Jumaat, 28 September 2012

Teks dan Video Pembentangan Bajet 2013


Pembentangan Bajet 2013

Pembentangan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Kewangan Malaysia
Tarikh : 28 September 2012 (Jumaat)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Parlimen Malaysia

Klik









Rabu, 26 September 2012

Aplikasi Untuk Pecinta Ilmu Angkasawan

NASA telah melancarkan aplikasi untuk pengguna Android bagi memperolehi maklumat tentang misi NASA, dan berkongsi semua itu di facebook secara langsung. Ia memaparkan imej dari NASA , gambar Astronomi, Video NASA dan koleksi imej dari NASAImages.org. Gadgets percuma dari Apple ini mendapat sambutan dari pecinta angkasawan yang menggunakan Andriod.



Video Tutorial


Compatible with iPhone 3GS, iPhone 4, iPhone 4S, iPhone 5, iPod touch (3rd generation), iPod touch (4th generation), iPod touch (5th generation) and iPad. Requires iOS 5.0 or later.


Kredit to: 10 aplikasi iphone untuk pelajar



Selasa, 25 September 2012

10 Laman Web Software Popular 2012

Sesuatu software agak susah kalau dicari melalui google, tapi lebih mudah jika kita terus cari di website yang menyediakan platform perisian untuk di download percuma. Nah! TopTen reviews website yang menyediakan pelbagai software untuk dimuat turun.

1. cnet


Laman download.cnet adalah pangkalan data gergasi yang mengandungi perisian untuk semua platform seperti Windows, Mac, dan Linux. Laman download.cnet juga merupakan salah satu daripada laman tertua yang dibangunkan kira-kira 14 tahun yang lalu.
http://download.cnet.com/windows/


2. softpedia



Laman web Romania ini menyediakan perisian untuk download percuma . Ia juga mengandungi pelbagai maklumat termasuk teknologi utama, sains, kesihatan, dan berita hiburan. Kategori Perisian disusun mengikut kriteria seperti tarikh kemas kini terakhir, bilangan muat turun, atau penarafan
http://www.softpedia.com/


3. FileHippo


Ini adalah salah satu laman muat turun freeware yang popular. Dalam laman FileHippo juga mengandungi  satu program kecil yang dinamakan sebagai FileHippo Update Checker yang mengimbas komputer anda untuk perisian yang dipasang dari tapak FileHippo. Anda sentiasa akan dihidangkan dengan perisian komputer yang terkini.
www.filehippo.com


4. ZDNet


Laman web ini adalah perpustakaan terbesar untuk muat turun pelbagai perisian. Direktori Perisian ZDNet adalah sumber terbaik untuk perisian teknikal, meliputi perisian untuk Windows, Mac, dan sistem Mobile. Di sini anda akan menemui senarai muat turun Freeware dan Shareware.
downloads.zdnet.com


5. Tucows 


Ia adalah direktori laman web popular yang menyediakan pakej perisian shareware, freeware, dan demo tersedia untuk dimuat turun. Tucows menawarkan perisian untuk platform komputer yang utama seperti Windows, Linux dan Macintosh. Selain daripada itu, laman web ini meliputi Apps dan Perkhidmatan berasaskan web.
www.tucows.com


6. snapfiles



Laman web download veteran ini telah ditubuhkan pada tahun 1997. Sebelum ini ia dikenali sebagai WebAttack. Laman ini mengandungi koleksi perisian yang terbesar. Di sini anda akan menemui pelbagai software dan shareware untuk didownload secara percuma.
www.snapfiles.com



7. Freewarefiles 


Freewarefiles adalah satu laman web khusus termasuk beberapa program Open Source. Pangkalan data pek lebih 16000 program perisian yang anda boleh memuat turun secara percuma. Laman web ini mempunyai agak mudah untuk dilayari dan program juga disusun mengikut kategori masing-masing seperti AntiVirus, Drivers, Games, Graphics, Programming, Screensavers, Security, Utilities dan sebagainya.
www.freewarefiles.com


8. Majorgeeks 

Majorgeeks adalah satu laman web yang membolehkan anda mendapatkan yang terbaik daripada komputer anda terutamanya dengan menawarkan alat untuk pengguna pemula atau lanjutan. Laman web ini ditubuhkan pada tahun 1997 di nama TweakFiles. Selain dari menyediakan perisian untuk didownload, ia juga menyediakan ruangan forum yang melibatkan komuniti pengguna yang cemerlang yang membantu pengguna baru dengan isu-isu komputer serta menyimpan tab mengenai penyelewengan dalam perisian.
www.majorgeeks.com


9. softonic


Ia adalah perisian muat turun terkemuka di Eropah laman web yang ditubuhkan pada tahun 1997. Ia mempunyai lebih 105,000 freeware, shareware, dan tajuk perisian versi percubaan dan ini boleh didapati dengan ulasan yang ditulis dalam bahasa Sepanyol, Jerman, Inggeris, Perancis, Itali, Portugis, Cina dan Poland.
en.softonic.com



10. soft32


Sejak tahun 2003, laman web ini mempunyai banyak perisian freeware dan ulasan untuk Windows, Mac, dan Linux bersama-sama dengan Mobile / PDA seperti iPhone, iPad dan Android. Ia mempunyai repositori lebih 87587 program dan terdapat satu seksyen khas dari mana anda boleh memuat turun aplikasi bawah.
www.soft32.com

selamat belayar n download...


Isnin, 24 September 2012

Ciri-ciri Apple iPhone 5


BARU-BARU ini, pengeluar jenama iPhone, Apple mengumumkan model iPhone terbaru mereka iaitu iPhone 5 yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat di seluruh dunia.

Namun, apakah ciri-ciri menarik yang ditampilkan oleh iPhone 5 berbanding model sebelum ini iPhone 4s? Adakah harga yang akan diumumkan kelak di Malaysia boleh dimiliki oleh peminatnya di sini atau terlalu mahal untuk sebuah telefon pintar.

Apakah ciri-ciri menarik yang terdapat dalam iPhone 5 ini? Apakah kelebihan dan kekurangan yang mungkin terdapat dalam telefon kegilaan ramai ini?

iPhone 5 menampilkan rekaan yang jauh lebih ringan, nipis dan pantas berbanding model sebelum ini dengan hanya memiliki ketebalan 7.6 mm dan berat 112 gram.

Sistem operasi turut dinaik taraf oleh Apple dengan memperkenalkan iOS6 bagi menggantikan iOS5 sebelum ini yang turut disertakan dengan 200 ciri-ciri tambahan lain dalam iPhone 5.

Selain itu, ciri lain yang ditambah dalam iPhone 5 adalah seperti kamera bersaiz 8 megapiksel dengan mode panorama dan mengambil gambar ketika kurang pencahayaan.

Apple juga memperkenalkan cip terbaru mereka A6 yang menggantikan cip A5 sebelum ini yang memberi dua kali kuasa kelajuaan dan 22 peratus lebih kecil berbanding cip sebelum ini.

Bagi menyaingi model-model pesaingnya yang tampil dengan paparan yang lebih besar, iPhone 5 turut memperkenalkan paparan Retina bersaiz 4 inchi (10.16cm) dengan resolusi 1136x640.

Bagi kelajuan capaian Internet pula, Apple turut memperkenalkan LTE dalam iPhone 5 keluaran mereka ini membolehkan pengguna melayari Internet dengan lebih pantas dengan iPhone mereka.

Selain itu, ciri-ciri baru yang ditampilkan oleh iPhone 5 adalah kamera iSight, paparan peta 3 dimensi, penambahan jawapan bagi Siri dan penggunaan penyambungan Lightning.

Bagi penyambungan Lightning pengguna dapat menggunakan kedua-dua bahagian ketika proses pemindahan data mahupun mengecas bateri berbanding satu permukaan pada penyambungan 30 pin yang lama.

Namun begitu, bagi pengguna iPhone sebelum ini yang mempunyai kemudahan mengecas ataupun pemain iPod di kereta atau di rumah terpaksa membeli penyambungan tambahan menyebabkan pengguna iPhone 5 terpaksa mengeluarkan belanja tambahan.

Sementara itu, disebabkan oleh reka bentuknya yang nipis, Apple turut memperkenalkan kad sim nano yang mana ia 40 peratus lebih kecil berbanding kad sim mikro yang diperkenalkan dahulu.

Ini akan memberi pro dan kontra kepada pemilik iPhone apabila terpaksa menukar kad sim mereka apabila hendak menggunakan iPhone 5 ini.

Secara keseluruhannya, iPhone 5 tidak banyak memberi ciri-ciri menarik yang diharapkan, namun ia masih lagi sebuah telefon pintar yang dapat memberi kepuasan kepada peminatnya.

Harga di Amerika Syarikat adalah USD199 (RM610) dengan penggunaan plan syarikat telekomunikasi di sana dan mari kita tunggu harga dari syarikat telekomunikasi di Malaysia pula.

utusan.com.my/utusan/Megabait/20120922/me_01/Demam-iPhone-5

Jumaat, 21 September 2012

Sony perkenalkan 3 model Xperia terbaru

Tiga smartphone Sony tersebut adalah Xperia Ion, Xperia Neo L, dan Xperia tipo.

Malaysia terpilih menjadi salah satu negara daripada 13 negara yang menjadi fokus Sony Mobile untuk memasarkan telefon pintar Xperia.

Ketiga Xperia tersebut menyasar tiga segmen yang berbeza.

Xperia Ion yang dibekalkan dengan skrin 4,6 inci dan kamera 12 MP berada di kelas premium dengan banderol tertinggi berbanding dua jenis lain.

Xperia Ion yang merupakan smartphone LTE/4G pertama besutan Sony telah hadir di Malaysia dengan harga Rp 5,5 juta.

Untuk Xperia Neo L, Sony menyasar kelas menengah dengan ciri-ciri unggulan skrin 4 inci, kamera 5 MP, dan sudah menggunakan Android Ice Cream Sandwich.

Meski murah, telefon pintar ini mempunyai ciri-ciri yang hebat, seperti kamera 3,2 MP, Android Ice Cream Sandwich, dan bateri yang sangat menjimatkan.

"Sony Mobile Malaysia akan menempatkan lebih daripada 200 promoter atau expert di gerai dan rakan-rakan kongsi Sony Mobile. Mereka bertugas membantu masyarakat memahami teknologi yang terdapat di Xperia,"

Spesifikasi Sony Xperia Ion


- Pemproses Qualcomm MSM8260 Snapdragon dual-core 1.5 GHz
- Unit pemproses grafik Andreno 220
- RAM 1 GB
- Sistem operasi Android 2.3 Gingerbread, dijanjikan akan dapat dipertingkatkan ke Ice Cream Sandwich
- Memori dalaman 16 GB
- Layar 4.6 inci beresolusi 720 x 1280 pixel
- Kamera 12 MP dengan LED flash, kamera depan 1,3 MP, 720p @ 30fps
- Bateri 1900 mAh
- Kesambungan SIM card GSM, jack audio 3.5 mm, MicroUSB, MicroSD, 3G, HSPA, GPS, Wi-Fi, Bluetooth, DLNA
- Dimensi 133 x 68 x 10,8 mm
- Berat 144 gram


Spesifikasi Sony Xperia Neo L


- Pemproses Qualcomm MSM8255 Snapdragon single-core 1 GHz
- Unit pemproses grafik Andreno 205
- RAM 512MB
- Sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich
- Memori dalaman 1GB
- Layar 4 inci beresolusi 480 x 854 pixel
- Kamera 5 MP dengan LED flash, kamera depan VGA
- Bateri 1500 mAh
- Kesambungan SIM card GSM, jack audio 3.5 mm, MicroUSB, MicroSD, 3G, HSPA, GPS, Wi-Fi, Bluetooth, DLNA
- Pilihan warna putih dan hitam
- Dimensi 121 x 61,1 x 12,2 mm
- Berat 131,5 gram


Spesifikasi Sony tipo


- Pemproses Qualcomm Qualcomm MSM7225AA 800 MHz
- Unit pemproses grafik Andreno 200
- RAM 512 MB
- Sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich
- Memori dalaman 2,9 GB
- Layar 3.2 inci beresolusi 320 x 480 pixel
- Kamera 3,15 MP, kamera depan VGA
- Bateri 1500 mAh
- Kesambungan SIM card GSM / dual GSM, jack audio 3.5 mm, MicroUSB, MicroSD, 3G, HSPA, GPS, Wi-Fi, Bluetooth, DLNA
- Dimensi 103 x 57 x 13 mm
- Berat 99,4 gram

Khamis, 20 September 2012

Aplikasi tukar segala jenis format video

Kadang-kadang tu download video, tapi tak boleh tengok sebab lain format dengan aplikasi player dalam komputer atau handphone. aduhhhhh penat download. hihihihi
sekarang tak perlu pening, dengan Any Video Converter (AVC), kita boleh tukar ape saja format video kepada format yang kita nak... emmmmm nice

Any Video Converter (AVC)


•  Convert pelbagai jenis format video & YouTube kepada format DivX, XviD, MOV, rm, rmvb, MPEG, VOB, DVD, AVI, FLV, MP4, MP3, wmv, 3gp dan sebagainya untuk pelbagai jenis media player seperti real player, FLV player, iPhone 4S, iPad, iPod, Google Android, PSP, Nokia, Samsung Galaxy

•  Create HTML5 videos dengan embedding code untuk websites

•  Clip, crop, rotate bagi mengedit videos

•  Burn video dalam DVD atau VCD.

•  dan banyak lagi........

Sesuai untuk Windows 2000, XP, Vista, Windows 7


Tutorial Penggunaan Any Video Converter (AVC)



 Video Tutorial Penggunaan Any Video Converter (AVC)



Rabu, 19 September 2012

Tingkatkan SEO dengan NuffnangX


Nuffnang telah memperkenalkan NuffnangX.

Ape tu NuffnangX?

Dari yang saya faham, NuffnangX adalah salah satu  laman yang menyediakan aplikasi pembaca RSS  seperti Flipboard, Google Currents, dan Pulse.

NuffnangX juga merupakan salah satu laman sosial network. Maknanya, kita dapat menaikkan  SEO blog.
Selain tu kita tak perlu lagi follow blog melalui blog, kita hanya boleh follow blog hanya dengan menggunakan NuffnangX.

Yang best sekali, NuffnangX boleh diakses dengan pelbagai cara, antaranya;
  • menggunakan akaun facebook 
  • melalui email. 
  • melalui android 
  • dan Apple iOS




Selasa, 11 September 2012

Polaroid Z2300 Kamera dan Pencetak



FOTOGRAFI retro sememangnya menjadi pilihan walaupun kini kita berada pada zaman moden. Apatah lagi jika gabungan kedua-dua ciri terbabit mampu disatukan seperti yang didapati pada kamera siap pencetak, Polaroid Z2300. Didatangkan dalam warna hitam dan putih,ia berkeupayaan merakam gambar sehingga 10 megapiksel dan dilengkapi dengan skrin LCD berukuran 3 inci. Dengan adanya skrin LCD ini, anda boleh mengedit dan memilih gambar sebelum mencetaknya.



Ia menggunakan inovasi Zink Technology membolehkan pengguna terus merakam, menyunting dan mencetak gambar penuh bersaiz 2 x 3 inci dalam masa kurang seminit.


SPESIFIKASI:


PRODUK: Polaroid Z2300

HARGA: Anggaran RM500
RESOLUSI: 10MP
PAPARAN: 3.0 inci
MEMORI: Slot kad MicroSD
BATERI: Ion litium
FORMAT: 2 x 3 inci
TEMPOH CETAK: 1 minit

VIDEO



Tip Mengaktifkan Otak Dewasa



 Tip untuk membuatkan otak orang dewasa bekerja dengan lebih baik:

1) Ambil dosis EPA secukupnya
Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak.

2) Seks secara terancang
Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku Teach yourself Training your brain yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi

3) Buat teka teki
Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak pada kondisi terbaik.

4) Berjalan kaki
Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan pikiran.

5) Ketawa/Senyum
Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak.

6) Berfikiran Kreatif
Melukis atau pelajari alat musik yang baru dapat menyebabkan berfikir lebih cepat.

7) Berhubungan dengan sifat Keanak-Anakan
Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan.


Download Ebook Squidoo Basics

Squidoo adalah merupakan satu laman web komuniti yang membolehkan pengguna untuk :
  • Mencipta halaman web yang dipanggil lense mengikut niche yang tersendiri.
  • Menaikkan trafik (bagus untuk SEO)
  • Sebagai pendapatan sampingan (side-income) iaitu cara paling mudah nak buat duit online tanpa modal.
  • Laman untuk mempromosikan link affiliate.

Saya pun baru dapat ebook ni, so jom sama-sama belajar
kalau berminat, macam biasa download jer tanpa bayaran



Antara topik-topik yang terkandung dalam ebook ni ;



Introduction. 4
Web 2.0. 4
Squidoo.com.. 6
Setting up a Lens Page. 8
What We Learned. 10
The “How To” Squidoo. 11
Not Just Another Content Based Site. 11
What We Learned. 12
Making Money From Squidoo. 14
Squidoo Marketing. 14
Create Your Lens. 16
Design Tips for Maximizing Visits. 17
Tags and Traffic. 19
Content and Copy. 20
What About Modules?. 21
Promoting Your Lens Pages. 22
Other Promotional Strategies. 23
How to Get Your Lenses Ranked in the Search Engines
How to Get Your Lenses Ranked in a Group on Squidoo
Lens Frequently Asked Questions. 30
Conclusions. 33


Selamat mencuba... 

Isnin, 10 September 2012

Maharaja Lawak Mega 2012






Maharaja Lawak Mega 2012

Pertarungan pelawak-pelawak terkemuka negara bakal kembali dalam Maharaja Lawak Mega 2012. Kali ini Maharaja Lawak Mega 2012 membawa kelainan apabila 27 pelawak akan bersaing dalam undian Online bagi memilih 3 pelawak dengan undian tertinggi yang bakal menyertai pelawak-pelawak hebat dalam Maharaja Lawak Mega 2012 nanti.
3 Tertinggi Bakal Terpilih Ke Maharaja Lawak Mega 2012!

Undian terbuka secara online ini akan bermula pada 5 September 2012 jam 6 petang hingga 17 September 2012 jam 12 tengah hari. Pengundi perlu mengundi di laman web rasmi Maharaja Lawak Mega 2012 di www.maharajalawakmega.com.my. Untuk mengundi pula, pengundi perlu mendaftar di laman sosial Facebook sebelum undian dilakukan.

Pengundi boleh membuat hanya satu undian bagi setiap pelawak setiap hari. Sekiranya mereka sudah mengundi hari ini, mereka boleh mengundi semula pada hari berikutnya. Paparan jumlah undian bagi setiap pelawak akan dipaparkan di laman web Maharaja Lawak Mega 2012 sepanjang tempoh undian dibuka.

Jangan lepaskan peluang untuk mengundi pelawak-pelawak pilihan anda untuk ditempatkan sebaris dengan pelawak-pelawak hebat dalam Maharaja Lawak Mega 2012. Jom undi sekarang!



Video antara calon Maharaja Lawak Mega 2012
 
Antara Calon-Calon Maharaja Lawak Mega 2012
Jom

Sabtu, 1 September 2012

Charlie Naysmith antara budak yang terkaya

Sebut sahaja muntah... eiiiiiwek! Memang menggelikan.
Tapi terbaru, seorang budak lelaki England telah menjadi jutawan dengan muntah ikan paus.


Budak yang bertuah ini adalah Charlie Naysmith 8 tahun. Ketika dia sedang berjalan-jalan di tepi pantai Hengistbury Head, dia ternampak sebuah bongkahan agak besar yang menyerupai batu. Bentuknya yang tidak rata dan berwarna kuning keemasan. Tahukah anda bahawa batu yang ditemuinya itu adalah muntah ikan yang sudah mengeras kerana sudah lama terkena paparan sinar matahari dan zat garam dari air laut. Ia juga dikenali sebagai "Paus Sperma" adalah salah satu ramuan minyak wangi mahal.

Muntahan Paus Sperma ini banyak dicari oleh pembuat perfum kerana kandungan kimia di dalamnya mampu membuat aroma perfum bertahan lebih lama.

Harga 500 gr kotoran/limbah paus bisa mencapai 10.000 dollar Amerika Sedangkan, untuk ukuran bongkahan muntah paus yang ditemukan Charlie, harganya boleh mencapai 63.000 dollar Amerika .



'Muntah paus' atau 'paus sperma' atau 'Floating Gold' adalah Ambergris iaitu merupakan bahan dasar parfum yang telah dikenal sejak berabad-abad lalu, mulai dari peradaban Romawi kuno hingga di China. Sayangnya ambergris tak pernah lagi digunakan untuk pewangi, kerana melanggar undang-undang. Hal ini disebabkan ambergris sebenarnya merupakan muntahan dari paus sperma atau Sperm Whale.


Muntahan ini disebabkan keadaan pencernaan paus yang kurang baik, sehingga makanan yang tengah dicernanya keluar lagi. Maka dari itu ambergris sebenarnya diperbuat dari haiwan laut berukuran kecil seperti sotong, ikan, plankton dan sebagainya. Ambergris kemudian akan keluar dari tubuh paus dan dengan bantuan sinar matahari dan air laut lama kelamaan, ambergris berubah bentuk seperti batuan yang agak lembut dengan wangi yang harum.



VIDEO