Isnin, 26 Disember 2011

Elak Facebook Dari Digodam


Facebook menjadi sesuatu yang sangat popular pada masa kini. Kini Facebook bukan hanya untuk sekadar berhubung dengan rakan, malah ia diguna untuk bermain, bisnes, berbincang dan berdakwah. Walaubagaimanapun kita pertu tahu bahawa facebook juga menjadi kesukaan spammer dan hacker untuk menjahanamkan anda dan sistem facebook anda.

Banyak metode hacking yang dipakai untuk menceroboh Facebook. Salah satunya adalah dengan teknik phishing seperti yang dilakukan oleh FBAction.net.

Metode phising menipu pengguna dengan paparan laman yang palsu untuk mendapatkan username dan password seseorang. Untuk mengatasi masalah ini, anda harus:


1. Instal dan scan komputer kamu dengan antivirus definisi terbaru. Bila memungkinkan, gunakan antiphishing terbaru.


2. Tukar password dengan segera apabila terdapat rakan-rakan anda menerima pesan yang bukan anda yang kirim. Anda boleh membuat password baru dari halaman Account Settings (tetapan akaun).


Buatlah password yang kompleks, terdiri dari huruf besar, kecil dan angka. Bila perlu gunakan karakter khusus seperti: ~ ! @ # $ % ^ & * ( ) _ + } { “ : < > ? , . / ; ’ | \ “ “ = - ` . Jangan gunakan password
yang umum dan kurang dari enam karakter.


Contoh, katakan password anda ialah 'password', maka password yang kompleks adalah ' P4$5vv0rcl '



3. Jika facebook anda telah pun di-hack atau digodam, dan passwordnya diganti orang lain, cuba gunakan features "Forgot your password" untuk akses ke akaun utama anda.


4. Hati-hati dengan link file .exe, walaupun link tersebut dari rakan anda. fail .exe adalah ekstensi file executable iaitu analog dari COMMAND.COM dalam MS-DOS dan sistem Windows. Bukan semua fail .exe adalah virus kerana semua aplikasi adalah fail .exe

Jadi anda perlu bijak mengetahui ia adalah virus atau bukan.


Dalam facebook selain fail .exe, anda juga perlu berhati-hati dengan link .apps


5. Jika anda gagal untuk mengakses semula akaun facebook anda yang telah di hack, laporkan ke
http://www.facebook.com/help/contact.phpshow_form=account_compromised
untuk mendapatkan pertolongan dari Facebook.

Selamat ber-Facebook

3 ulasan:

  1. bagus ni.. sebb da tengok kwn2 punya blog kena hack.. da dpt balik.. tp ade bnyk bende da di delete

    BalasPadam
  2. I've been using Kaspersky protection for a few years now, and I recommend this product to all you.

    BalasPadam
  3. Are you looking for free Google+ Circles?
    Did you know you can get these ON AUTO-PILOT & TOTALLY FOR FREE by getting an account on Like 4 Like?

    BalasPadam