 100%.
yer lah, kalau tak nanti tak pasal-pasal kita kena saman, RM300... banyak tu!

nak tahu dimana kamera AES dipasang, dan akan dipasang (Lokasi Blackspot AES)... leh tengok di laman mosti atau di bawah ni ;


Lokasi AES Had Laju


Lokasi AES - Lampu Isyarat


Rumusan Lokasi AES


Automated Enforcement System (AES) adalah senguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010. Ia adalah salah satu usaha aktivis keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment).

AES adalah suatu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

Tujuan AES adalah untuk mengurangkan kematian akibat kemalangan.

AES beroperasi;
  • 24 jam
  • Tidak bermusim seperti OPS Sikap dan OPS Selamat
  • Tiada campur tangan manusia

Pelaksanaan AES meliputi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat dan Memandu melebihi had laju.

Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ. Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS). Sistem AES juga secara automatik akan menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.


Kementerian Pengangkutan Malaysia merupakan tuanpunya (owner) kepada AES. Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan adalah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan AES:

  • JPJ bertanggungjawab melaksanakan AES secara langsung dan merupakan end user kepada sistem AES.
  • MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera daripada blackspot (kawasan sering berlaku kemalangan) dan kajian keberkesanan AES.
  • JKJR bertanggungjawab dalam advokasi dan kempen kesedaran jalanraya mengenai AES.
Sumber info:
http://www.mosti.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2524
http://www.jpj.gov.my/aes-system

Jumaat, 14 Disember 2012

Angry Birds Seasons v2.4.1 Game


Free full Angry Birds Seasons v2.4.1 cracked READ NFO-THETA . New version of Angry Birds Seasons war released by Rovio. In this version (v2.4.1). Rovio added 30 new levels titled "Piglantis".

Salah satu permainan yang paling popular untuk peranti mudah alih, kini pada PC dan Mac!
Download percuma Angry Birds Seasons v2.4.1 full version free.

  • Anda boleh bermain tanpa perlu membayar 1sen pun.
  • Tak perlu lagi membeli "key activate" untuk ke level yang seterusnya...
  • Anda hanya perlu install dan main.


Terdapat 2 Seasons dalam Angry Birds Seasons war iaitu Seasons 2011 dan Seasons 2012.


Angry Birds Seasons 2011


Terdapat 10 tema (660 level) dalam Angry Birds Seasons 2011 



 Angry Birds Seasons 2012

Terdapat 8 tema (555 level) dalam Angry Birds Seasons 2012

Jumlah game dalam Angry Birds Seasons v2.4.1 full version free ini adalah 1215 game!
Main lah sampai muntah!


Cara Install.. 

  • Install
  • Dan masukan  key to activate iaitu : THET-ALEV-LEFR-USWO (Ada didalam Folder Patch)



SYSTEM REQUIREMENTS:

OS: Windows 98/2000/XP/Vista
Processor: Pentium 4 @ 1.8 GHz/Athlon XP 2400+
Memory: 512 MB (1 GB for Vista)
Hard Drive: 13.33 Mb Free
Video Memory: 128 MB (NVIDIA GeForce 6600/ATI Radeon X800)
Sound Card: DirectX Compatible
DirectX: 9.0c
Keyboard and Mouse
DVD Rom Drive







Khamis, 13 Disember 2012

Hentikan Penderaan (Stop Abuse)


Ape nak jadi dengan dunia...
Makin hari makin hilang sifat kemanusiaan...

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum, ayat 21)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah menjadikan rahmat 100 bahagian, satu bahagian daripadanya sudah diturunkan ke bumi. Daripada bahagian satu inilah, sekalian makhluk dapat berbelas kasihan sesama sendiri antara satu sama lain hinggakan ada seekor binatang yang mengangkat kakinya kerana takut terpijak anaknya sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari)

Firman ALLAH SWT dalam surah al-A’raf, ayat 79 bermaksud: “Mereka mempunyai kalbu tetapi tidak mengambil faham (berfikir) dengannya dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka itu adalah seperti binatang ternakan, malah mereka lebih sesat.”

Video Penderaan





Dalam kajian Noremy Md. Akhir, Khadijah Alavi, Salina Nen, Fauziah Ibrahim, M. Suhaimi Mohamad, Nazirah Hassan, (Relation of Internal Factors that Contribute To Physical Child Abuse among Parents). Link

Antara punca seseorang bertindak ganas adalah kerana..
  • Personaliti diri
  • Pengetahuan agama yang lemah
  • Tekanan kehidupan
  • Pengalaman trauma penderaan

emmm... saya nak tambah 1 lagi, entah-entah dia org ni ade sindrom gila, atau sakit mental!

Hentikan penderaan .. Stop Abuse!
Penderaan hanya akan membuatkan anak anda ;
  • Mengalami tekanan jiwa, 
  • Gangguan emosi,dan mental 
  • Gangguan proses pembesaran
  • Masalah tidur
  • Kemurungan /kerisauan
  • Masalah pembelajaran
  • Perlakuan yang ganas
  • Gemar mencederakan/merosakkan diri sendiri 
  • Gemar merosakkan harta benda
  • Mungkin akan menjadi ibu/bapa yang mendera anak aabila dewasa kelak.






.

Selasa, 11 Disember 2012

eBook Panduan SEO Rangkings


Panduan ini eBook percuma bertujuan untuk membantu anda memberi tumpuan kepada aspek-aspek penting dalam Search Engine Optimization (SEO). Adalah penting untuk memahami bahawa SEO adalah satu proses yang memakan masa yang memerlukan komitmen yang serius.

Antara kandungan dalam buku tersebut;

1. Choosing a Domain Name
2. Optimizing the HEAD Section
3. Optimizing the BODY Section
  • Heading Tags
  • Hyperlinking
  • Content
  • Images
4. Importance of Backlinks
  • Easy ways to get some backlinks to your website quickly
  • Submitting to Web Directories
5. Taking Advantage of a Blog
  • How Blogging Helps with SEO
  • Blogging Platforms
  • Installing Wordpress
  • Wordpress Themes
6. Crucial SEO Mistakes to Avoid
7. Actionable SEO Checklist












Selasa, 4 Disember 2012

Jangan Salah Sangka

Tengok betul-betul, Jangan salah sangka...
Bukan niat nak berlucah..


emmmm,,,kan

Mata terbeliak nampak... !
i tak kangkang ok, 
itu kusyen kereta.


Itu bukan paha saya... tapi lutut kawan saya


Pasu dengan kaki pun tak kenal ke?



hanya sepohon pokok




No komen




No komen...



Plz..Zoom biar jelas.



Seat hitam ade tak tokey? Malu nak naik basikal ni...



Plz..Badan i tak berbulu, ok



Tenung betul-betul, jangan salah sangka, 
saya masih waras



siapa peluk siapa?



Mana satu tuan punya kaki dan
mana satu tuan punya badan?


Moral:
Ada kalanya kata tersalah sangka, adat manusia suka bersangka buruk, ada kalanya mata menipu penglihatan kita. dan akhirnya menimbulkan banyak fitnah.. 


Ahad, 2 Disember 2012

Khasiat bertih jagung sebagai antioksida


Bertih jagung dikatakan antara makanan ringan yang baik untuk kesihatan kerana mengandungi lebih banyak bahan antioksida yang dipanggil folifenol daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Menurut Profesor kimia di Universiti Scranton, Pennsylvania, Amerika Syarikat, Dr. Joe Vinson, folifenol ialah sejenis antioksida tumbuhan yang membantu mencegah radikal bebas di dalam tubuh.

Apa yang lebih mengejutkan, para penyelidik memberitahu bahagian atas bertih jagung yang tidak digemari orang ramai kerana mudah terperangkap di celah gigi-gigi sebenarnya mengandungi kepekatan tertinggi folifenol dan serat.

Begitupun, Vinson menjelaskan bertih jagung tidak boleh menggantikan buah-buahan dan sayur-sayuran segar memandangkan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin dan nutrien lain yang penting untuk kesihatan yang baik tetapi tidak wujud dalam bertih jagung.

Selain itu, Bertih jagung juga dikatakan baik untuk kanak-kanak kerana ia dapat membina tulang, otot, tisu, membantu pencernaan, dan adalah baik untuk gigi.

Kandungan nutrisi dalam bertih jagung
Besi 2.7 miligram
Fosforus 2.8 miligram
KALSIUM 11 miligram
Kalori 404 miligram
protein 12.7 miligram
Thiamine (B1) 0.39 miligram
Riboflavin (B2) 0.12 miligram
niasin 2.2 miligram

p/s: Sememangnya buah-buahan segar adalah sumber vitamin yang baik.
 

Sumber:




Ahad, 25 November 2012

Cara check kelajuan blog


Blog lembap! Blog slow! Blog lambat loading! terhegeh-hegeh nak tunggu...

emmm,, sebab blog berat la tu....

so macam mana blog anda? nak tahu blog ko orang berat ke tak? nak tahu kelajuan blog.. saya kongsikan 4 cara iaitu;

1.  iwebtool-speed_test

2. GTmetrix

3.  Google developers-PageSpeed Insights

4. tools.pingdom

Keempat-empat website ni, yang paling best ( bagi saya ) adalah GTmetrik dan PageSpeed Insights. Sebabnya, dia ada analisis punca blog slow, dan dia beri cadangan cara tingkatkan blog anda ( klik sini jer).
ko orang ikut jer,,, cadangan yang diberi.

Selamat mencuba.......




Punca blog aku slow

Widget adalah suatu aplikasi untuk website. Biasanya widget wujud dalam DHTML, JavaScript, atau Adobe Flash. Widget ni memang sempoi, blogger yang tak ada ijazah programmer (macam saya la,,huhuhu), pon boleh buat web site atau blog yang cantik. (bukan mcm blog saya, blog saya tak cantik..huhuhu).

Tapi, penggunaan widget ini, rupanya ada kesannya juga, iaitu blog menjadi berat!
Pelawat terpaksa menunggu untuk load page blog.

Bukti!

Dengan menggunakan servis dari 2 website iaitu, google developers dan GTmetrix.

Kedua-dua website tersebut asalnya adalah website yang membolehkan kita melihat kelajuan blog kita. Lebih menarik lagi, website tersebut menyediakan analisis kepada kita, iaitu punca atau sebab blog kita menjadi perlahan.

Saya dapati speed blog saya hanya Gred B (84%) , pada mulanya.


Tapi setelah saya buang beberapa widget dari gila ping (widget mini) dan busuk (shout busuk) saya dapati speed blog saya meningkat kepada gred A (93%)... dan analisis dari google developers adalah 92%. ..Emmmm boleh la


Sebenarnya, ade lagi punca-punya yang menyebabkan blog menjadi perlahan...

Salah satu faktor yang tinggi adalah saiz gambar. Hasil analisis, bukan saja gambar dalam blog saya menjadi punca tapi gambar dalam blog followers dan widget trafik  pun memberi kesan pada blog saya. Sebabnya saya menyiarkan (Publish) setiap entri terbaru dari follower saya. Tapi yer lah, itu pun salah satu SEO juga dan menjalin hubungan baik antara follower.

Selain gambar follower, gambar yang dipamirkan oleh widget juga menjadi faktor blog saya menjadi perlahan. Pendek kata, ape saja gambar yang ada dalam blog semua akan beri kesan pada kelajuan blog.

Kesimpulan; Jangan upload gambar yang terlalu berat atau besar. kecilkan saiz gambar dan save dalam format JPEG.

Sekian,
Salam perkongsian....





Rabu, 21 November 2012

Koleksi Doa dan Tatacara Membaca Doa

GARIS PANDUAN TATACARA MEMBACA DOA DI MAJLIS-MAJLIS RASMI DAN SEPARUH RASMI KERAJAAN

Doa adalah satu ibadat. Ia merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.

Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib penuh tawadu’ dan mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai satu budaya atau adat.

Doa merupakan satu cara hidup yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai satu ibadah, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul, masa yang sesuai dan suasana yang baik.

Garis Panduan doa ini adalah bagi bacaan doa secara berkumpulan atau beramai-ramai yang dilakukan dalam mana-mana majlis atau upacara rasmi atau separuh rasmi di negara ini.

Nah ! koleksi doa untuk didownload secara percuma!



DOA MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN
DOA MAJLIS PERASMIAN TILAWAH AL-QURAN
DOA PERPISAHAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN
DOA SAMBUTAN MAAL HIJRAH
DOA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
DOA KEBERANGKATAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE SESUATU MAJLIS
DOA KEBERANGKATAN LAWATAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG KE LUAR NEGARA
DOA KEBERANGKATAN TIBA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DARI LAWATAN RASMI KE LUAR NEGARA
DOA LAWATAN PEMIMPIN NEGARA UNTUK MELAKUKAN URUSAN RASMI / LAWATAN KERJA KE LUAR NEGARA
DOA MAJLIS PEMBUKAAN RASMI SIDANG PARLIMEN
DOA MAJLIS PERKAHWINAN
DOA HARI BELIA NEGARA
DOA HARI PEKERJA
DOA HARI WANITA
DOA HARI KANAK-KANAK
DOA HARI ALAM SEKITAR
DOA HARI PELADANG PENTERNAK DAN NELAYAN
DOA HARI KESIHATAN SEDUNIA
DOA MAJLIS KHIDMAT BAKTI KETUA SETIAUSAHA NEGARA
DOA MAJLIS ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN

DOA SELAMAT I
DOA SELAMAT II
DOA SELAMAT III
DOA SELAMAT IV
DOA SELAMAT V
DOA SELAMAT VI

DOA HARIAN
          DOA HARI ISNIN
          DOA HARI SELASA
          DOA HARI RABU
          DOA HARI KHAMIS
          DOA HARI JUMAAT
          DOA HARI SABTU
          DOA HARI AHAD
Sumber download: http://www.islam.gov.my

Doa Awal Tahun
Doa Akhir Tahun



Download Sekarang


atau

Tutorial download


Selamat beramal...


Rabu, 14 November 2012

Ular gergasi di laut merah dibunuh


Pada bulan lepas, satu berita tersebar di laman facebook mengatakan seekor ular gergasi dibunuh oleh pasukan profesional saintis elit Mesir dan penyelam berkelayakan di Mesir. Ia dikatakan telah ditemui di Laut Merah yang mengorbankan 320 pelancong dan 125 penyelam Mesir.

Nama saintis yang mengambil bahagian dalam proses menangkap ular besar:

D. Karim Mohammed, d. Mohammed Sharif, d. Encik Sea, d. Mahmoud pelajar, d. Mazen Al-Rashidi. Dan nama-nama penyelam yang mengambil bahagian dalam proses menangkap ular besar:

Ahmed pemimpin, Abdullah Karim, nelayan Knight, Wael Mohammed, Mohammed Haridi, lembing Alvajuma, Mahmoud Shafik, penuh-Sharif. Badan Ular telah dipindahkan ke dalam bilik mayat Mesir di Sharm El Sheikh haiwan antarabangsa.


"AMAZING GIANT SNAKE . LIKE & SHARE THIS NEWS

Praise of God were killed snake killer and the Red Sea that killed 320 tourists and 125 Egyptian diver, and has been the killers by a professional team of elite Egyptian scientists and divers qualified Egypt.

Names of scientists who participated in the process of catching the huge snake were:
D. Karim Mohammed, d. Mohammed Sharif, d. Mr. Sea, d. Mahmoud students, d. Mazen Al-Rashidi.

And the names of divers who participated in the process of catching the huge snake were:
Ahmed leader, Abdullah Karim, fisherman Knight, Wael Mohammed, Mohammed Haridi, spears Alvajuma, Mahmoud Shafik, a full-Sharif.

The Snake body has been transferred to in the Egypt morgue at Sharm El Sheikh international animal
."


Betul ke tidak entah laa...

Tapi satu laman web mengatakan gambar-gambar tersebut adalah palsu!

Gambar-gambar ular gergasi itu dalah hasil dari photoshopped, atau ular sebenar yang diletak pada trak mainan dan diambil gambar pada jarak dekat. emmm ade logik juga.




Selasa, 13 November 2012

Free Ebook The Missing Manual WordPress

Get a free creating websites WordPress


Book Description

Whether you?re a budding blogger or web development professional, WordPress is a brilliant tool for creating websites?if you know how to tap its impressive features. This jargon-free Missing Manual shows you how to use WordPress and its themes, plug-ins, and widgets to build just about any website you can imagine, from a classy blog to a basic e-commerce site.

The important stuff you need to know:

Create a blog. Get a free WordPress.com account, choose the right theme, and start publishing content.
Build a website. Produce a professional-looking business site by customizing a WordPress theme.
Add features. Choose from thousands of WordPress widgets and plug-ins to extend your site?s features.
Mix in multimedia. Include slideshows, video clips, webcasts, podcasts, and music players.
Involve your readers. Let readers leave comments, contribute to your site, and carry on a dialog.
Build an audience. Learn search-engine optimization, measure your reader?s favorite pages, and publicize your site.
Create a community. Use social media tools such as ?Like? and sharing buttons, and provide RSS feeds of your posts.

Table of Contents
Part I: Starting Out with WordPress
Chapter 1. The WordPress Landscape
Chapter 2. Signing Up with WordPress.com
Chapter 3. Installing WordPress on Your Web Host

Part II: Building a WordPress Blog
Chapter 4. Creating Posts
Chapter 5. Choosing and Polishing Your WordPress Theme
Chapter 6. Jazzing Up Your Posts
Chapter 7. Adding Pages and Menus
Chapter 8. Comments: Letting Your Readers Talk Back

Part III: Supercharging Your Blog
Chapter 9. Getting New Features with Plug-Ins
Chapter 10. Adding Picture Galleries, Video, and Music
Chapter 11. Collaborating with Multiple Authors
Chapter 12. Attracting a Crowd

Part IV: From Blog to Website
Chapter 13. Editing Themes: The Key to Customizing Your Site
Chapter 14. Building an Advanced WordPress Site

Part V: Appendixes
Appendix A. Migrating from WordPress.com
Appendix B. Useful Websites
Book Details

Paperback: 558 pages
Publisher: O?Reilly Media / Pogue Press (October 2012)
Language: English
File Size: 59.2 MiB

DOWNLOAD



Cara Download:
Klik link di atas

Jumaat, 9 November 2012

Alpikasi Search Dengan Suara Sahaja



Nuance Communications, Inc. pakar global dalam bidang penyelesaian suara dan bahasa, telah  mengumumkan pelancaran aplikasi Dragon Dictation dan Dragon Search dalam Bahasa Malaysia, menyediakan cara yang tepat dan mudah kepada rakyat Malaysia untuk berhubung, bersosial dan mencari di Internet — hanya dengan bercakap kepada iPhone, iPad atau iPod Touch mereka.

Nuance telah melancarkan aplikasi Dragon di 35 negara, menyesuaikannya supaya pengguna boleh melakukan pencarian sambil bergerak dan berhubung dengan orang lain dengan mudah. Apabila diperkenalkan di App Store Apple Amerika Syarikat pada Disember 2009, Dragon Dictation menjadi aplikasi utama yang dimuat turun dan ditarafkan di tempat pertama dalam kategori Produktiviti Perniagaan. Sejak itu, Dragon Dictation dan Dragon Search telah dimuat turun dan dinikmati oleh berpuluh juta orang di seluruh dunia.

"Kami sukacita untuk menawarkan aplikasi Dragon Dictation dan Dragon Search kepada masyarakat Malaysia yang berbilang budaya dan bahasa," kata Jason Stirling, naib presiden kanan, Asia Pasifik, Nuance Communications. "Peranti yang diaktifkan menerusi suara kini semakin penting di seluruh dunia, di mana kedua-dua aplikasi Dragon dapat mengiktiraf mengecam pelat dan loghat tempatan, rakyat Malaysia kini boleh menghantar pesanan teks, e-mel, mengemas kini media sosial dan membuat pencarian web mudah alih sehingga lima kali lebih pantas berbanding cara menaip."

Kedua-dua aplikasi Dragon Dictation dan Dragon Search kini boleh didapati secara percuma daripada Apple App Store di Malaysia. Pengguna boleh mencari "Dragon Dictation" ataupun "Dragon Search" di dalam App Store untuk memuat turun aplikasi ini. Teknologi pengecaman suara Dragon Nuance menjadi tunggak perisian komputer meja Dragon NaturallySpeaking yang menerajui interaksi suara bagi jenama telefon, tablet, kereta, TV dan aplikasi utama dunia, membolehkan berjuta-juta orang berhubung dengan lebih mudah dan pantas.
sg.news.yahoo.com/cari-dengan-suara-sahaja-011219046.html

.

Aplikasi Terbaru: Search Internet dengan suara



Seperti yang kita ketahui bahawa untuk mencari pelbagai bahan dengan hanya menaip keyword tertentu di Google Search atau di Yahoo Search. (Cara Guna Enjin Search)


Kini, Dragon Search adalah cara yang Cepat, Tepat dan Smart untuk mencari kandungan dalam talian internet dengan hanya menggunakan suara.

Hanya menyebut perkataan atau frasa carian, kita akan mendapatkan hasil yang serentak daripada pelbagai laman web atas dan sumber kandungan termasuk;

Google atau Yahoo!
YouTubeTM
TwitterTM Search
iTunesTM
Wikipedia ®

Dragon Inovatif Search Carousel membolehkan anda dengan cepat mengakses hasil dari pelbagai sumber.

Dragon Search menyokong pelbagai bahasa global. Untuk senarai penuh bahasa yang disokong melawat www.dragonmobileapps.co.uk/.

KELEBIHAN DRAGON SEARCH
* Cepat dan tepat, ucapan automatik sepenuhnya pengiktirafan
* Tool bar Mendatar membolehkan akses cepat ke laman carian alternatif
* Mudah mengubah atau membetulkan pertanyaan carian dengan menggunakan senarai cadangan alternatif
* Dragon Search powered by Dragon penterjemah terkenal di dunia ¨ perisian NATURALLYSPEAKING¨, dan ia direka khusus untuk membuat mencari internet pada iPhone.

KEPERLUAN PENGGUNAAN DRAGON SEARCH
1. Dragon Search memerlukan rangkaian sambungan (WiFi atau 3G/EDGE).
2. Dragon Search berfungsi pada iPhone, dan pada generasi kedua dan ketiga iPod Touch (mikrofon luaran diperlukan).

VIDEO PENGGUNAAN DRAGON SEARCH



 MAKLUMAT LANJUT LAYARI


atau 


.