Ahad, 25 November 2012

Punca blog aku slow

Widget adalah suatu aplikasi untuk website. Biasanya widget wujud dalam DHTML, JavaScript, atau Adobe Flash. Widget ni memang sempoi, blogger yang tak ada ijazah programmer (macam saya la,,huhuhu), pon boleh buat web site atau blog yang cantik. (bukan mcm blog saya, blog saya tak cantik..huhuhu).

Tapi, penggunaan widget ini, rupanya ada kesannya juga, iaitu blog menjadi berat!
Pelawat terpaksa menunggu untuk load page blog.

Bukti!

Dengan menggunakan servis dari 2 website iaitu, google developers dan GTmetrix.

Kedua-dua website tersebut asalnya adalah website yang membolehkan kita melihat kelajuan blog kita. Lebih menarik lagi, website tersebut menyediakan analisis kepada kita, iaitu punca atau sebab blog kita menjadi perlahan.

Saya dapati speed blog saya hanya Gred B (84%) , pada mulanya.


Tapi setelah saya buang beberapa widget dari gila ping (widget mini) dan busuk (shout busuk) saya dapati speed blog saya meningkat kepada gred A (93%)... dan analisis dari google developers adalah 92%. ..Emmmm boleh la


Sebenarnya, ade lagi punca-punya yang menyebabkan blog menjadi perlahan...

Salah satu faktor yang tinggi adalah saiz gambar. Hasil analisis, bukan saja gambar dalam blog saya menjadi punca tapi gambar dalam blog followers dan widget trafik  pun memberi kesan pada blog saya. Sebabnya saya menyiarkan (Publish) setiap entri terbaru dari follower saya. Tapi yer lah, itu pun salah satu SEO juga dan menjalin hubungan baik antara follower.

Selain gambar follower, gambar yang dipamirkan oleh widget juga menjadi faktor blog saya menjadi perlahan. Pendek kata, ape saja gambar yang ada dalam blog semua akan beri kesan pada kelajuan blog.

Kesimpulan; Jangan upload gambar yang terlalu berat atau besar. kecilkan saiz gambar dan save dalam format JPEG.

Sekian,
Salam perkongsian....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan