FOTOGRAFI retro sememangnya menjadi pilihan walaupun kini kita berada pada zaman moden. Apatah lagi jika gabungan kedua-dua ciri terbabit mampu disatukan seperti yang didapati pada kamera siap pencetak, Polaroid Z2300. Didatangkan dalam warna hitam dan putih,ia berkeupayaan merakam gambar sehingga 10 megapiksel dan dilengkapi dengan skrin LCD berukuran 3 inci. Dengan adanya skrin LCD ini, anda boleh mengedit dan memilih gambar sebelum mencetaknya.
Ia menggunakan inovasi Zink Technology membolehkan pengguna terus merakam, menyunting dan mencetak gambar penuh bersaiz 2 x 3 inci dalam masa kurang seminit.
SPESIFIKASI:
PRODUK: Polaroid Z2300
HARGA: Anggaran RM500
RESOLUSI: 10MP
PAPARAN: 3.0 inci
MEMORI: Slot kad MicroSD
BATERI: Ion litium
FORMAT: 2 x 3 inci
TEMPOH CETAK: 1 minit
VIDEO
perghhh.. stylo giler!
BalasPadamKamera Polaroid Z2300 sekarang boleh dibeli dari kedai online Malaysia. Kamera ini dijual di VStore.my pada harga RM699 (kurang dari RSP RM799). ZINK Paper Z2X350 (50 helai) berharga RSP RM139, biasanya RM120 di VStore.my, jika dibeli bersama Z2300, harga special RM60 sahaja.
BalasPadamhttp://vstore.my/instant-cameras/polaroid-z2300-instant-digital-camera