Jumaat, 21 Oktober 2011

Kebaikan dan Keburukan Rawatan Ikan Terapi ( Spa Ikan )

Sebelum ini, ramai orang memperkatakan tentang ikan terapi atau spa ikan. Sejenis ikan yang terkenal dengan gelaran Dr. Fish dikatakan mempunyai manfaat bagi kesihatan kulit seperti melancarkan aliran darah, menghilangkan sel-sel kulit yang mati, mengurangkan parut-parut kecil termasuk penyakit kulit psoriasis dan ekzema. Ia juga di katakan dapat menghilangkan stress dan tekanan.

Terdapat beberapa jenis terapi seperti;

Terapi Kaki





Terapi Tangan 



Terapi Muka



Terapi Seluruh Badan 



Menurut sebuah laman web, ikan terapi tersebut akan memakan sel kulit mati yang ada, maka kaki Anda akan lebih bersih, terasa lebih halus dan dipercaya dapat mengubati penyakit kulit tertentu seperti eksem kering dan psoriasis (kulit merah dan bersisik). Sewaktu ikan terapi menghisap kulit mati, ikan Garra rufa juga akan mengeluarkan air liur yang mengandung sejenis enzim dithranol (anthralin) yang akan merangsang pertumbuhan sel kulit baru. Manfaatnya, is akan mengurangi rasa gatal pada kulit dan menghilangkan bekas luka (parut).

Selain untuk kecantikan dan kesehatan kulit, ikan ini juga dikatakan dapat memberikan efek positif lainnya untuk tubuh. Sewaktu ikan-ikan ini menyedut kaki kita, kaki akan merasakan setruman-setruman kecil yang dihasilkan dari kerumunan ikan yang dapat merangsang titik-titik akupuntur pada telapak kaki dan membuat sirkulasi darah menjadi lancar. Agar mendapatkan hasil yang maksimal, terapi hendaknya dilakukan secara teratur 2 sampai 3 kali seminggu selama 3 bulan.



JENIS IKAN TERAPI

Terdapat beberapa jenis ikan yang digunakan untuk terapi. Antaranya ialah

Garra Rufa



Chin Chin Fish



Ikan Nilem Mangut (Osteochilus hasseltii)




AWAS RAWATAN SPA IKAN RISIKO ANDA DIJANGKITI VIRUS  HIV DAN HEPATITIS C


Kementerian Kesihatan nasihat orang ramai henti terapi ikan

"PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air." Berita Harian,20/10/2011

Sebenarnya nasihat ini bukanlah hanya dari Kementerian Kesihatan Malaysia, tetapi juga dari UK Health Protection Agency. Di Amerika Syarikat mereka telah mengharamkan pengoperasian spa ikan ( Fish spa therapy ).  Begitu juga di London dimana Britain's Health Protection Agency (HPA) telah memberi amaran kepada orang ramai tentang risiko  dijangkiti HIV.

Walaupun risiko dijangkiti HIV itu adalah tipis namun ia tidak boleh diabaikan kerana sehingga kini penawar bagi HIV belum dijumpai.


p/s: emmm terfikir pula saya bagaimana dengan rawatan lintah?

1 ulasan:

  1. lintah yg digunakan akan dibunuh la... so rawatan lintah selamat....

    BalasPadam